SCENE 8

3.5K 108 1
                                    

Khalif naik hairan kenapa Nediya tidak menjawab panggilannya. Sudah banyak kali dia menghubunginya namun tidak diangkat pun. Kebiasaannya, Nediya terus menjawab panggilan daripadanya. Atau paling tidak pun, dia akan menghubungi Khalif semula jika dia tidak sempat menjawab panggilan tersebut.

Laila memerhati dari jauh akan kegelisahan Khalif menghubungi kekasihnya itu. Laila berharap Nediya benar-benar mengubah fikirannya untuk menolak pinangan Khalif itu. Seandainya berlaku yang sebaliknya, maka Laila terpaksa berkongsi kasih Khalif dengan Nediya. Dia tidak sanggup hidup bermadu. Maka, sia-sia sahaja usahanya untuk menyelamatkan rumah tangganya selama ini.

Khalif yang sedari tadi ke hulu hilir menanti panggilan daripada Nediya tersentak apabila melihat notifikasi Whatsapp yang terpapar di telefonnya itu. Dia naik pelik apabila Nediya menghantar chat dengan ayat yang tidak pernah dinyatakan oleh Nediya sebelum ini. "Khalif, tolong jangan call saya lagi. Anggaplah hubungan kita dah berakhir."

Chat daripada Nediya itu tadi benar-benar mengejutkan Khalif. Setahunya, dia tidak berbuat salah pun dengan Nediya. Jika Nediya marah terhadapnya kerana tidak bertemu dengannya di kafe itu, ia mustahil sampai ke tahap ingin putuskan hubungan ini. Ini pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Khalif segera menghampiri Laila seraya berkata "Awak ada buat tindakan bukan-bukan ke?" Khalif berkata dalam nada yang tinggi.

Laila yang tadinya membancuh kopi untuk suaminya itu tersentak. Perlahan dia membalas "Apa maksud abang?"

"Tak payah banyak tanya. Mesti awak dah racuni fikiran Dhia kan? Jika saya tahu awak buat macam tu, talak jatuh kepada awak." Khalif berkata separuh sedar. Nadanya benar-benar serius. Betapa sayang dan cintanya dia terhadap Nediya.

Laila terkejut mendengar kata-kata Khalif itu tadi. Dia bagaikan mimpi mendengar ucapan Khalif yang mati-matian membela Nediya. Nampak sangat cintanya terhadap Nediya menggunung tinggi sehinggakan sanggup melafazkan perkataan talak itu. Sesungguhnya perkataan talak itu amat perit untuk didengar oleh para isteri.

Khalif berlalu pergi daripada rumah. Laila terkilan dengan segala kata-kata Khalif itu tadi. Dengan itu juga, sekali lagi dia menangis kerana suaminya itu. Sungguh perit menjadi seorang wanita yang bernama Laila. Laila terus mengesat air matanya apabila pembantu rumahnya membawa anak-anak kepadanya. Dia tidak mahu menunjukkan rasa sedih di hadapan anak-anaknya. Dia perlu kuat menghadapi semua ini walaupun dia sudah cukup penat. Sejurus itu, dia mendukung anaknya sambil melontarkan senyuman kelat.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now