Bab 27 :Penjaga Baru

1.9K 154 69
                                    

Hari itu, Alicia menuju ke bilik mesyuarat setelah diberitahu bahawa General Rama ingin berbincang mengenai perkara penting.

Pada mulanya General Rama mahu tangguhkan perjumpaan terlebih dahulu tetapi Alicia berkeras mahu perbincangan itu diadakan hari itu juga. General Rama mengalah dengan keputusan Alicia.

Habis sahaja temu janji dengan doktor, Alicia terus meninggalkan MC MATA dan menuju ke base. Di mukanya masih ada lagi kesan luka yang belum sembuh tapi semua itu tidak dilayan.

Apa yang penting sekarang...

Aku kena berbincang dengan General hari ini juga.

"Saya dah sampai. Maaf saya terlambat."

Masuk sahaja ke dalam bilik mesyuarat, Alicia memohon maaf kerana terlewat lima minit. Dia berjalan dengan agak perlahan kerana kakinya masih sakit. Dan dalam bilik itu bukan ada General Rama seorang sahaja.

"Dia yang nak sangat jumpa hari ni, dia jugalah yang paling lambat," bidas Yana yang sedang berdiri tidak jauh dari General Rama.

Hati Alicia panas mendengar rungutan Yana. Tetapi rasa panas itu hilang dan digantikan dengan rasa sedih sebaik sahaja dia ternampak...

"Ali, Alicia dan Yana, rasanya kamu semua sudah tahu tujuan kamu dipanggil ke sini hari ini. Kita akan menbincangkan mengenai siapa ang bakal memegang jawatan penjaga IRIS selepas ini. Sama ada Alicia kekal atau Yana yang akan menggantinya," General Rama memulakan bicara. Dia memandang ketiga-tiga ejen remaja yang ada dihadapannya.

"Alicia, kamu pasti kamu tidak mahu tunggu sehingga kamu pulih sepenuhnya?" ayat General Rama yang berbaur kerisauan itu membuatkan semua yang ada di situ menoleh kearah Alicia.

Sebenarnya bukan General Rama sahaja, tetapi jauh di sudut hati Ali juga risaukan Alicia. Alicia sanggup keluar dari wad semata-mata mahu mendengar sendiri keputusan walaupun masih belum sihat.

"Tak mengapa, saya okey. Teruskan," Alicia membalas dengan nada relaks. General Rama menghembus nafas panjang.

"Baiklah. Ejen Yana ada berjumpa dengan saya tempoh hari dan dia sendiri menawarkan diri mahu menjadi penjaga IRIS untuk menggantikan Alicia. Betul, Ejen Yana?"

"Betul, General," sahut Yana yakin. Dia menjeling Alicia sesaat sebelum kembali memandang General Rama.

"Ejen Alicia, kamu pula telah memegang tanggungjawab sebagai penjaga IRIS sejak Ali mula menyertai MATA kira-kira lima tahun lalu. Sejak itu, kamu perlu terlibat dalam setiap misi yang disertai oleh Ali. Kamu juga perlu menjaga keselamatan Ali setiap masa," sambung General Rama. Alicia hanya diam mendengar.

"Dan Ejen Ali, kamu sebagai pemegang IRIS, prestasi kamu telah banyak berkembang sejak dahulu dan kamu berjaya menjadi antara ejen yang paling cemerlang dalam MATA. Kamu juga nampaknya semakin pandai menjaga diri,"

"Terima kasih, General," kata Ali. General Rama mengangguk.

"Dari apa yang saya lihat, keadaan kamu sekarang agak membimbangkan, Ejen Alicia. Kamu selalu tercedera  semasa misi, termasuklah misi yang kamu sertai baru-baru ini. Tambahan lagi, semua kecederaan itu agak serius. Silap satu langkah, kamu boleh kehilangan nyawa kamu. Kamu faham?"

"Saya faham," balas Alicia pendek.

"Kalau keselamatan kamu sendiri pun tidak mampu dijaga, bagaimana kamu mahu menjaga IRIS? Belum cukup dengan itu, Ejen Ali yang sepatutnya kamu jaga pula yang menjaga kamu!" sedar suaranya ditinggikan, General Rama menarik nafas dalam-dalam. Dia terlalu risaukan Alicia sehingga dia jadi hilang sabar. Ejen Yana yang mendengarnya tersenyum sinis. Alicia menunduk manakala Ali pula berdiam diri.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now