Bab 22 : al-Quran

1.9K 147 56
                                    


Pagi Jumaat itu, SMT Cyberaya mengadakan sebuah pertandingan tilawah al-Quran peringkat sekolah di dewan serbaguna sekolah. Semua pelajar beragama Islam dikehendaki untuk berkumpul di dewan untuk memberi sokongan kepada peserta yang terlibat.

Disebabkan semua yang beragama Islam berada di dewan, kebanyakan kelas menjadi krik-krik kerana hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yakni yang bukan beragama Islam berada dalam kelas masing-masing.

"Alicia, boleh kamu tolong hantarkan beg laptop ni kat meja cikgu?" Cikgu Wilsa, guru yang menjaga kelas Alicia meminta bantuan anak muridnya.

Alicia segera bangun dari tempat duduknya dan mengambil beg laptop yang dimaksudkan. Sebelum meninggalkan kelas, dia terlebih dahulu memakai pas kebenaran keluar di leher.

Untuk sampai ke bilik guru, Alicia perlu melalui jalan berbumbung disebelah dewan. Bangunan bilik guru akan kelihatan sebaik sahaja dia melepasi dewan tersebut.

Semasa Alicia sedang berjalan di kaki lima sebelah dewan, kedengaran satu suara (mikrofon) bergema dari dalam bangunan besar itu.

"Makluman kepada semua peserta tilawah lelaki, anda diminta untuk masuk ke dalam dewan dan bersedia meninggu giliran setelah selesai mengambil wuduk. Ulang semula..."

Pengumuman itu diulang sebanyak dua kali. Sempat lagi Alicia mengintai keadaan di dalam melalui salah satu pintu yang berderet di bahagian sebelah dewan.

Alicia tertarik dengan pentas yang dihias dengan bunga-bungaan dan skirting yang sepadan. Di dinding besar pentas ada banner yang tertulis 'Pertandingan Tilawah al-Quran Tahunan Peringkat Sekolah-Sekolah SMT Cyberaya' dan ada tulisan Jawi yang tidak dapat dibaca oleh Alicia. Sebuah meja kecil, kusyen tempat duduk dan mikrofon sudah tersedia di tengah-tengah pentas. Siap ada lampu-lampu lagi. Cantik!

Mana taknya, ini kan pertandingan antara sekolah-sekolah Cyberaya. Ada 5 buah SMT kat sini. Kenalah meriah.

"Ali, cepat masuk! Pertandingan dah nak mula wei!"

"Sekejap, aku datang ni,"

Secara automatik, kaki Alicia terus melangkah menuju ke arah suara-suara yang didengarinya tadi. Matanya meliar mencari orang yang dipanggil.

Tu Ali! Nyorokkk!

Alicia segera menyembunyikan diri disebalik tiang besar.

Fuh, nasib baik aku kurus. Ngam-ngam muat!

Dan pada masa itu juga, Ali muncul depan mata. Ali nampak segak dengan baju Melayu lengkap berwarna maroon yang tersarung di tubuh.

Tapi macam ada yang pelik... Fikir Alicia.

Muka Ali macam baru lepas dibasuh. Kedua-dua tangannya juga basah hingga ke siku. Ada air menitik dari rambut Ali.

Wau... What am I looking at right now?

Mata Alicia macam tak lepas langsung dari abang KP kita yang sorang ni hahaha.

Girls, jangan lupa jaga pandangan ya.

Tanpa disangka, tiba-tiba mata mereka bertaut.

Ali pelik kenapa pengawas Cina bersangkam itu boleh ada di situ.

Alicia pula?

Langkah seribu la wei, pe lagi.

Marathon start!

Argh! Dia nampak aku! Kantoi!

Alicia berlari menuju ke bilik guru sambil kedua-dua belah tangannya memegang erat tali beg laptop Cikgu Wilsa. Jatuh benda mahal ni, taktaulah.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now