Bab 12: Chocolate Indulgence

1.7K 130 20
                                    

"Nak beli kat mana ni?" Sambil melangkah, Iman mengajukan soalan kepada Alicia.

"Kita singgah Secret Recipe," cadang Alicia.

Petang itu, Alicia dan Iman meluangkan masa untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk hari jadi Ali esok.

Mereka berdua bertugas untuk menyediakan kek dan minuman sehari sebelum hari jadi seperti yang telah dirancang.

Iman kelihatan anggun dengan blaus labuh berwarna navy blue dipandankan dengan shawl krim bercorak floral.

Alicia pula berpakaian santai dengan mengenakan hoodie paras lutut berwarna hitam disertakan dengan legging putih. Cekak rambut jangan lupalah. Kali ini Alicia memakai cekak berwarna putih. Kasi ngam dengan pakaian.

"Oh ya, dalam banyak-banyak kedai kek kenapa pilih Secret Recipe?" Tanya Iman lagi.

"Biasanya kalau Ali nak makan kek dia akan beli kat sini," Mata Alicia meliar melihat kedai-kedai dalam pusat beli belah.

Tiba-tiba Iman tersengih memandang Alicia.

Alicia yang tersedar akan perbuatan kawannya itu menoleh ke belakang. 

Dah kenapa tersengih-sengih je dia ni? Buang tebiat?

"Apa?" Akhirnya Alicia menyoal, semakin pelik dengan Iman yang terlebih rajin 'sedekahkan' senyuman (sengihan) padanya.

"Tak ada apa-apa. Cuma... Awak dan Ali selalu datang sini ke?"

"Hah? Mana ada! Lagipun kami mana pernah pergi sana sama-sama," 

Pergi jalan-jalan makan kek dengan Ali? Macam orang berdating je lagaknya!

Namun sempat Alicia membayangkan kalau benda itu betul-betul terjadi.

Fuh! Dia tersenyum sesaat sebelum menyembunyikan senyumannya. Kantoi karang!

"Tempat lain pernah pergilah?"

Erk! Soalan perangkap! Tunggu, lek lu, Alicia.

"Iman, kitorang mana pernah pergi ke tempat-tempat macam ni. Lagipun, masing-masing kan sibuk dengan sekolah, dengan MATA, mana ada masa nak spend time sama-sama?" Haa, bagus punya jawapan tu!

"Eh... Sejak bila pula saya kata pergi berdua? Maksud saya awak dan dia selalu pergi sini ke. Bukannya saya cakap yang awak berdua selalu dating sini ke tak,"

Terperangkap dengan jawapan sendiri!

"Sudahlah! Peninglah saya dengan soalan-soalan awak yang berbelit tu. Ha, dah sampai," Alicia berdalih. Kedai Secret Recipe kini berada di depan mata.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kedai. Suasana di dalam agak tenang memudahkan mereka beratur.

Mereka berdua berdiri di hadapan freezer yang memuatkan pelbagai jenis kek didalamnya. Ketika itulah muncul sebuah idea dalam kepala Iman nak kenakan Alicia.

"Agak-agaknya yang mana satu kek kegemaran Ali-" 

Belum sempat Iman menghabiskan kata-katanya, Alicia sudah memanggil pekerja yang bertugas di situ.

"Kak, saya nak kek Chocolate Indulgence yang ni,"

Alicia menunjuk ke arah kek coklat bersaiz sederhana itu. Iman terkebil melihat Alicia yang nampak yakin dengan pilihannya.

"Take away?" Soal pekerja perempuan tadi.

"Ya,"

Setelah membayar apa yang patut, mereka keluar semula dari kedai. Iman yang berada setapak di belakang berfikir sendiri.

Biar betul? Laju je pilih, tak bincang-bincang dulu. Yakinnya!

Sekarang Iman sudah ada modal. Heheheh...

"Alicia, awak pasti ke Ali akan suka kek tu?"

"Aah. Saya pasti,"

"Wah, walaupun tak pernah pergi makan kat situ berdua awak tau pulak favourite cake dia? Hebat betul awak stalking eh,"

Mata Alicia membulat. Seraya itu dia menghentikan langkah dan menoleh ke arah Iman.

"Kenapa? Dah kantoi? Betul ke awak stalk dia?" 

Tepat!

Mata Iman berkelip menunjukkan dia berminat. Wow, pandai jugak si Iman ni korek rahsia. Kalah Alicia dibuatnya.

Darah menyerbu ke muka Alicia.

Malulah! Iman ni tak habis-habis!

"Jangan bagitau sesiapa," Alicia memalingkan kepalanya ke arah lain, cuba mengelak pandangan Iman. Dah tak dapat menafikan fakta yang benar lagi kebenaran.

"Ala, tak apa. Saya faham. Lagipun awakkan cuma jalankan tugas sebagai penjaga Ali. Eh... penjaga IRIS,"

"Iman!"

"Okey, okey, tak kacau dah,"

Begini rupanya Alicia kalau kena sakat, ya? Macam perempuan biasa jugak. Tapi still cuba act cool. Comellah. Fikir Iman. Barulah dia tahu perangai sebenar Alicia.

Begitu juga dengan Alicia. Baru dia sedar perwatakan Iman yang suka betul mengusik. 

Tak ubah macam Mia! Macam manalah kalau diorang berdua berjumpa nanti? Habislah aku dikerjakan oleh diorang! Getus hati Alicia.




Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now