"Alicia, sekarang mata pelajaran Fizik. Cikgu Ainur suruh kita sekelas pergi ke makmal Fizik," ketua kelas mengingatkan Alicia.
"Oh, ye ke? Okey," sahutnya.
Alicia mengambil segala yang perlu untuk dibawa ke makmal.
Buku teks ada, alat tulis ada, buku latihan ada, buku rujukan...
Eh, belum! Mana buku rujukan aku?
Alicia menggeledah begnya. Kemudian dia ternampak ada dua buah buku rujukan yang sama di dalamnya.
Aik? Siapa punya ni?
Dia tiba-tiba teringat yang dia ada meminjam buku rujukan Ali sebab terlupa bawa minggu lepas. Dia menepuk dahi.
Adeh. Boleh pula kau terlupa, Alicia?
Alicia segera mendapatkan Ali. Ali segera berpaling selepas ternampak kelibat Alicia yang sedang mendekatinya.
"Ali," Alicia memanggil Ali yang sedang mengemas beg.
Teguran Alicia dibalas dengan pandangan tetapi dia tidak memandang terus ke mata. Dia menundukkan sedikit pandangannya.
"Apa dia?"
"Ni, buku rujukan kau yang aku pinjam minggu lepas. Terima kasih pinjamkan,"
Ali menerima buku yang dihulurkan oleh Alicia.
"Sama-sama," sepatah Ali menjawab.
Selepas itu Ali terus beredar dari situ. Alicia yang masih berdiri tercegat di tempat tadi menggaru kepalanya.
Alicia berasa yang kelakuan Ali makin lain macam sejak dua menjak ini.
Bila nak bawa bercakap, dia tengok tempat lain.
Bila dekat sikit, dia lari.
Kenapa dengan Ali?
...
Tengahari itu, para ejen muda dipanggil untuk menjalankan latihan di pusat latihan MATA. Pusat latihan yang baru ini dibuka selepas insiden Uno menyerang mereka.
Kelihatan beberapa ejen muda sedang duduk di ruang berehat berdekatan dengan arena. Alicia ternampak Ali sedang berbual dengan Khai dan Zass.
Ali bercakap macam biasa je bila dengan diorang, apa pasal dia dingin sangat dengan aku? Fikir Alicia.
Alicia berjalan menuju ke arah Ali. Dia inginkan penjelasan yang kukuh mengenai hal ini. Dia ingin tahu mengapa Ali menjauhkan diri daripadanya.
Belum sempat Alicia menegur, Ali mengajak Khai masuk ke kelas Tekno. Sengaja dia melakukan sedemikian setelah ternampak Alicia melalui ekor matanya.
Baru sahaja mula melangkah, suara Alicia menerjah telinga.
"Ali! Tunggu!"
Haih.
"Khai, kau masuk dulu. Ada hal," kata Ali. Khai cuma menurut. Alicia berjalan mendekati Ali.
Mereka berdua masih kekal membisu.
Ai? Tadi kata tunggu? Nak apa sebenarnya ni? Soal Ali dalam hati.
Alicia memandang segenap wajah Ali. Dia cuba menilik apa yang sedang Ali fikirkan sekarang ini. Dia ingin tahu mengapa Ali mengelak daripadanya. Dia pelik dengan kelakuan Ali sekarang.
Tiada lagi Ali yang becok. Tiada lagi Ali yang cuai.Tiada lagi Ali yang suka menyibuk.Tiada lagi Ali yang dulu.
Ali semakin berasa tidak selesa apabila diperhatikan oleh gadis Cina dihadapannya itu. Makin janggal rasanya. Dia mula bersuara.
"Err... Kalau tak ada apa-apa aku pergi dulu. Dah lambat ni," Ali cuba lari.
"Kenapa kau lain macam eh sekarang ni?" Akhirnya soalan itu keluar juga dari bibir Alicia.
Ali terhenti melangkah lalu berpaling.
"Lain macam mana maksud kau?"
Alicia mendengus perlahan.
Lain macam mana pun kau tak tau ke? Ish! Bikin panas betullah.
"Kenapa kau macam makin dingin ni? Aku nak bawa bercakap pun susah. Kau asyik lari dari aku. Kenapa?" Pertanyaan Alicia berbaur rungutan.
Ali teragak-agak.
Apa nak buat ni? Bagitau ke tak? Bagitau ke tak?
Ali meraup kemudian menutup mukanya dengan tangan menandakan dia sedang keliru.
Alicia diam menunggu.
"Macam ni lah. Sebenarnya aku ada tujuan tertentu tapi percayalah, aku bukan berniat nak sakitkan hati kau atau buat kau terasa. Aku cuma nak perbaiki diri aku, itu je," Dia mengambil nafas lagi.
"Aku dah besar. Kita masing-masing pun dah besar. Jadi aku nak berkelakuan lebih matang berbanding dulu. Aku tak nak bergaul terlalu bebas dengan berlainan jantina. Kalau takde tujuan penting, lebih baik tak payah bercakap.
Maksud aku... Aku nak cuba jaga kehormatan diri. Aku harap kau faham," Ali menjelaskan panjang lebar.
Alicia cuma mendengar. Kemudian dia mengangguk perlahan.
"Oh, macam tu ke? Tak apa, aku faham. Aku cuma rasa pelik dengan kelakuan kau. Kau kata kau dah lambat nak masuk kelas kan? Pergilah. Mesti Khai tengah tunggu kau tu,"
"O... okey. Terima kasih sebab memahami," Kemudian Ali beredar dari situ.
Alicia masih berdiri di tempat tadi.
Aku... aku masih tak faham!
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
Fiksi PenggemarWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.