Bab 17 :Ejen Yana

1.6K 123 30
                                    

Tamat sahaja latihan hari itu, Alicia terus menuju ke ruang legar akademi untuk mencari kawan-kawannya. Betullah sangkaan Alicia, kelihatan Khai, Moon dan Iman sedang duduk di sofa bersama-sama.

Mereka tiga sekawan sedang rancak berbual. Tentang apa, Alicia tidak pasti.

Namun begitu, ketiga-tiga mereka senyap dan berhenti berbual setelah ternampak Alicia datang menghampiri mereka. Hairan dengan tindakan kawan-kawannya, Alicia terus menyoal.

"Kenapa tiba-tiba diam ni? Sambung jelah cerita korang," Alicia mengambil tempat di sebelah Iman.

Khai, Iman dan Moon teragak-agak mahu meneruskan perbualan. Alicia semakin pelik dengan keadaan ini.

Awkward pulak eh.

"Aku tengah tanya korang ni. Ada apa ni sebenarnya? Aku tak patut tahu pasal ni ke? Ke aku kacau korang?" Tanya Alicia lagi.

"Bukan macam tu. Sebenarnya kau patut tahu pasal hal ni, tapi..." Ayat Khai terjeda di situ. Tidak pasti sama ada mahu meneruskan ayatnya.

"Tapi apa?" Alicia semakin ingin tahu.

"Tapi kitorang takut kau jealous!" Sambung Moon.

Khai yang mendengarnya seperti mahu baling sahaja kasutnya masuk ke mulut Moon. Celupar betul!

"Jealous? Kenapa ni? Cakaplah!" Alicia sudah tidak sabar-sabar lagi mahu tahu.

"Macam ni, Alicia. Awak kenal Ejen Yana?" Iman yang senyap dari tadi mengeluarkan suaranya.

"Ejen Yana?"

"Dia seorang ejen Kombat yang baru direkrut beberapa bulan lepas. Rasanya awak belum tahu tentang dia lagi," sambung Iman lagi.

Ya, ini baru kali pertama Alicia mendengar nama itu. Keningnya bertaut.

"Dia diambil sebagai ejen sebab kepintaran dan kehebatan dia dalam seni bela diri taekwondo. Dia dah banyak kali tolong pihak polis selesaikan macam-macam kes jenayah di Cyberaya. Bukan tu je, dia pun terkenal sebab orang kata dia cantik orangnya. Yalah, mix Melayu dengan Mat Saleh. Ramai yang minat kat dia, tu pun mungkin sebab tabiat dia asyik kacau rambut perang ori dia yang panjang beralun tu," jelas Moon panjang lebar.

Kemudian, Moon meniru gaya Yana membelai-belai rambutnya. Lakonan Moon membuatkan Alicia teringat akan perempuan yang pernah datang ke bilik pesakit Ali tempoh hari.

"Dan Alicia, ini yang paling kau perlu tahu. Baru-baru ni, Ejen Yana tu sendiri pergi jumpa General Rama. Dia minta nak gantikan tempat kau sebagai penjaga IRIS," Kali ini Khai pula bersuara.

"Apa dia?" Alicia seperti kurang percaya dengan apa yang dikatakan oleh Khai tadi. Biar kebenaran?

"Ya, betul! Tak tipu! Aku sendiri dengar dia cakap macam tu masa dia tengah berbual dengan kawan-kawan dia. Time tu Iman pun ada," Moon cuba meng' convince' Alicia. Iman turut mengangguk.

"Dia gila ke nak rampas kedudukan Alicia? Kan sejak dulu lagi General Rama sendiri yang arahkan Alicia jagakan Ali?" Sambung Moon.

"Bukan jaga Ali, tapi IRISlah," Khai membetulkan ayat Moon. Kata-kata Moon tadi membuatkan Alicia terfikir.

Bila difikirkan balik, aku layak ke jadi penjaga IRIS lepas apa yang dah jadi? Aku makin lama makin lemah nak jaga diri, apalagi kalau nak jaga Ali?

Lagipun Ali dah jadi lebih kuat sekarang. Lebih kuat dari aku. Perlu lagi ke aku jaga dia? Macam dia je yang jaga aku.

Kalau macam tu, elok kalau Yana je yang gantikan aku jadi penjaga IRIS. Yalah, bukan calang-calang orang sampai MATA pun nak ambil dia.

Memanglah General dah amanahkan aku untuk jadi penjaga IRIS sejak lima tahun lepas. Tapi Ali perlukan aku lagi ke?

Yana macam lebih layak. Dia lebih hebat... Dan lebih cantik. Mesti Ali lebih pilih dia berbanding aku. Aku cuma ni asyik bawa masalah je.

Tapi takkanlah orang yang baru jadi ejen tiba-tiba boleh ambil tempat aku? Mana boleh!

Aku masih nak jaga Ali!

Tiba-tiba ada satu suara yang terlintas dalam benak Alicia yang membuatkan dia tersentap sendiri.

Kau buat semua ni semata-mata untuk IRIS atau untuk Ali?

"Alicia... Alicia!"

"Hah?"

"Awak okey tak?" Suara panggilan Iman menyedarkan Alicia dari lamunan.

"Ah, ya... Ya," tersekat-sekat Alicia membalas.

"Jadi macam mana ni?" tanya Khai.

"Macam mana apa?" soalan Khai dibalas dengan soalan.

"Macam mana kau nak kekalkan tempat kau sebagai penjaga IRIS?"

Entahlah Khai. Aku pun tak pasti.




Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now