Imbas kembali minggu lalu
"Ali kat mana sekarang?"
Suara garau seorang lelaki pertengahan umur boleh didengari di hujung talian.
"Ali dah nak sampai kat rumah. Ayah pulak?" Tanya Ali pula.
"Ayah dah ada kat rumah. Ayah balik awal hari ni," Balas lelaki tadi.
"Betul ke? Yeah! Bolehlah Ali masak special-special untuk Ayah malam ni!" Suara ceria singgah di telinga lelaki pertengahan umur itu.
"Hmm. Yela. Dah, jalan tu tu elok-elok tau. Ayah letak dulu. Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam," Balas si anak.
Dr. Ghazali tersenyum keseorangan di ruang tamu.
Hai, ada-ada saja anak aku yang seorang tu.
Ali yang merupakan satu-satunya anaknya itu amat disayanginya lebih-lebih lagi selepas pemergian isteri lebih 10 tahun lepas. Sungguh kasihan anaknya itu terpaksa melalui hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.
Dr. Ghazali mengeluh kecil.
Kalaulah dia masih ada...
Lamunannya terhenti apabila dia terlihat dua susuk tubuh yang berdiri di luar rumah melalui cermin tingkap. Matanya dikecilkan sedikit.
Kelihatan Ali sedang berdiri bersebelahan dengan seorang gadis cina yang sebaya dengannya. Mereka berdua sedang berbual mesra bersama-sama. Nampak rapat tetapi masih ada jarak antara mereka berdua.
Dr. Ghazali sekadar memerhati.
Tidak lama kemudian, bunyi salam didengari di pintu masuk rumah.
"Assalamualaikum ayah, Ali dah balik!" Ali melangkah masuk ke dalam rumah dan segera mendapatkan ayahnya.
"Waalaikumsalam. Sampai pun kamu," Dr Ghazali membalas salam. Ali mencium tangan bapanya kemudian mengambil tempat disebelahnya.
"Ayah sihat? Kerja tadi macam mana? Okey tak? Tak stres?" Banyak soalan yang ditanya Ali.
Dia gembira Dr. Ghazali dapat pulang awal ke rumah sebab biasanya bapanya pulang sewaktu dia sudah tidur, semuanya gara-gara kesibukan kerja di Menara Gamma.
"Alhamdulillah, ayah sihat. Kerja ayah macam biasa, bertimbun. TapiaAyah okey je, cuma penat sikit," Dr. Ghazali membalas soalan-soalan Ali.
"Yeke? Kalau macam tu ayah pergi mandi dulu, Ali masakkan something untuk Ayah. Sebelum tu Ayah rehatlah dulu,"
Ali bangun dari duduknya dan terus menuju ke dapur. Dr Ghazali menggeleng melihat keletah Ali.
Setelah beberapa tahun selepas pemergian ibunya, Ali sudah belajar berdikari. Dia sudah terbiasa dan sudah mampu melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menguruskan pakaian. Bab mengurus diri sudah pandai, cuma...
Dr Ghazali tiba-tiba terbayang keadaan Ali dan seorang perempuan sedang bergurau mesra sebentar tadi.
Bab agama?
Dr Ghazali mengeluh. Dia perlu bercakap dengan Ali tentang hal ini.
Selepas mereka berdua membersihkan diri, mereka berkumpul di meja makan. Makanan yang disediakan oleh Ali sudah dihidang di atas meja.
"Ha ayah, makanlah, Ali dah masak special untuk ayah," Pelawa Ali.
"Hmm, terima kasih. Macam sedap je," Dr Ghazali duduk di kerusi dihadapan Ali.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.