Seperti biasa, teksi memarkir di hadapan rumah Nediya itu. Nediya terus masuk ke rumahnya sambil memanggil emaknya. Dicari-cari di bahagian ruang tamu dan bilik emaknya, namun tidak dijumpai. Kemudian dia terus meluru ke dapur. Nediya terkejut besar apabila melihat emaknya jatuh di atas tangga dapur itu.
Nediya menggelabah dan terus mengangkat emaknya ke bilik tidur. Dia cepat-cepat mendail nombor pemandu teksi tadi untuk membawa emaknya ke hospital.
Selang beberapa minit, teksi tersebut sampai di hadapan halaman rumahnya. Nediya meminta bantuan pemandu teksi berkenaan untuk menolongnya membawa masuk emaknya ke dalam teksi.
Sampai sahaja di hospital, Mak cik Khadijah terus dibawa masuk ke unit kecemasan (ICU) untuk dirawat di situ. Nediya pula ke kaunter pendaftaran dan kemudian masuk ke unit ICU dengan segera. Dia betul-betul cemas ketika ini dan buntu untuk menghubungi siapa untuk mengadu rasa cemasnya. Saudara mara juga tiada dan ayahnya pula lesap entah kemana selepas menikahi dengan isteri keduanya itu.
Nediya menangis teresak-esak di samping emaknya apabila terkenang dengan percakapannya terhadap emaknya itu yang kurang ajar selama ini. Memang sebelum ini, cara perbualan dengan emaknya memang kasar sejak dari kecil lagi. Cuma kali ini, dia benar-benar menyesal dengan layanan terhadap emaknya itu. Ditambah pula apabila terkenang nasib emaknya yang menjadi ibu tunggal sudah sekian lamanya.
Dia juga sedar ada benarnya juga emaknya melarang dia daripada menjadikan suami orang sebagai suami kerana emaknya maklum mengetahui bagaimana terlukanya hati seorang wanita yang ingin dicerai atau dimadukan. Nediya berdoa agar dia sempat memohon keampunan daripada emaknya itu.
Telefon Nediya beberapa kali berdering. Notifikasi memaparkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada Khalif. Nediya tidak mahu menjawab kerana yang paling penting sekarang adalah kesihatan emaknya kembali normal. Hadir rasa bersalah dalam dirinya kerana meninggalkan emaknya seorang diri semata-mata ingin bertemu dengan Khalif di kafe tersebut. Namun dalam masa yang sama, dia turut bersyukur sekiranya dia tidak bertemu dengan Laila di kafe tadi, mungkin dia tidak akan sedar akan kesalahan dirinya. Perasaannya bercampur baur ketika ini.
YOU ARE READING
Kau Pemusnah Cinta
RomanceTeruskan membaca novel pertama saya di Wattpad atau Novelplus. Thankyou ❤️