Bab 9: Cuai

2.1K 128 13
                                    


"Semua sudah sampai?" suara garau General Rama mengetuk gegendang telinga mereka.

"Sudah, General," sahut lelaki bersut merah dilengkapi dengan kaca mata biru bercahaya.

Petang itu, Ali, Alicia, Zass dan Mika berkumpul di base MATA setelah diarahkan oleh General Rama. Mereka dikehendaki untuk menyelesaikan misi yang bakal disebut oleh beliau sebentar lagi.

"Baiklah. Kita akan mulakan sekarang. Seperti yang telah kanu ketahui, baru-baru ini terdapat insiden..."

Suara arahan dari hologram General Rama hanya sayup-sayup kedengaran di telinga Alicia. Masuk telinga kanan, keluar telinga Kiri.

Meskipun matanya memandang tepat ke arah lelaki berbangsa India bermisai lentik macam Wak Doyok itu, fikirannya terbang melayang ke tempat lain.

Alicia memikirkan tentang dinner pengawas yang dibincangkan dalam mesyuarat semalam. Sungguh, dia tidak sabar untuk menunggu ketibaan hari tersebut.

Bayangan tentang pakaian cantik ala-ala kerabat diraja bermain-main dalam benaknya. Dia teringat akan gaun-gaun yang Mia tunjukkan sebelum ini. Alicia hanyut dalam dunianya.

Macam comel pula kimono dalam anime Mia tunjuk tu. Style Lolita yang ditambah kat kimono tu buat kimono nampak moden dan lagi stylish.Tapi aku macam tak sesuai pakai je. Alicia bermonolog sendiri.

"Alicia, kau okey?"

Alicia tersedar dari lamunannya. Dia cepat-cepat berpaling ke arah suara tersebut. Mika. Kelibat Ali dan Zass sudah tidak kelihatan.

Gadis tomboi yang berkerusi roda canggih itu memandang Alicia kehairanan. Pelik kerana hologram General Rama sudah lama terpadam tetapi Alicia masih pegun di tempatnya dari tadi.

"Ha.. hah? Oh, aku okey," Tersekat-sekat jawapan Alicia.

Mika bergerak keluar ke pintu bilik mesyuarat. Tidak sampai beberapa saat, Mika berpaling semula.

"Kau pasti kau okey? Aku tengok kau lain macam je dari tadi. Kalau tak sihat bagitau," Pesannya ringkas.

Alicia mengangguk laju. Dia mengekori Mika menuju ke pintu keluar.

Argh... Kenapa aku ni? Boleh pula hilang fokus? Alicia! Misi ni penting! Buat macam biasa, concentrate okey, concentrate!


...


Mereka tiba di lokasi yang dimaksudkan oleh General Rama.

Sepanjang perjalanan, Alicia hanya mengikut pasukannya dari belakang gara-gara tidak tahu apa yang perlu dibuat. Semua ini kerana dia tidak menumpukan perhatian semasa General Rama memberi taklimat tadi.

"Kita dah sampai. Sekarang, aku cuba kenal pasti tempat persembunyian geng bersenjata ni," Ali segera menggunakan IRIS untuk mengesan kumpulan penjenayah yang dikehendaki itu.

Tidak sampai beberapa saat, IRIS memberi signal menandakan terdapat kehadiran ahli kumpulan penjenayah di bangunan berdekatan.
"Zass, kau pergi periksa bangunan besar tu. Aku dan yang lain-lain tolong berjaga kat luar," arah Ali kepada Zass.

Zass mengangguk tanda faham dan terus memecut menuju ke bangunan yang dimaksudkan.

Ali, Alicia dan Mika akhirnya sampai ke kawasan luar bangunan. Bangunan 4 tingkat itu kelihatan usang dan suram, tambah lagi dengan dinding yang sudah pudar catnya dan terdapat kesan contengan vandalisme.

Tidak menghairankan sekiranya penjahat itu memilih tempat ini sebagai tempat persembunyian mereka.

Seram, desis Alicia setelah melihat kedan tompokan darah kering yang terdapat pada permukaan dinding. Tong-tong minyak yang bersepah dihadapan mereka itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now