SCENE 11

3.5K 108 2
                                    

Khalif meluru masuk ke dalam rumahnya sambil memanggil Laila. Laila yang dari tadi lagi sibuk menidurkan anak-anaknya terdengar akan panggilan daripada suaminya itu. Dalam hatinya bertanya kenapakah Khalif memanggilnya sedemikian seolah-olah ada hal yang begitu mustahak. Setelah melihat anak-anaknya sudah pun lena, Laila terus turun ke tingkat bawah rumahnya untuk menyahut panggilan Khalif itu.

"Hei, Laila. Awak pergi jumpa Dhia kan suruh dia jauhkan diri daripada saya, kan? Cakap la." bentak Khalif. Amarahnya kini menggunung kepada Laila. Laila menjawab dalam nada yang perlahan. "Apa yang abang cakap ni? Laila tak faham" Dia cuba memberanikan diri untuk bersuara walaupun dia takut melihat suaminya bagai singa kelaparan itu. Bila-bila masa sahaja Khalif akan menerkamnya.

"Ahh, kau tak payah pura-pura tak faham la. Aku tahu ni semua salah kau. Dhia dah putuskan hubungan tahu tak? Kau tahu tak majlis kahwin kitorang sepatutnya bulan depan? Tapi semuanya dah musnah." Khalif meninggikan suara. Anak-anaknya mula menangis lalu cepat-cepat diulik kembali oleh pembantu rumahnya.

"Abang, demi Tuhan, Laila tak pernah ugut atau cakap yang bukan-bukan pada dia. Apa yang Laila nak adalah hak Laila sebagai seorang isteri abang. Itu je." balas Laila dalam nada yang tersekat-sekat. Tidak semena-mena air matanya telah pun gugur. Khalif kelihatan marah besar sambil berkata.

"Oh, nak tuntut hak kau sebagai seorang isteri? Baiklah. Mulai hari ni aku tarik balik semua hak kau sebagai seorang isteri. Aku ceraikan kau talak satu." kata Khalif dengan nada yang kuat. Laila tergamam. Hatinya ibarat berkecai sehancur-hancurnya mendengar ungkapan yang baru dilafazkan oleh  Khalif tadi. Ya Allah, dia berasakan sebuah batu besar datang menghempuk di kepalanya.

Laila tampil bersuara. "Abang, sedar tak apa yang abang cakap ni? Abang tak sayang dekat Laila ke? Tak sayang dekat anak-anak kita ke? Gara-gara perempuan tu, abang sanggup nak ceraikan Laila dan tinggalkan anak-anak?" Laila berkata dalam nada yang agak tinggi. Sungguh tidak sangka beginilah detik-detik pengakhiran rumah tangganya dengan Khalif.

"Tak payah banyak cakap. Sekiranya abang tak dapat miliki Nediya, maka awak pun tak dapat miliki abang." Khalif berkata seolah-olah dia sedang lena dibuai mimpi. Laila yang mendengar kata-kata Khalif itu tadi sudahpun dapat menduga lalu menjawab. "Baiklah. Kalau itu keputusan abang, saya terima. Tidak ada apa lagi yang perlu dipertahankan sekiranya bersuamikan lelaki yang buaya darat macam awak. Saya akan pergi dari sini. Awak baliklah pada perempuan yang awak puja sangat tu."

Laila terus naik ke biliknya dengan leraian air mata yang sangat parah. Setelah bermacam cara dia cuba mempertahankan pergolakan rumah tangganya, namun takdir yang akan menentukan segalanya. Dia benar-benar tidak sangka suaminya sudah mabuk cinta dengan Nediya sampai begitu sekali. Kerana Nediya, hari ini talak gugur kepadanya. Dan kerana Nediya jugalah, anak-anaknya akan hidup menderita tanpa kasih sayang seorang ayah.

Khalif menahan tangisannya dan berlalu keluar daripada rumah untuk menenangkan fikirannya yang begitu kusut itu. Semuanya bagaikan hancur berantakan.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now