SCENE 16

3.3K 93 0
                                    

Dah hampir dua jam Nediya menunggu di butik tersebut. Segala benda cerita sudah pun dia berbual dengan Yani itu. Hampir pecah perut Nediya mendengar segala cerita Yani yang ada kalanya mengarut dan terkadang serius itu. Walaupun baru sahaja dia kenal Yani, tapi kerancakan mereka berbual itu tadi seolah-olah sudah kenal lamanya. Nediya selesa dengan sikap Yani yang gila-gila itu. Sikap itulah yang kadang kalanya menghiburkan hati seseorang.

"Eee mana bos awak ni, Yani. Dah lama ni tunggu tak sampai-sampai." katanya. Tiba-tiba dia melihat Yani menunduk seolah-olah ada artis di hadapannya. Lalu, Yani memuncungkan bibirnya ke arah belakang Nediya. Nediya naik pelik dengan tingkah laku Yani. Dengan segera dia memandang ke belakang. "Oh, ada pelanggan nak buat bayaran." kata Nediya yakin. Kemudian, dia ke tepi sedikit. Dipandangnya sekali lagi ke arah lelaki berbadan sasa yang dikatakannya pelanggan itu. Dia berkata dalam hatinya. "Waa, boleh tahan dia ni. Segak, berbadan sasa. Beli baju kat butik ni pula tu. Muka ala-ala model. Aik, tapi mana baju yang nak dibelinya". Nediya sempat lagi memuji kerana terpegun melihat sosok lelaki itu. Kemudian, dia cuba melihat di tangan lelaki tersebut. Pelik. Kalau nak buat bayaran takkan tiada apa-apa ditangannya.

"Erk, Dhia.. Dhia. Ni lah Encik Faris. Majikan yang kau kata tu. Dia pemilik butik ni." Yani berkata separuh membisik. Nediya masih lagi terpegun melihat lelaki berkenaan. Yani yang sedar dengan tingkah laku Nediya itu lantas memijak kaki Nediya yang masih mengelamun itu.

"Auch." Nediya mengerang kesakitan apabila kaki kanannya dipijak oleh Yani. Nediya menatap wajah Yani dengan tajam sambil berkata dalam hatinya. "Ish, Yani ni. Siap nanti aku pijak kaki dia balik." Faris bingung melihat tingkah laku Yani dan Nediya itu. Tidak lama selepas itu, dia bersuara. "Siapa ni Yani? Kawan awak ke?" Nediya menundukkan kepalanya. Malu dengan perbuatannya tadi. Dia terus menyampuk. "Saya Nediya. Semalam saya ada terbaca butik ni nak pakai pekerja. Jadi saya datang nak interview. Manalah tahu ada rezeki saya dapat bekerja kat sini." ujar Nediya.

Faris sekilas memandang Nediya dan berkata. " Kejap lagi awak masuk bilik pejabat saya kat belakang tu. Nanti saya interview awak kat situ." Yani terkebil-kebil memerhati Faris. Dia turut berharap agar Faris dapat mengambil Nediya bekerja di butik tersebut. Nediya mengangguk tanda faham lalu dia cuba duduk di ruang duduk pelanggan. Menunggu Faris memanggilnya masuk ke bilik pejabatnya. Nediya menunggunya dengan sabar.

Selang sahaja beberapa minit, Faris memanggil Nediya masuk ke ruangan kerjanya. Tiba-tiba jantung Nediya berdegup kencang. Dah la awal-awal lagi dia berbuat silap dengan bakal majikannya itu dengan mendakwanya pelanggan. Dia berharap agar Tuhan memberikannya kemudahan.

Nediya duduk di kerusi tetamu dalam bilik pejabat Faris. Faris memandang tepat ke arah Nediya sambil menjemputnya duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja Faris. Setelah itu, Faris bertanya beberapa soalan mengenai latar belakang dan sejarah kerja Nediya. Nediya tekun menjawabnya. Dia berharap Tuhan memberikannya kelancaran lisan untuk menjawab soalan dari majikannya itu.

Kemudian, Nediya menyerahkan resume dan sijil-sijilnya kepada Faris. Faris menelitinya dengan tekun sekali. Sesudah itu, Faris bersuara. "Jadi awak belajar hingga ke tingkatan 6 sahaja?" Perasaan Nediya yang tadinya sudah kian stabil kini berdebar kembali. Dengan nada yang sederhana dia menjawab. "Ye, Encik. Kenapa? Saya tak layak ke bekerja dekat sini. Tolong Encik. Ni saja harapan saya untuk bekerja." Nediya separuh merayu. Berusaha memujuk Faris.

"Bukan itu maksud saya. Saya hanya bertanya. Sejujurnya, saya nak ambil pekerja lelaki memandangkan ni butik lelaki. Yani kat depan tu pun saya ambil dia sebab keluarga dia hidup susah. So, saya bantu dia kerja dekat sini." terang Faris. Wajah Nediya sedikit agak kusam. Dia berusaha lagi memujuk Faris.

"Tapi dekat site tu Encik tak menyatakan syarat jantina pula. Boleh la Encik saya kerja di sini." pujuk Nediya lagi. Faris serba-salah. Dia dapat melihat bahawa Nediya betul-betul serius untuk bekerja disini.

"Baiklah. Kalau macam tu saya terima awak kerja dekat sini. Awak boleh mula kerja esok pagi. Pakaian kerja tu nanti saya bagi dekat awak. Selagi itu, awak boleh pakai baju biasa dulu time kerja." terang Faris lagi. Nediya mengangguk. Dia betul-betul gembira dan bersyukur apabila diterima kerja di butik milik Faris itu. "Terima kasih Encik kerana memberi peluang untuk saya kerja dekat sini. Semoga kebaikan Encik dibalas nanti. Oh, saya nak minta maaf tadi kata Encik tu pelanggan. Saya tidak berniat pun." Nediya berkata sambil menundukkan kepalanya.

"Tidak mengapa." Faris membalas ringkas. Tidak lama selepas itu, Nediya meminta izin untuk keluar daripada bilik pejabat Faris. Setibanya di depan kaunter pembayaran, Yani kelihatan tidak sabar menunggu jawapan daripada Nediya. Nediya melontarkan senyuman paling manis sambil menganggukkan kepalanya. Yani melompat kegembiraan sambil berkata "Yesss!". Kemudian, dia terus memeluk Nediya. Akhirnya dia ada teman untuk membuat lawak hambarnya.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now