Hampir setengah jam berlalu namun Nediya masih belum nampak batang hidung Khalif lagi. Dalam hati kecilnya berkata " Ish, memang janji melayu semua. Mana si Khalif ni."
Beberapa minit berlalu, notifikasi Whatsapp Nediya masuk. Nediya menghembus nafas yang panjang sambil menepuk dahinya apabila Khalif memaklumkan bahawa dia lupa untuk beritahu yang dia ada mesyuarat dan masih belum habis lagi. Nediya terus mengutuk Khalif dalam hatinya. " Ish dia ni, kalau cakap awal-awal kan bagus. Macam tu je masa aku terbuang sebab tunggu dia. Memang tak patut. Haihh".
"Assalamualaikum." Tiba-tiba ngelamun Nediya terhenti apabila seorang sosok wanita memberi salam kepadanya. Nediya tambah hairan. Siapa pula ni?! Dia tidak berkata apa. Keduanya saling berpandangan antara satu sama lain. Sunyi sepi.
Setelah itu, wanita tadi memulakan bicara " Awak Nediya?" tanya wanita tersebut. Nediya dalam hatinya mengesyaki bahawa itu adalah isteri Khalif. Tapi dia hairan pula jika itu adalah isteri Khalif, bagaimana pula dia tahu yang dia itu adalah Nediya, kekasih suaminya?!
"Saya Laila, orang yang dikhianati oleh suaminya disebabkan antara kami muncul orang ketiga." Laila bersuara yakin. Nadanya mendatar. Nediya yang baru sahaja ingin minum minumannya terus tersedak mendengar ayat yang dilemparkan oleh Laila itu.
"Dari mana kau tahu aku ni Nediya?" ucap Nediya. Seperti biasa, nadanya agak tinggi dan kasar. Namun, Laila masih lagi tenang.
" Dunia ni kecil sahaja. Cepat atau lambat orang yang aniaya kita pasti akan dijumpai. Maaf, saya tidak bermaksud untuk melukakan hati awak." Laila berkata dalam nada yang halus. Nediya kali ini berasa bahawa Laila bukanlah seperti wanita lain yang terus menyerang jika didapati suaminya curang.
"Ye, memang aku adalah wanita yang sedang menjalin hubungan dengan Khalif. Jadi kenapa ya?" Nediya tidak mahu kalah. Dia terus menjawab kepada Laila itu.
"Saya kagum dengan awak. Awak begitu berani menyatakannya. Kalau dulu orang sorok-sorok main kayu tiga, tapi wanita sekarang lebih berani goda lelaki orang secara terang-terangan." Laila cuba menahan suaranya yang sudahpun serak-serak basah. Menahan tangisan.
"Watch your mouth, okay." Nediya berkata dalam nada menahan daripada menjerit.
"Saya datang sini bukan nak cari gaduh. Ni tempat yang Khalif selalu bawa saya sejak kitorang mula-mula kahwin sehinggalah rumah tangga kami sudah mula bergolak. Selepas daripada itu, saya kurang jejak kaki ke kafe ini. Baru hari ini tergerak hati nak datang sini balik. Tapi alangkah bertuahnya saya dapat jumpa awak sekali." ujar Laila panjang. Nediya hanya mendengar sambil menahan daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya di depan khalayak orang ramai di kafe tersebut.
"Jadi apa kau nak ye? Nak suruh aku berhenti kacau laki kau? Helo, that's not my fault kalau dia pilih aku jadi isteri dia nanti." kata Nediya biadap. Laila masih lagi menahan perasaan marahnya. Dia tidak mahu perasaan marah menguasai dirinya untuk membincangkan perkara ini.
"Ye betul. Buat masa sekarang ni Khalif pilih awak jadi bakal isteri dia. Tapi isteri yang sedia ada bersama anak-anaknya harus dicampak kemana? Kalau betul lah awak tak boleh faham perasaan saya sebagai seorang isteri ni, cuba awak bayangkan apa perasaan anak-anak saya dengan Khalif. Awak pernah lalui zaman kanak-kanak kan? Bagaimana perasaan awak kalau awak duduk di tempat anak saya?" kata Laila menagih simpati Nediya. Dia benar-benar berharap bahawa Nediya faham maksud kata-kata yang dia sampaikan itu.
Nediya terdiam buat seketika. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa emaknya ditinggalkan oleh ayahnya disebabkan ayahnya ingin berkahwin dengan seorang gadis muda. Peristiwa itu benar-benar melekat dalam mindanya walaupun sewaktu itu dia baru berusia dua belas tahun. Tanpa disedari Nediya mengalirkan air matanya. Hatinya benar-benar sakit setiap kali dia teringat bagaimana perempuan itu merampas ayahnya daripada ibunya.
Laila agak terkejut melihat Nediya mengalirkan air matanya. Dalam hatinya berharap agar Nediya bertukar fikiran untuk menolak lamaran suaminya itu. Nediya mengesat air matanya sambil berlalu dari kafe tersebut meninggalkan Laila sendirian. Laila cuba memberi ruang untuk Nediya mempertimbangkan semula kata-katanya itu. Dia berharap agar rumah tangganya kembali baik semula.
YOU ARE READING
Kau Pemusnah Cinta
RomanceTeruskan membaca novel pertama saya di Wattpad atau Novelplus. Thankyou ❤️