"Err, maafkan saya, kamu Alicia, kan?" Tanya seorang lelaki yang kelihatan seperti berumur 20-an.
"Ya, saya. Ada apa?"
Pagi Sabtu itu, Alicia datang ke latihan MATA memandangkan dia mempunyai masa senggang.
Keluar sahaja dari arena latihan, seorang ejen Kombat yang tidak dikenali tiba-tiba menegurnya.
"Nama saya Haris. Maaflah kalau saya mengganggu, tapi boleh saya minta tolong kamu tolong pulangkan barang ni semua kat Ali?"
Haris menghulurkan sebuah beg kertas yang berisi barang milik Ali. Alicia mengambil beg itu kemudian mengintai isi beg tersebut.
Ada buku rujukan, buku latihan, alat tulis dan botol air kepunyaan Ali.
"Boleh, tapi... Kenapa awak pilih saya untuk pulangkan pada dia?" Dalam ramai-ramai kawan-kawan ejen kat sini, kenapa aku yang dia pilih? Desis Alicia.
"Sebab kamu kan rapat dengan dia, nama pun lebih kurang sama," jawab Haris.
Hmm. Dulu je lah. Nama lebih kurang sama? Macam tak munasabah je jawapan tu.
"Kejap. Kenapa barang-barang sekolah dia boleh ada dengan awak?" Tanya Alicia.
"Oh, sebenarnya Ali selalu luangkan masa dia kat masjid MATA. Dia rajin singgah solat dan bersihkan kawasan masjid. Dia pun selalu ulang kaji, hafal Quran kat sana. Kalau ada masa, dia tolong ajar budak-budak ejen mengaji. Ali memang selalu iktikaf kat masjid MATA," jelas Haris.
Nota: Tolong jangan rasa pelik. Ini cuma imaginasi penulis semata-mata. Dalam setiap base MATA akan ada masjid/surau tapi masjid tu tak besar, kalau surau pulak tak kecil. Sedang-sedang je. Harap maklum🙊
"Oh, yeke..." Alicia buat-buat faham sahaja akan apa yang dikatakan oleh Haris.
"Dah lama jugak dia tertinggal semua ni. Sejak hari tu lagi saya nak pulangkan, tapi dia tak datang-datang. Dia sibuk sangat agaknya," sambung Haris lagi.
"Okeylah, tolong pulangkan barang ni semua kat dia ya? Kirimkan salam saya sekali," ejen Kombat itu meminta diri.
Alicia memerhatikan sahaja Haris pergi sehingga kelibatnya tidak lagi kelihatan. Alicia melihat semula isi kandungan beg kertas itu.
Sah, memang Ali punya. Tapi macam mana aku nak pulangkan? Ah, minta Iman tolong temanlah.
Tiba-tiba Alicia terdetik mahu bertanya kepada Iman mengenai perkataan yang disebut oleh Haris tadi.
Ikti... What?
Sekarang waktu rehat, bolehlah tanya dia. Tapi masalahnya Iman kat mana?
Alicia mencari di kelas Kombat. Tiada. Di ruang legar. Pun tiada.
Iman... Where are you..???
Ada sebuah tempat lagi yang boleh Alicia fikirkan.
Hutan buatan MATA!
Tanpa berlengah, Alicia terus keluar dari bangunan dan menuju ke hutan tempat dia pernah berbual dengan Iman dahulu.
Jumpa pun anak bertuah ni!
Ngam-ngam tepi anak sungai, main dengan kucing.
"Iman, saya ni," Alicia menyapa Iman dari belakang. Iman segera menoleh.
"Alicia! Jomlah duduk sini sekejap," Iman mempelawa Alicia duduk di sebelahnya. Alicia menurut.
"Apa yang awak bawa tu?" Soal Iman setelah ternampak beg kertas yang dipegang oleh Alicia.
"Barang-barang Ali, tertinggal kat masjid MATA. Ada orang minta tolong saya pulangkan. Boleh awak temankan saya nanti?"
Fahamlah Iman dengan maksud Alicia. Setelah apa yang terjadi tempoh hari, Alicia sudah tidak berani mahu pergi berjumpa Ali seorang diri. Iman tersenyum sambil mengangguk.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.