"Hai!"Bobby menjengukkan kepala ke dalam bilik selepas mengetuk pintu bilik sakit Alicia. Alicia yang sedang membaca buku menoleh ke arah pintu.
"Ha, sampai pun. Baru je aku fikir pasal kau, panjang umur," Alicia meletakkan buku di tepi meja dan membetulkan duduknya.
"Kau fikir pasal aku? Kau dah rindu ke?" Usik Bobby. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Alicia.
"Siapa nak rindu kau? Kau ada pun orang tu mesti tak betul," Alicia berloyar buruk.
"Eh, kau jangan. Nanti orang yang rindukan kau pun tak betul, padan muka,"
"Dan sebab tu kot aku rasa aku tak betul," sambung Bobby sambil mengenyit mata.
"Eee, kau ni macam-macam la!" Alicia menampar bahu Bobby. Mereka masing-masing tertawa.
"Ni dah kali kelima kau lawat aku, kan?" Tanya Alicia.
"Aah. Kan aku dah kata, hari ni aku datang tengok kau lagi,"
"Tengok aku? Ala, tahulah aku ni cantik,"
"Perasan!" Omel Bobby.
"Agak-agak siapalah yang ajar?" Kening Alicia terjongket sebelah.
"Yalah. Aku jugak,"
Alicia tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Seronok dengan kehadiran Bobby.
Sejak Bobby memberinya hadiah semasa hari jadinya, mereka berdua semakin rapat. Bobby selalu memberi dorongan setiap kali Alicia rasa down. Dia juga selalu bawa bergurau sehingga Alicia lupa akan kekusutan yang dialaminya. Pukul-memukul sesama sendiri tu tak payah ceritalah. Sekali pandang, orang lain akan menyangka bahawa mereka seperti...
Tiba-tiba hati Alicia nekad mahu bertanya sesuatu kepada Bobby.
Bertanya tentang hal yang sebenar.
"Bobby, aku nak tanya kau ni," Alicia memulakan misinya.
"Apa dia?"
"Kita berdua ni... Ada sesuatu ke?"
"Sesuatu apa? Hati dan perasaan untuk kau dan aku?" Gurau ejen Inviso itu.
"Aku serius, Bobby. Kau tahu apa-apa yang aku tak tahu ke?" Soalnya lagi. Wajah Bobby yang nampak ceria tadi digantikan dengan riak serius.
"Maksud kau?"
"Aku tahu kau ada sorokkan sesuatu dari aku, Bobby. Aku dapat rasakan yang kau bukan setakat ejen senior aku, tapi lebih dari tu," Alicia menyuarakan teorinya. Bobby hanya senyap menunggu Alicia menghabiskan bicara.
"Aku... Aku pun tak tahulah macam mana nak cakap. Tapi apa yang aku pasti, aku rasa yang kita berdua ada... Entah. Ikatan?" Alicia memandang tepat ke anak mata Bobby. Mengharapkan jawapan.
Jauh di sudut hati, Alicia yakin bahawa dia dan Bobby punya hubungan kekeluargaan. Dan dia semakin pasti setelah meluangkan masa bersama-sama kebelakangan ini. Dan entah mengapa, dia berharap apa yang dirasainya itu betul.
Bobby menghembuskan nafas panjang.
"Aku tak jangka kau dapat teka secepat ni," Bobby tersenyum leret.
"Jadi betullah?" Alicia semakin berdebar.
"Ya. Kau adik aku, Alicia. Kau adik aku,"
Kejap. Suara dan intonasi tu macam pernah dengar...
"Janganlah main-main! Orang tengah serius ni!" Alicia memukul lengan Bobby. Sempat lagi tiru dialog dalam cerita P.Ramlee apa namanya tah... Dayang Senandung? Sebijik pulak tu!
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanficWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.