"Iman, Moon! Sampai pun korang. Masuk, masuk!" Dengan terburu-buru, Alicia mempelawa kawan-kawannya masuk ke rumah.Pagi Sabtu itu, Alicia menjemput Iman dan Moon ke rumahnya. Ada 'hal kecemasan' katanya.
"Mana yang kecemasan sangat tu? Meh sini kitorang settlekan," Moon meyakinkan Alicia yang mereka ada untuk membantunya.
"Yalah, Alicia. Kalau setakat masalah ni je, kami boleh tolong awak. Tak susah pun," kali ini Iman pula menenangkan hati Alicia.
Setelah Alicia memberitahu tujuan dia menjemput mereka ke rumah melalui panggilan telefon tempoh hari, kedua-dua gadis itu dengan rela hatinya setuju untuk membantu.
Bukan rela hati, tapi nak sangat.
"Terima kasih sangat-sangat, korang. Kalau korang berdua takde, tak tahulah aku nak pakai apa Ahad depan," Alicia betul-betul bersyukur mereka sudi datang menyelesaikan masalah yang memeningkan kepalanya.
Nak minta tolong Mia, dia balik kampung sebab ada keluarga sakit. Tambahan lagi, mana dia berani bawa masuk orang bukan ejen masuk ke kuarters MATA? Mau bocor rahsia nanti, amacam?
"Alicia, cantiknya... Besarnya rumah kau! Kau tinggal sini dengan General Rama ke?" Tanya Moon. Sungguh, dia kagum dengan rumah kondominium yang luasnya ya ampun itu. Hiasan dalaman pun cantik.
"Erm... Nak kata rumah aku tu taklah. Ni rumah yang MATA sediakan untuk memudahkan aku keluar masuk base. Ada ejen-ejen lain jugak yang tinggal kat kondo ni, tapi kebanyakannya yang dah berkeluarga. Aku tinggal sini seorang je, General kat tempat lain," Jelas Alicia. Dia membawa kawan-kawannya menuju ke bilik tidurnya.
"Ni bilik aku. Tapi jangan dilayan sangat tau kalau bersepah," Alicia agak nervous sebab ini kali pertama dia membawa orang lain masuk ke biliknya. Kalau General Rama datang rumah paling-paling pun duduk kat ruang tamu je. Itu pun masa sekolah rendah dulu.
Alicia memulas tombol pintu.
Tetapi perlahan...
Dan semakin perlahan...
Dan...
"Ah... Buka je la!" Gara-gara sudah terlalu tidak sabar, Moon terus menolak pintu itu sehingga Alicia yang memegang tombol pintu terjatuh ke hadapan. Iman segera menyambut.
"Wau... Cantiknya bilik kau, Alicia!" Mata Moon yang sudah sedia bulat menjadi semakin bulat.
Oh my god...
"Kau ni melebih sangatlah," Dengan bantuan Iman, Alicia cuba berdiri tegak. Dia berterima kasih kepada Iman kerana telah membantunya.
"Yalah, Alicia. Cantik betul bilik awak," Mata Iman juga tidak lepas dari memandang segenap pelosok bilik tidur itu. Alicia mula terasa segan.
"Dah... Jom masuk," Pelawa Alicia.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
Fiksi PenggemarWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.