Bab 3: Kecederaan

3.2K 165 12
                                    


Cahaya terang yang menyilaukan membuatkan Ali tersedar dan matanya berkelip beberapa kali.

Dalam keadaan mamai, dia memerhatikan ruang di sekitarnya.

Kelihatan IV drip yang tersambung pada tangan dan tubuhnya tersarung pakaian yang kelihatan asing baginya.

Pusat Rawatan MATA. Ah. Macam mana boleh terlupa tempat ni?

Ali segera bangun dari perbaringan. Melalui cermin di sebelah, dia dapat melihat kesan-kesan luka pada wajahnya.

Bajunya diselak dan terdapat banyak balutan yang dikenakan pada tubuhnya dari bahu sehingga bahagian abdomen.

Dia hanya mengeluh kecil.

"Takkanlah... Sebab Override mode lagi ke?"

Suara rungutan terkeluar dari mulut Ali. Ali cuba mengimbas semula apa yang terjadi sebelum itu. 

Dia sedang dalam perjalanan ke rumah selepas tamat misi. Kemudian dia dikepung oleh sekumpulan lelaki yang mencurigakan. Apabila Ali cuba pergi dari situ, dia dibelasah dengan senjata dan dikejar sehingga membuatkan dia terpaksa memakai sut ejen MATA. 

Dia tiba di sebuah gudang dan rupa-rupanya dia diumpan supaya datang ke situ. Alicia tiba-tiba datang ke tempat yang sama dengan berpakaian sut ejen semasa Ali sudah tidak berdaya untuk melawan. 

Selepas itu Alicia...

Argh! Aku tak mahu ingat tentang itu lagi!

Ali menggeleng kuat menandakan betapa dia benci akan saat pahit yang dialaminya tadi. 

Sekejap. Cakap pasal-

"Alicia!" 

Tanpa berfikir panjang, Ali bangun dari katil dan keluar dari bilik sakitnya.

Kesakitan pada tangan akibat mencabut IV drip tidak dipedulikan.

Ali segera mencari bilik Alicia. Tidak jauh dari biliknya, dia ternampak sebuah pintu yang diletakkan nama yang cukup dikenalinya. 

Bilik 165. Alicia Kheng.

"Alicia! Kau okey?!" Ali menerjah masuk ke bilik itu tanpa berfikir dua kali.

"Gyargh!! Jangan masuk!"

Suara jeritan Alicia yang lantang maha kuat memukul gegendang telinga Ali. Sebiji bantal besar dibaling tepat ke mukanya.

"Argh! Kenapa kau ni?" soal Ali sambil menggosok-gosok mukanya.

"Kau tu yang dah kenapa?! Dahlah main masuk bilik perempuan! Ketuk tak ada, tanya tak ada...Kau nak aku buat kau mati awal ke?" Marah Alicia.

"So.. sorry. Aku tak sengaja," Ali akur dengan kesalahannya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Jadi... Kau macam mana? Okey?" Soal Ali setelah mengambil tempat duduk di sebelah katil Alicia. Gadis di sebelahnya itu ditilik. 

Kepala berbalut, lengan pun berbalut. Tambah lagi dengan luka-luka di wajahnya yang berkulit cerah. Kaki pun macam nak disimen je gayanya. Ali melepaskan keluhan kecil.

"Kau rasa?" hanya itu yang dibalas oleh Alicia. Ali semakin rasa bersalah.

"Alicia. Aku nak tanya sikit," Ali meminta izin untuk bertanya.

"Apa dia?"

"Pasal kita kena serang tadi tu..." belum sempat Ali menghabiskan ayatnya, Alicia memotong.

"Tadi? Mana ada tadi? Hal tu dah berlaku tiga hari lepaslah,"

Sekejap.

Apa?

Tiga hari?!

Wajah Ali jelas menunjukkan yang dia langsung tak tahu apa-apa. Patutlah tekaknya terasa perit dan badannya terasa seperti sudah berhari-hari tidak digerakkan.

Alicia yang melihat cuba menahan senyum.

"Aah. Dah tiga hari. Dan dah tiga hari jugak la kau koma. Yang kau datang bilik sakit aku tiba-tiba ni tak apa-apa ke? Tak patah riuk ke, apa ke?" Perli Alicia.

"Kau ni... Kau tu yang patut dirisaukan kau tahu tak? Tengok. Kepala aku tak adalah sampai nak berbalut bagai. Kaki kau pun macam nak disimen aku tengok. Kau ni betul ke tak apa-apa?" Ali tidak puas hati membalas kata-kata Alicia.

Jadi aku koma tiga hari ke? Biar betul?

"Takpe. Yang penting kau tak cedera teruk macam aku,"

Ali yang mendengarnya berfikir sejenak. Kemudian dia bertanya lagi.

"Alicia, bagitau aku. Macam mana kau boleh ada kat situ?"

"Kau ikut aku lepas misi tamat hari tu, kan? Kenapa? Atau memang itu kerja yang kau buat selama ni? Nak melindungi aku?"

Riak wajah Alicia yang tadinya tenang mula berkocak.

Lidahnya seperti kelu untuk berkata-kata tetapi Ali terus mengajukan soalan tanpa henti.

"Jadi maknanya memang sejak dulu lagi kau selalu ekori aku dari belakang senyap-senyap? Patutlah aku selalu rasa aku tak berseorangan. Tambahan lagi kau selalu muncul bila aku berada dalam masalah," Ali memandang Alicia. 

Alicia hanya diam tidak berkutik, langsung tidak membalas soalan-soalan yang diberi oleh Ali.

Ali menarik nafas panjang.

"Alicia...Kali ni aku nak kau betul-betul jujur dengan aku. Apa yang kau buat selama ni semua tu semata-mata untuk aku ataupun... IRIS?"

Soalan tadi membuatkan Alicia tergamam. Buku yang dibacanya sejak tadi hampir terlepas dari tangan.

Setelah beberapa minit menunggu, Alicia tidak memberikan sebarang jawapan.

Ali hanya mengeluh.

Dia bangun dari tempat duduknya dan keluar dari situ. Tanpa menerima sebarang jawapan daripada Alicia.






Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now