"Bertindak segera!"
Ayat yang selalu diungkapkan oleh General Rama menerjah telinga mereka. Macam biasa, setiap kali disuruh menjalankan misi. Tapi tetap best didengari. Haha.
Ali, Alicia, Iman dan Moon ditugaskan untuk menangkap seorang pencetus onar di bandar Cyberaya baru-baru ini. Ceman.
Mereka sekumpulan mengerutkan muka semasa diberi taklimat. Apa punya namalah tu? Cubalah cari nama yang hebat sikit. Simple sangat.
Berdasarkan siasatan dan laporan yang diperoleh, Ceman telah menghasilkan konkrit dan simen secara haram menggunakan bahan-bahan yang bertoksik. Bukan itu sahaja, dia juga menembak bancuhan simen tersebut di merata-rata tempat tak kiralah di jalan raya ke apa ke. Jalan raya rosak dibuatnya sampai menyebabkan kesesakan yang teruk di bandar-bandar utama.
Selain itu, bancuhan beracun itu juga mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Sesiapa yang ditembak dengan simen itu akan terperangkap di dalamnya dari kepala sampai hujung kaki. Simen itu akan mengeras dan menyebabkan orang di dalamnya kekurangan oksigen. Kulit akan luka teruk akibat simen yang bersifat menghakis. Kalau tak dilepaskan segera, mangsa yang terperangkap akan mati dalam beberapa minit.
Sekarang, MATA bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini. Dan ejen yang bertugas untuk menangkap penjenayah tak waras ini ialah mereka berempat.
...
Jalan-jalan ditutup dan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Suasana di sana sangat sunyi tetapi amat membantu pasukan ejen untuk menjalankan tugas tanpa disedari orang awam.
Ali, Alicia, Iman dan Moon menuju ke tempat kejadian yang dimaksudkan oleh General Rama. Mereka tiba di kawasan jalan raya yang terletak di tengah-tengah bandar bahagian Timur Cyberaya. Tempat tu memang krik-krik habis lepas semua orang dah evacuate dari situ.
Mereka berempat meninjau kawasan sekeliling. Kosong, senyap, sunyi. Itu sahaja yang boleh dikatakan untuk menggambarkan keadaan sekarang. Malah kucing jalanan pun tiada. Sampaikan bunyi derap tapak kaki sendiri bukan main bergema lagi.
"Alicia, nak buat apa ni?" Moon bertanya kepada Alicia selepas mereka semua selesai memeriksa tempat itu.
Sebagai seorang ejen Neuro, dia bertanggungjawab merancang strategi pasukannya. Mereka semua berkumpul di dalam sebuah bangunan kosong.
"Semua dengar sini. Memandangkan Ceman ni nampak macam seorang yang licik, kita semua perlu jadi lebih berhati-hati. Pastikan kita cari tempat tersembunyi dan tempat tu mestilah memudahkan kita untuk mengawasi sekeliling kawasan. Tapi kita perlu umpan dia supaya dia tunjukkan diri," terang Alicia. Kemudian, dia memandang Moon.
"Apa? Kau ingat aku tak tau ke aku umpan yang kau maksudkan tu?" Seloroh gadis Inviso itu.
"Kau boleh buat tak?" Alicia cuba mendapatkan persetujuan daripada Moon.
"Hello, ini Moon, okey? Kalau setakat kerja mengumpan ni takde hal punya," Moon yakin dengan tugas yang bakal dipikulnya.
"Terima kasih. Iman, awak ikut Moon senyap-senyap dari belakang. Tolong back-up dia kalau ada apa-apa yang jadi. Ali, awak guna IRIS untuk detect kalau-kalau ada kehadiran Ceman. Aku pula akan tinjau Moon dari atas bangunan tu," Alicia menunjukkan sebuah bangunan 7 tingkat yang terletak tidak jauh dari situ.
"IRIS Atlas jangan lupa pakai," katanya lagi. Yang lain mengangguk.
Faham dengan tugas yang diberikan, mereka semua berpecah mengikut haluan masing-masing.
...
"Hello... Ada siapa-siapa tak?"
"Hei, korang kat mana? Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang kat sini!"
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.