Seperti biasa, Laila dan keluarganya akan singgah ke restoren itu untuk menikmati makanan sebelum ke shopping mall. Setibanya di sana, dia memesan makanan dan minuman. Suami Laila meminta kebenaran untuk ke tandas sekejap. Laila masih lagi khusyuk memesan makanannya.
Selesai sahaja dia membuat pesanan, tiba-tiba datang seorang lelaki yang menegurnya. Laila terus memandang ke arah lelaki yang memberi salam kepadanya itu. Alangkah terkejutnya dia lelaki tersebut adalah Khalif, bekas suaminya itu. Laila menggeletar selepas melihat bekas suaminya itu muncul di depannya.
"Laila apa khabar? Ni anak-anak abang kan? Besar dah mereka." kata Khalif sambil ingin memegang anak-anaknya itu. Laila cepat-cepat menepis tangan Khalif seraya berkata. "Kenapa awak datang sini?" soal Laila. Dia juga hampir mengalirkan air mata namun berjaya ditahannya.
"Abang dah merata-rata cari tempat tinggal Laila. Alhamdulillah, abang tidak sengaja jumpa Laila dekat sini. Laila, tolong balik pada abang semula. Abang dah betul-betul menyesal sebab ceraikan Laila dahulu. Beri peluang dekat abang nak tebuskan kesalahan abang. Abang sayang kan Laila dengan anak-anak abang." rayu Khalif.
Laila tergelak sinis. Dia mengumpulkan kudratnya sambil berkata. "Menyesal? Saya malas nak buka cerita lama. I'm totally move on from lelaki buaya darat macam awak. Bila susah you datang la. Time you senang, you dengan perempuan tu berfoya-foya. You pandang I dulu macam sampah. You tak ingat dekat anak-anak you masa you berasmara dengan perempuan tu. Sekarang, you datang minta rujuk? Maaflah, Khalif. Sampai bila-bila I takkan balik pada you. I dah serik." balas Laila panjang lebar.
Khalif mengalirkan air mata jantannya apabila mendengar kata-kata Laila. Dalam masa yang sama dia terkenangkan dosa yang dia telah buat pada Laila. Dia betul-betul menyesal atas segala perbuatannya terhadap Laila. Selepas dia memutuskan hubungannya dengan Nediya dan menceraikan Laila, dia hidup seorang diri tanpa seorang wanita disisi. Selama ini, dia mencari Laila di merata-rata tempat namun tidak diketemuinya. Dia sudah lama menyesali perbuatannya itu terhadap Laila dan anak-anaknya.
Suami Laila meluru menghampiri mereka. Laila dengan bangganya memperkenalkan. "Oh ye, Khalif. Perkenalkan ini suami I, Dato' Zikri. Alhamdulillah, lepas I diceraikan oleh bekas suami I, Dato' Zikri sanggup terima I seadanya dan menjaga I dan anak-anak dengan baik sekali lebih daripada yang bekas suami I bagi dekat kami." Dato' Zikri segera ingin bersalaman dengan Khalif namun tidak disambutnya.
"Lagi satu, Abang Zikri selalu busy dengan businessnya. Dia selalu ke oversea, so sekarang ni dia ada di sisi I, boleh la I nak bermanja-manja." kata Laila lagi sambil memeluk tangan Dato' Zikri yang disebelahnya. Khalif tidak tahan melihat aksi mereka berdua lalu beredar meninggalkan mereka disitu. Dalam hatinya, dia berasa layak menerima semua ini selepas apa yang dia telah buat pada Laila selama ini.
YOU ARE READING
Kau Pemusnah Cinta
RomanceTeruskan membaca novel pertama saya di Wattpad atau Novelplus. Thankyou ❤️