Selesai sahaja menunaikan solat Isyak dan solat-solat sunat malam itu, Ali duduk bersila di atas katil pesakit.Dia mengeluarkan telefon pintarnya untuk menyambung bacaan al-Quran, seperti yang biasa dilakukannya setiap malam. Begitulah rutin hariannya selama dia berada di dalam wad.
Selepas menghabiskan 1 juzuk, Ali bersandar di katil. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk melihat balang berisi kertas yang diberi oleh kawan-kawannya tadi.
Balang itu dicapai dan dibelek. Ada banyak origami bintang berwarna-warni didalamnya.
Tetapi jika dilihat betul-betul, ada beberapa helai kertas berwarna krim yang digulung tersorok di dalam.
Nampak macam surat.
Balang itu dibuka dan Ali menyumbatkan tangannya ke dalam, cuba mengeluarkan surat seberapa banyak yang boleh. Dia berjaya mendapatkan tiga gulungan.
Satu gulungan kertas dibuka. Nampak macam tulisan Khai.
Selamat hari jadi Ali! Bosan aku masuk kelas Tekno kalau kau takde tau tak? Aku harap kau cepat sembuh! Naisu!
Kemudian Ali mengambil kertas lain.
Dari Iman.
Assalamualaikum, Ali. Selamat hari lahir! Saya doakan semoga awak panjang umur dan murah rezeki UwU
"Waalaikumussalam," perlahan Ali menjawab salam Iman.
Ada satu lagi surat.
Hai, Ali! Happy birthday! Cepat-cepatlah sihat, nanti aku ajar kau cara bawa bulldozer! Hahaha!
Ali teringat Moon pernah bawa bulldozer semasa misi beberapa tahun lalu.
Macam orang tak waras. Memang tak dapat dilupakan😂
Kemudian Ali sambung mencari surat di dalam balang.
Eh, surat dari Alicia takde?
Habis balang itu Ali selongkar. Semua bintang dikeluarkan dan balang itu kini kosong tidak berisi. Bermakna surat dari Alicia tiada.
Tiba-tiba telefon pintar Ali berbunyi. Ada mesej masuk, dari Khai. Cepat-cepat Ali buka mesej itu.
Oh ya, Ali. Surat Alicia ada terlekat kat bahagian dalam penutup balang tu. Naisu!
Aduh, Khai. Macam tau tau je. Malulah...
Ali segera mengambil penutup balang yang terletak di atas meja. Penutup diterbalikkan dan ada tertulis sesuatu.
Aik, ini bukan tulisan Alicia.
You found me! Kalau kau nak tahu, surat Alicia takde kat sini.
Hint: belon biruMata Ali tertancap pada belon berwarna biru yang ada tulisan 'Get Well Soon' yang terikat pada hujung katil.
Ada kertas!
Dia mencari objek tajam yang boleh digunakan untuk memecahkan belon. Pen di meja dicapai.
Namun begitu, Ali perlu pecahkan belon tanpa menghasilkan bunyi bising, bimbang akan mengganggu pesakit lain.
Ali meletakkan belon di atas katil dan menutupnya dengan selimut tebal. Perlahan-lahan dia mencucuk belon menggunakan mata pen.
Akhirnya, dia berjaya meleptupkan belon tanpa menghasilkan bunyi kuat. Yeahaaa!🙉🙈
Kertas yang sudah dibebaskan itu dibuka dan dibaca.
Ish, bukan yang ni jugak!
Kemudian Ali melakukan perkara yang sama kepada kesemua belon yang lain.
Setiap belon diletupkan di bawah selimut dan akan ada kertas didalamnya, tetapi semuanya bukan tulisan Alicia.
Yang dia dapat cuma kertas yang tertulis 'sorry, please try again'.
Geram betullah.
Mata Ali melekat pada satu-satunya belon yang tinggal. Belon merah jambu 'I love you' yang Alicia bawa tadi.
Itulah dia!
Kali ini Ali sudah tidak sabar-sabar lagi. Dia terus letupkan belon itu tanpa menutupnya dengan selimut.
Pang!!
Oops. Janganlah Abang Rafiqi (nurse yang jaga Ali) datang.
Okey, cun! Kali ni memang ngam tulisan Alicia!
Tapi...
Dahi Ali berkerut seribu.
Apa ni? Tulisan cina? Agak-agaklah... Boleh pula dia bagi aku tulisan cina? Mana aku faham! Sheesh.
Hmm. Nantilah tanya Viktor.
Semua origami bintang dan surat yang bersepah dimasukkan semula ke dalam balang. Belon-belon yang pecah tadi dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah. Bilik itu dipastikan bersih dan kemas.
Kemudian, Ali pergi ke bilik air untuk berwuduk. Selepas membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul, doa tidur, basmalah sebanyak 21 kali dan berselawat, Ali terus lena dibuai mimpi.
Mimpi yang sering dialaminya sejak dulu.
Dan dalam mimpi itu pasti akan muncul seorang wanita yang amat dirinduinya.
"Mama,"
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.