"Bagaimana hal seperti ini boleh terjadi?!"Bahu Alicia terangkat sedikit setelah mendengar suara lantang yang bergema di seluruh pelosok bilik itu.
Sejurus selepas insiden Yellow Killer, Alicia diarahkan supaya berjumpa dengan General Rama di bilik mesyuarat base MATA. Dia sudah boleh mengagak nasib apa yang bakal menimpanya.
Semasa dalam perjalanan menuju ke sana, Alicia tidak mempedulikan pandangan pelik oleh orang disekelilingnya. Semua ini sebab darah yang ada masih belum dibersihkan. Masih ada banyak darah terpalit 'cantik' di muka dan pakaiannya.
"Saya tahu saya salah. Saya tak tumpukan perhatian sepenuhnya semasa taklimat. Saya terlalu cuai,"
"Dan... Saya minta maaf," lambat-lambat Alicia bersuara.
General Rama melepaskan keluhan panjang.
"Bukan kali pertama perkara seperti ini terjadi kepada kamu dan Ejen Ali. Bukan kali pertama juga kamu cedera teruk sepertimana yang dialami oleh Ejen Ali sekarang ini,"
Ayat terakhir General tadi menyayat hati Alicia.
Ya, hanya Ali seorang yang cedera teruk kali ini dan semuanya disebabkan dia.
"Menurut maklumat yang baru disampaikan tadi, Ejen Ali sedang menjalani pembedahan kecemasan di HQ untuk membuang peluru dari badannya secepat mungkin. Keadaannya sekarang masih lagi kritikal," sambung General.
Ali kena bedah?
"Semua ini kerana kamu cuai! Leka semasa misi dan akhirnya Ejen Ali ditembak kerana cuba untuk menyelamatkan kamu! Dan sekarang dia sedang bertarung nyawa di sana!"
Kata-kata General Rama mencengkam perasaan Alicia.
Sungguh, Alicia rasa bersalah yang amat sangat. Dia tidak sanggup mendengar apa-apa lagi tentang keadaan Ali.
"Ejen Alicia, adakah kamu sudah lupa? Seorang ejen Neuro mesti tajam pemerhatian dan berfikiran kritikal. Peka dengan semua yang sedang berlaku. Perlu sentiasa menganalisa situasi dan pantas mengatur strategi semasa misi," General Rama mengingatkan Alicia tentang info yang pernah disampaikan oleh Ejen Leon suatu ketika dahulu.
"Tetapi sekarang, daripada apa yang saya saya lihat, prestasi kamu sekarang sebagai seorang Ejen Neuro amat membimbangkan. Selalu membuat kesilapan malah selalu tercedera dan ini akan mengurangkan kadar kejayaan dalam misi kamu. Bukan itu sahaja, sekarang saya lihat Ejen Ali yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ejen Neuro yang sepatutnya dilakukan oleh kamu!
Mana boleh seorang ejen menggalas dua tanggungjawab sekali gus dalam misi? Ejen Ali merupakan seorang Ejen Tekno dan tugasnya sudah cukup mencabar kerana perlu menjalankan peranan yang lebih khusus mengikut objektif misi. Tetapi sekarang dia juga perlu memerhati keadaan dan mengatur strategi dan itu tugas Ejen Neuro!" panjang lebar bebelan General Rama sejak tadi.
Bukan apa, tetapi dia berasa pelik dengan Alicia, kerana Alicia sebelum ini merupakan seorang ejen yang berkebolehan dan berprestasi cemerlang. Malah bijak bertindak dalam apa jua situasi.
Manakala dulu Ali pula selalu cuai dan menimbulkan banyak masalah semasa misi. Selalu bertindak semberono tanpa memikirkan kesannya.
Tetapi sekarang jadi lain. Kelakuan Alicia bertukar seperti Ali dan begitulah sebaliknya. Alicia selalu timbulkan masalah, Ali pula semakin cekap.
"Alicia, kamu perlu memperbaiki kesilapan kamu. Saya tidak mahu perkara seperti ini berulang. Satu lagi, minta maaf dengan Ali, bukan dengan saya. Dia yang sakit kerana kamu," setelah itu, skrin yang memaparkan General Rama terpadam.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanficWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.