Setelah empat minggu dirawat di MC MATA, Ali kini sudah pulih sepenuhnya. Dia dibenarkan untuk menjalankan misi dan latihan ejen seperti biasa.
Pada hari itu, Ali, Alicia, Rudy dan Chris 'diseru' oleh General Rama untuk diberi taklimat mengenai misi yang akan dijalankan.
Mereka ditugaskan untuk menangkap seorang penjenayah ganas yang digelar Grim Reaper. Kenapa namanya Grim Reaper? Sebab perbuatan dia ni macam malaikat maut dalam Goblin hahahaha. 😂
Grim Reaper selalu merompak dan pecah masuk rumah orang di sekitar Barat Daya Cyberaya. Cara dia pecah masuk ialah ketuk pintu rumah kemudian terus 'cabut nyawa' seluruh penghuni rumah tersebut menggunakan sabit panjang. Dia akan tinggal di situ sehinggalah polis hampir menjejakinya, dan ketika itulah Grim Reaper akan melarikan diri ke rumah lain dan ulang perbuatan yang sama berulang kali.
Setakat ini, sudah 6 buah rumah dicerobohinya dan kesemua penghuni keenam-enam buah rumah itu ditimpa nasib yang sama.
Die...
Brutal jugak mamat ni. Tak bagi chance langsung.
Dan kali ini MATA sendiri akan turun padang, tanpa pengetahuan pihak polis macam biasa.
Ali, Alicia, Chris dan Rudy akhirnya sampai ke lokasi terkini Grim Reaper berdasarkan maklumat siasatan. Kawasan itu merupakan kawasan apartmen yang tidak dijaga dengan baik dan blok bangunan apartmen di situ kelihatan terbiar.
Sudahlah sunyi, seram pula tu. Entah macam manalah keadaan orang yang tinggal di sini, fikir Alicia.
Mereka terus melangkah dan naik ke tingkat 5. Dengan senyap, mereka mengepung pintu rumah nombor 504. Ali mengimbas keadaan dalam rumah dengan IRIS dan kelihatan seorang lelaki berumur 40-an sedang menonton televisyen. IRIS juga telah mengenal pasti terdapat dua jasad lain yang tidak bernyawa di dalam. Ternyata lelaki itulah Grim Reaper yang mereka cari.
Mereka semua sudah bersedia untuk merempuh masuk dan membalas apa-apa serangan kalau Grim Reaper 'meroyan'.
Dengan kekuatan Plasmakris, Chris memecahkan pintu dalam sekelip mata. Grim Reaper yang terkejut dengan situasi itu segera mencapai sabit panjangnya dan menghunuskan ke arah ejen-ejen itu untuk mempertahankan diri.
"(Keris lawan sabit. Ini baru seronok!)" ujar Chris teruja.
Sorry, penulis tak reti tulis loghat Kelantan 😅
Chris melakukan serangan bertubi-tubi tetapi semuanya berjaya ditangkis. Ketika itu juga, Rudy cuba memasang Wireless Shackles pada tangan dan kaki musuh. Namun begitu Grim Reaper pantas mengelak. Ali pula melakukan serangan Yo-yo Blast manakala Alicia melastik dengan menggunakan Blastique.
"Aku pergi tengok kalau ada mangsa yang terselamat!" Alicia pergi memeriksa di setiap pelosok rumah sementara kaum lelaki tengah ada 'fight'.
Selain ruang tamu, habis satu rumah digeledah. Dari dapur, tandas, sampailah bilik tidur. Tiba-tiba Alicia terhidu bau yang hanyir dan tidak menyenangkan. Dia cuba mencari punca datangnya bau itu.
Semakin kakinya melangkah mendekati sebuah pintu, semakin kuat bau busuk yang dihidunya. Pada mulanya Alicia teragak-agak mahu membuka pintu itu, tetapi setelah telinganya menangkap bunyi tangisan bayi dia terus menerjah masuk.
Bilik yang dimasukinya kelihatan seperti bilik stor. Berlambak dengan kotak-kotak yang disusun sampai cecah siling. Mata Alicia melekat pada sebuah almari kayu baju berwarna coklat yang terletak di hujung stor. Perlahan-lahan dia menghampiri almari tersebut.
Belum sempat membuka pintu almari, Alicia tergamam dengan apa yang dilihatnya. Di celah sebelah kanan almari ada sesuatu yang besar dibungkus dengan plastik pembalut dan baunya sungguh terlalu amat sangat betul-betul menusuk hidung.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.