SCENE 12

3.4K 99 0
                                    

Nediya keluar daripada teksi selepas selesai membayar tambang. Dia sesungguhnya tidak berani untuk menampilkan diri di tempat dia bekerja setelah banyak kali dia buat hal ponteng kerja sebelum ini. Namun, dia menggagahkan dirinya untuk melangkah berjumpa dengan bos dan pekerja-pekerja yang lain.

Nediya membuka pintu salon itu. Dia melihat Kak Dira merangkap pengurus salon tempat dia bekerja yang tadinya sedang memotong rambut pelanggan tiba-tiba berhenti apabila ternampaknya. Dengan nada yang kuat, Kak Dira berkata " Hei, kau nak apa datang sini ye? Berambus dari sini." Nediya terkejut dengan jeritan Kak Dira itu di hadapan kesemua pelanggan dan pekerjanya. Pekerja-pekerja salon tersebut mula memandang Nediya dengan pandangan yang sinis.

"Kak Dira, jangan lah macam ni. Malu saya depan pelangan-pelanggan ni semua." Nediya menjawab. Dia menundukkan kepalanya sedikit kerana malu dengan jeritan kuat Kak Dira tadi. Kak Dira lantas berkata. "Oo, malu? Ingat ke kau tak de rasa malu. Buat salon ni macam mak bapak kau punya tu tak malu? Sekali datang lepas tu hilang, pastu dua tahun lagi muncul pula batang hidung kau. Hei, kalau nak kerja buat cara macam nak kerja." bentak Kak Dira. Semua mata yang ada di salon Kak Dira itu tertumpu ke arah Nediya. Nediya berasa sungguh malu.

Nediya cuba mengumpulkan semula kekuatannya untuk mengatur ayat. Dia menarik nafasnya lalu berkata. " Ya, kak. Saya faham kenapa akak marah sangat pada saya. Saya tahu saya suka ponteng waktu kerja. Maafkan saya. Saya janji lepas ni saya takkan ulang lagi. Saya akan kerja betul-betul kat salon akak ni." Nediya cuba merendahkan nada suaranya. Dia akui memang sebelum ini dia selalu tidak datang kerja kerana kerap kali pergi ke office Khalif. Tapi itu dulu. Dia berharap Kak Dira berlembut hati menerimanya balik dan memaafkannya.

"Amboi, senang kau minta maaf ye. Nak kerja betul-betul konon. Sorry, kau dah lama dipecat. Pergi dari sini." Kak Dira berkata lagi. Nediya tergamam. Lalu dia menghampiri Kak Dira sambil memegang tangan Kak Dira. "Kak, saya merayu jangan pecat saya, kak. Tolong beri saya peluang untuk kerja kat sini lagi." Nediya betul-betul merayu. Ini kerana salon inilah tempat dia mencari sumber untuk memberikan emaknya makan atau membayar bil-bil air dan elektrik.

Kak Dira memandang sinis akan gelagat Nediya merayu kepadanya. Baginya, sekali Nediya buat hal, maka dua atau tiga kali dia akan mengulangi kesalahan yang sama. "Dah. Pergi dari sini. Pergi la." Kak Dira mengarah pekerjanya menghalau Nediya keluar. Nediya separuh menjerit memohon agar tidak dipecat. Namun, Kak Dira tidak mempedulikan akan rayuan Nediya itu. Nediya menangis semahu-mahunya di luar salon. Mata-mata orang yang terdapat di luar salon tersebut memandang Nediya yang menangis itu dengan pandangan yang pelik dan simpati terhadapnya.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now