Bab 31 : Dinner #2

2K 171 31
                                    


Tarik, hembus.... Tarik, hembus...

Let's go.

Alicia melangkah ke meja PA system di sebelah kanan pentas memandangkan dia bertugas sebagai salah seorang AJK teknikal.

Baru je nak sampai meja...

"Ya Allah... Alicia, kau ke tu?"

Nasrul, pengawas yang turut bertugas mengawal PA system terkejut melihat rakan sejawatnya.

"Alicia? Oh my god! Kau rupanya! Aku ingat siapalah yang cantik sangat tu tadi,"

Kali ini Hawani, pengawas lain pula yang menegur.

Alicia cuba sehabis baik untuk senyum walaupun hakikatnya dia rasa awkward.

Mana taknya, sebelum ni kalau nampak Alicia pun kat sekolah je, pakai uniform pengawas. Kalau ada kelas tambahan pun, pakaian Alicia nampak boyish. Hoodie dan cekak rambut. Kadangkala dia memakai cap. Sesiapa yang pertama kali melihatnya pasti akan menganggap Alicia seorang tomboi.

Tapi sekarang nampak lain. Sangat lain. Dahlah muka Chinese, pakai hanbok, siap bertudung lagi. Mekap tak tebal macam bimbo. Sekali pandang, dia kelihatan seperti puteri sebenar.

"Cantiknya tudung kau... Bidang berapa ni?" Satu suara lain bertanya. Mungkin sebab tudung Alicia nampak labuh.

"Hah? Err... Bidang 55 rasanya,"

Kalau tak silap Iman cakap tudung ni bidang 55... Ke 60?

"Mana kau beli baju ni?"

"Cantiklah bila kau pakai mekap!"

"Alicia! Boleh bergambar dengan saya sekejap?"

Semakin lama semakin ramai yang mengerumuni Alicia. Alicia mula berasa pening dan sesak.

Somebody help me!!!

Tangan Alicia terasa seperti ditarik oleh seseorang. Dia dibawa pergi jauh dari situ.

Mereka akhirnya berhenti di tepi tingkap koridor setelah keluar dari dewan tersebut.

"Terima kasih bawa aku keluar... Eh..?"

"Kau tak apa-apa?"

"La... Kau rupanya! Terima kasihlah... selamatkan aku!"

Alicia masih tercungap-cungap gara-gara berlari tadi. Dia memandang lelaki dihadapannya dari atas sampai bawah.

"Wau... Handsome juga kau malam ni ya? Kalau Mia nampak mesti dia lompat keluar tingkap," puji Alicia.

Viktor yang mendengarnya tersenyum leret.

Yalah, pakai macam putera raja dalam cerita dongeng. Baju warna royal blue, seluar panjang putih, siap ada epaulette. Epp, pedang panjang kat pinggang pun ada.

Viktor in the house y'all...

"Heheh. Kau pun nampak cantik," puji Viktor.

"Tapi... Kenapa kau pakai tudung?" Sambungnya.

"Oh, err... Ada kawan aku cadang aku pakai. Saja-saja. Lagipun bila lagi boleh pakai macam ni, kan?" Jawab Alicia.

Viktor mengangguk kecil.

"Alicia, aku nak tanya. Kau dengan Ali... Berjanji ke?" Kening Viktor terjongket sebelah.

"Ha? Janji apa?" Alicia kurang jelas dengan soalan kawannya.

"Viktor, mana kau? Cikgu Izwan panggil nak jumpa," kedengaran satu suara memanggil Viktor.

Alicia dan Viktor berpaling ke arah suara yang amat mereka kenali itu.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now