Bab 24 :Risau

1.8K 147 17
                                    


"Dia perlukan rehat, terutamanya selepas apa yang dah terjadi semalam. Nasib baik kecederaan dia tak serius sangat, tapi jangan lupa yang dia masih perlu diberi rawatan nanotechnology untuk hilangkan parut-parut di muka dan tangan dia,"

"Baik, Dr.,"

"Pantau keadaan dia selang beberapa jam. Jaga dari bekalan oksigen sampailah pemakanan dia. Baik, kamu semua boleh sambung kerja lain. Lagipun dia ada pelawat,"

"Baik. Terima kasih Dr. Lily,"

Semua staf perubatan yang ada di situ segera keluar untuk memberi ruang kepada para pelawat pesakit tersebut.

Tidak lama kemudian, Ali, Khai dan Moon melangkah masuk ke dalam bilik pesakit. Mereka bertiga datang ke MC MATA petang itu.

Keadaan Alicia yang luka-luka satu badan dilengkapi dengan corong oksigen betul-betul menghiris hati mereka. Terutamanya...

"Aku sepatutnya bertindak lebih awal semalam. Sekarang ini pula yang terjadi," Ali melontarkan kata-kata kesalnya yang dipendam sejak insiden semalam. Dia rasa sangat bersalah sekarang.

"Ali, jangan salahkan diri sendiri. Kita pun baru tahu kan yang Ceman tu licik sangat sebab dia tu bekas perisik organisasi haram. Mestilah dia lebih berpengalaman berbanding kita," pujuk Khai.

"Aah la, Ali. Lagipun, sekurang-kurangnya Ceman tu dah ditangkap. Itu pun atas usaha kau. Kau dah banyak membantu," tambah Moon.

Namun begitu, Ali masih lagi termenung fan nampak tidak bersemangat. Khai dan Moon memandang sesama sendiri. Kalau ada Iman, mesti dia tau nak kata apa. Tapi masalahnya Iman pun tengah dirawat di MC MATA sebab cedera semalam.

"Eh, penatlah asyik berdiri je. Duduklah dulu," Khai mengajak rakan-rakannya agar duduk dahulu. Khai dan Ali duduk di sofa manakala Moon duduk di kerusi sebelah katil Alicia.

"Ali, ceritalah apa yang dah jadi semalam. Aku nak tau," Khai muka bertanya.

"Yalah, aku pun nak tau jugak apa jadi masa korang ada kat bumbung bangunan tu," kata Moon.

Ali berat mulut mahu menceritakan semuanya, tetapi melihatkan kawan-kawannya yang betul-betul curious itu dia mengalah.

"Sebenarnya..."

...

Imbas Kembali

Ali berlari memanjat tangga menuju ke bumbung bangunan setinggi 7 tingkat itu. Cecair adrenalin mengalir pantas ke seluruh tubuh menyebabkan jantungnya hampir tercabut dari tangkai. Dia terlalu risau tentang keadaan Alicia di atas sana.

Sampai sahaja di tingkat teratas, Ali terus membuka pintu kecemasan dan apa yang dilihatnya ialah seorang lelaki sedang mengacukan pistol besar pada Alicia. Alicia terbaring kepenatan, seperti baru selepas berlawan dengan lelaki itu.

"Alicia! Jangan bergerak-"

Sudah terlambat.

"Oops, too late, young man. Kau sepatutnya datang lebih kurang... 6 saat lebih awal," kata Ceman sambil tersenyum menayangkan giginya yang tidak tersusun. Seluruh badan Alicia kini terperangkap di dalam bancuhan simen bertoksik.

Ali menggenggam penumbuk dan Ceman tiba-tiba ketawa besar.

"Hahahahahaha! Apalah kau ni! Girlfriend dah nak mati pun kau berdiri diam-diam je kat situ? Lemah!" Ketawa macam kena histeria je lagaknya.

Dalam sekelip mata, Ceman muncul betul-betul dihadapan Ali.

"Good job, budak! Disebabkan kau lambat, nyawa kucing ni dah nak melayang! Hahahaha! Dan kalau kau nak tahu, aku tak suka orang yang lambat,"

Ekspresi wajah Ceman tiba-tiba berubah. Kalau tadi senyum sampai ke telinga, sekarang dia nampak seperti seseorang yang berkeinginan kuat untuk membunuh.

Macam psiko.

Baru sahaja dia mahu menumbuk perut Ali, tetapi niatnya tidak kesampaian apabila Ali tiba-tiba memandangnya dengan kaca mata yang bercahaya putih.

Dengan serta-merta, tujahan kuat Yoyo-Blast mengenai tepat di bahagian perut Ceman menyebabkan dia terpelanting jauh ke sudut bumbung.

Dia baru sahaja mahu bangun dan melawan, tetapi Ali pantas mencengkam leher bajunya dan mengangkatnya sehingga kaki lelaki itu tidak mencecah lantai. Mereka berada betul-betul di hujung bangunan dan dibawah Ceman hanyalah... Tiada apa-apa.

"Woah, relak la... Untuk orang baru macam kau, aku akan lepaskan kau kali ni- Uwaaaarghhhh!!" Tubuh Ceman dilemparkan ke bawah. Tetapi dia bernasib baik kerana dia mendarat di atas pokok tepi jalan.

Ali tiba-tiba menggelengkan kepalanya dengan kuat. Nafasnya turun naik. Tangannya mencengkam kepalanya yang semakin sakit.

Ali menjerit sekuat hati kemudian terjatuh dan melutut di lantai. IRIS tertanggal sendiri dari Ali tetapi Ali masih berada dalam keadaan sedar.

"Alicia!" Ali segera berpaling dan meluru ke arah penjaga IRISnya yang terperangkap di dalam simen.

"Awak... Awak tolong bertahan sekejap. Sekejap je. Saya akan keluarkan awak," ayatnya tersekat-sekat gara-gara terlalu panik.

Ali menghentam simen keras itu dengan Yoyo-Blast bertubi-tubi. Dia langsung tidak berhenti walau untuk sesaat. Tangannya sudah sengal tetapi dia tidak peduli.

Asalkan Alicia selamat!

Rekahan pada simen semakin lama semakin terbuka luas. Saiz rekahan itu cukup besar untuk mengeluarkan Alicia dari situ. Ali segera menarik Alicia keluar.

"Bangunlah! Awak boleh dengar suara saya tak?" Ali memanggil Alicia tetapi tiada tindak balas.

Muka Alicia pucat lesi dan bibirnya kebiruan. Luka-luka di muka akibat hakisan simen membuatkan Ali semakin risau. Pernafasan Alicia seperti sudah terhenti.

Allahu... Apa nak buat ni?!

...

"Jadi kau bagi dia CPR?" Moon tiba-tiba mencelah. Mata Ali dan Khai membulat.

"Tak! Mana ada! Siapa kata aku buat?" Ali segera menafikan soalan Moon. Mukanya terasa kebas tiba-tiba.

"Ala, takdelah, saja nak tanya. Kan dalam TV orang selalu buat macam tu," balas Moon bersahaja.

"Astaghfirullahalazim! Apalah yang kau fikirkan tu? Ish kau ni. Tulah, banyak sangat tengok drama! Diorang buat CPR tu sebab nak acah sweet je, bukan nak selamatkan orang semata-mata," bebel Khai. "Kau tengok Ali ni. Kau rasa dia ni jenis lelaki yang akan ambil kesempatan dalam kesempitan ke?"

"Dah, sudah! Kesimpulannya, aku tak pernah sesekali pun berniat nat buat CPR tu. Medic MATA datang tak lama lepas tu dan Alicia dibawa ke sini. Tutup cerita pasal CPR. Kita cerita benda lain," Ali segerà mengubah topik, takut kalau-kalau bab CPR makin berlarutan.


Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now