SCENE 10

3.7K 102 0
                                    

Beberapa hari kemudian, Mak cik Khadijah dibenarkan pulang ke rumah. Nediya segera menelefon teksi yang selalu dinaikinya untuk membawa emaknya pulang ke rumah. Nediya sempat membeli barang untuk memasak makanan kegemaraan ibunya. Dia sebenarnya kurang pandai memasak namun, demi untuk menebus kesalahannya terhadap emak, maka dia cuba untuk buat sehabis baik.

Mak cik Khadijah senang melihat perubahan Nediya yang agak ketara itu. Kalau dulu, tengok sahaja mukanya, Nediya pasti akan meninggikan suara, namun kini, Nediya sudah berubah. Setiap bait-bait percakapannya juga berbeza terhadap dia dan orang lain. Mak cik Khadijah berasa gembira melihat Nediya yang kini. Baginya, seorang ibu tidak harus cepat menghukum anaknya sehingga terputusnya keberkatan seorang ibu terhadap anak. Mak cik Khadijah yakin bahawa setiap manusia yang melakukan kesilapan pasti juga akan berubah. Dengan itu juga, dia sudah lama memaafkan bekas suaminya yang sudah lama tiada khabar berita.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Nediya cepat-cepat ingin membawa emaknya berehat di bilik, namun emaknya menolak dan ingin berehat di ruang tamu;

"Mak, mak kena ingat pesan doktor yang mak ni kena rehat secukupnya. Biar Dhia lah yang buat semua kerja ni. Mak baru sihat je tau." Nediya berkata. Bimbang akan kesihatan ibunya yang baru pulih itu merosot kembali. Mak cik Khadijah tersenyum kecil sambil berkata "Takpe, Dhia. Mak nak rehat dekat ruang tamu je dulu. Orang sakit tak semestinya kena terlantar dekat bilik. Kan nanti tambah sakit."

Nediya menggeleng kepalanya. Dia kenal benar dengan perangai ibunya yang tidak suka duduk diam. Ada sahaja kerja rumah yang ingin dia buat. Oleh sebab itulah juga Mak cik Khadijah seorang yang kuat walaupun terpaksa menjaga Nediya seorang diri selepas ditinggalkan oleh suaminya itu.

Sesudah itu, Nediya terus ke dapur untuk cuba memasak makanan kegemaran emaknya. Selang sahaja beberapa minit, dia terdengar bunyi enjin kereta yang sedang memarkir di hadapan rumahnya. Nediya segera ke ruang tamu untuk melihat siapakah yang datang. Alangkah terkejutnya Nediya kerana gerangan yang datang ke rumahnya adalah Khalif.

"Assalamualaikum." Khalif memberi salam. Nediya terpaku. Mak cik Khadijah terus bertanya "Siapa tu, Dhia?"

Khalif sekali lagi memberi salam. Nediya buntu, kemudian dia membuka pintu rumahnya. Dia cuba menunjukkan reaksi yang normal " Ada apa datang sampai rumah I ni?" Nediya bertanya. Khalif memandang mata Nediya yang cuba mengelak daripada memandangnya.

Khalif membalas pertanyaan Nediya tadi. "I datang nak tengok you la. Dah lama you tak datang office I. I call you berkali-kali pun you tak angkat. Memangnya ada masalah ke? Please tell me." Nediya menatap mata Khalif. Mak cik Khadijah mendengar perbualan mereka. Dalam hatinya, dia dapat teka bahawa itu adalah suami Laila, yang anaknya tengah menjalinkan hubungan sekarang ini.

"Khalif, I taknak cakap banyak dekat sini sebab ada mak I. Mak I baru saja keluar dari hospital so I taknak dia dengar and terkejut dengan perbualan kita. I just nak cakap, tolong jangan ganggu and jumpa I lagi. I nak kita putuskan hubungan ni. Please, you balik dekat isteri you balik." Nediya berkata lebar dalam nada yang tersekat-sekat. Khalif tergamam.

"Oh, jadi betul lah Laila datang jumpa you and ugut you untuk jauhkan diri dari I?" Khalif menduga. Mak cik Khadijah terdiam mendengar perbualan mereka berdua. Jadi, anaknya sudah pun sedar untuk tidak menjadikan suami orang sebagai kekasih?! Sekali lagi Mak cik Khadijah memanjatkan kesyukuran melihat anaknya betul-betul berubah.

"I tak kisah you nak cakap apa. Mulai hari ni jangan jumpa or call I lagi." Sesudah itu, Nediya terus menguncikan pintu rumahnya itu sambil mengesat air matanya yang jatuh berlinangan di pipi gebunya itu. Dia berharap agar keputusan yang dia buat ini tidak melukai hati mana-mana pihak walaupun dia tahu hati Khalif terluka. Dia berharap Khalif dapat menerima keputusan yang dia buat.

Khalif memanggil-manggil nama Nediya berkali-kali, merayu agar Nediya membuka pintu dan berbincang pasal ini. Tidak lama selepas itu, enjin kereta kedengaran. Mungkin Khalif sudah pergi selepas Nediya tidak melayan panggilannya itu. Nediya terus menghampiri emaknya lalu memeluknya erat dalam tangisannya. Dia tidak mampu mengawal perasaan sedihnya lagi dan cuba untuk menerima kenyataan. Mak cik Khadijah mengusap-usap kepala anaknya seraya berkata "Dhia buat keputusan yang betul, nak. Jangan sedih. Mak doakan Dhia jumpa dengan jodoh yang baik suatu hari nanti."

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now