Selepas tamat kelas di akademi, Alicia keluar dari kelas Neuro untuk mengambil angin sebentar.
Fikirannya masih bercelaru sejak kejadian Yellow Killer tempoh hari. Sekarang dia cuba untuk melupakan hal itu dengan sibukkan diri dengan perkara lain.
Tapi masalahnya...
Nak makan tiba-tiba tak lalu, masuk kelas termenung, latihan ejen pun tak fokus, macam mana nak lupa?
Haih.
Alicia juga tampak tidak bersemangat. Ramai yang sedar dan tertanya akan keadaannya, sama ada orang dalam MATA mahupun bukan. Akan tetapi jawapan yang seringkali dikatakan ialah 'cuma penat' atau 'stres kot'.
Semasa Alicia sedang berjalan di ruang legar akademi, dia terserempak dengan Khai, Iman dan Moon yang sedang berbual di sofa.
"Eh, Alicia! Hai!" Moon yang perasan akan kehadiran Alicia tidak melepaskan peluang untuk menegur. Alicia cuma membalas dengan senyuman 'paksa rela' huhu.
"Alicia, mari sini!" Kali ini Khai pula mengajak Alicia menyertai mereka.
"Err... Tak apalah. Nanti menganggu korang pulak," Alicia menolak pelawaan tadi dengan baik.
"Alicia, sinilah duduk dengan kami," Ajakan Iman yang disertai dengan senyuman semanis gula-gula Sticky itu akhirnya membuatkan Alicia mengalah.
Wow... Kelembutan Iman ni memang disenangi ramai, ya know?
Alicia mengambil tempat duduk kosong bersebelahan dengan Iman, berhadapan dengan Moon dan Khai. Mereka bertiga menghulurkan senyuman mesra kepada Alicia.
"Hmm, ada apa sampai korang semua semangat sangat nak panggil aku ni?" Soal Alicia setelah melabuhkan punggung di sofa.
"Ni hah, tengah bincang pasal Ali," balas Moon.
Setelah mendengar nama Ali, riak wajah Alicia perlahan-lahan berubah.
Iman dan Khai yang perasan akan perubahan Alicia membuat isyarat kepada Moon.
'Moon, kau ni cakap lepas betul!'
"Apa, betul apa?" Moon macam kurang faham dengan isyarat-isyarat mereka.
"Kenapa dengan dia?" Alicia memberanikan diri bertanya. Khai berdehem.
"Macam ni, Alicia. Hari jadi Ali dah dekat, jadi kitorang plan nak sambut birthday dia. Masalahnya ialah dia masih dalam wad masa tu, so kitorang ingat nak sambut secara kecil-kecilan je. Kau nak join sekali tak?" Terang Khai kepada Alicia. Alicia berfikir dalam-dalam.
"Ala, mesti lagi seronok kalau awak ikut sekali, Alicia. Lagipun, sekarang ni mesti dia bosan sorang-sorang kat sana. Dia akan suka punya kalau awak ada sekali," tambah Iman.
"Aku tak rasa macam tu," potong Alicia. Wajahnya tertunduk dan nampak lebih muram berbanding tadi.
Khai, Iman dan Moon memandang sesama sendiri.
"Kenapa kau kata macam tu?" Soal Moon. Alicia masih kekal membisu.
"Alicia, ceritalah dengan kami. Jangan pendam lama-lama. Nanti awak stres," pujuk Iman.
"Yalah, Alicia. Kitorangkan kawan kau. Bagitaulah apa yang dah jadi. Mana tau kitorang boleh tolong," Khai menambah lagi, cuba meyakinkan Alicia.
Alicia terharu(?) / tersentuh(?) kerana dia tidak menyangka yang mereka menganggapnya sebagai kawan meskipun dia jarang bermesra dengan mereka. Selama ini, dia fikir dia tidak mempunyai kawan selain Mia dan Ali.
Tetapi Ali sudah... Hmm.
"Sebenarnya..."
Alicia menceritakan apa yang telah berlaku antara dia dan Ali, sejak peristiwa Ali mula melayannya acuh tak acuh.
Dia agak malu untuk bercerita pada mulanya, tetapi setelah melihat gelagat tiga sekawan itu dia akhirnya tidak berasa kekok lagi.
"Wuish, sampai macam tu sekali dia cakap? Jahat betul!" Komen Moon setelah mendengar cerita Alicia.
"Ish, kau ni... Janganlah cakap macam tu! Ali kan kawan kita jugak?" Sampuk Khai.
"Tapi... Aku rasa dingin betul cara dia layan kau," sambungnya lagi.
"Kan aku dah cakap..." Moon menyilangkan tangannya.
"Ala, janganlah risau sangat. Mungkin dia cuma rasa tak selesa sebab kitorang berdua je dalam bilik tu. Dan pasal dia jarang bercakap dengan aku baru-baru ni. Sebab dia nak jaga maruah diri, katanya," Alicia cuba menyatakan yang dia faham dengan tindakan dan perubahan Ali.
Mereka yang mendengarnya terdiam seketika. Mereka seperti dapat tahu kenapa Ali berkelakuan begitu. Ali bukan setakat nak berubah, tapi dia pun sebenarnya...
"Ha, tadi korang kata nak plan celebrate birthday Ali, kan? Jomlah bincang," Alicia memecahkan suasana yang tiba-tiba sunyi, cuba kembali kepada topik asal.
"Okey, jom!"
Mereka berempat merancang mahu menyambut hari jadi Ali secara kecil-keciln memandangkan Ali masih ditahan dalam wad. Mereka hanya boleh meraikan secara senyap-senyap kerana bimbang akan mengganggu pesakit lain.
"Alicia dan Iman akan sediakan kek dan air, aku dan Moon pulak akan carikan barang macam belon, confetti dan lain-lain. Setuju?" Khai meminta kata putus untuk bab pembahagian tugas. Mereka yang lain mengangguk.
"Jadi nak mula macamana surprise birthday ni?" Tanya Moon.
"Okey, macam ni. Ni cadangan aku je la, eh. Kita semua pergi ke MATA MC 8 April ni, minggu depan. Aku tukang pegang kek, Alicia pula tolong bawa air. Iman dan Moon tolong pegangkan belon. Kita akan berdiri depan pintu bilik Ali. Lepas Ali buka pintu, kita nyanyi lagu hari jadi perlahan-lahan. Ala, sambut biasa-biasa je. Korang semua okey tak?" Khai menjelaskan ideanya.
"Aku okey je, rasanya takde masalah pun kalau kita buat macam tu," Alicia menyuarakan pendapatnya.
"Biar aku dan Khai beli barang-barang hiasan tu lusa. Korang yang uruskan makanan dan minuman tu boleh beli sehari sebelum hari jadi Ali," Cadang Moon sambil tangannya menepuk bantal sofa.
Alicia dan Iman mengangguk tanda setuju. Tiba-tiba, telefon Alicia berdering.
"Eh, aku kena pergi dulu. Ada hal kat sekolah. Kalau ada apa-apa hal bagitau," Alicia meminta diri.
"Bye!" Mereka yang lain melambai ke arah Alicia. Alicia membalas dengan senyuman.
"Hei, korang..." Perlahan-lahan Khai bersuara setelah kelibat Alicia tidak kelihatan lagi. "Kita ada misi rahsia nak dibuat,"
Iman dan Moon yang faham dengan maksud Khai tersenyum tersengih sesama sendiri.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.