"Mama,"
Perlahan suara Ali memanggil. Dia menoleh ke sana dan ke mari, cuba mencari insan yang amat dirinduinya. Seorang ibu yang telah lama pergi.
"Mama, mama kat mana?"
Apa yang dilihatnya sekarang hanyalah sebuah ruang kosong luas yang sunyi.
Bukan dimensi I.R.I.S., tapi dunia mimpi (Ali tak pakai I.R.I.S. sekarang ni).
"Mama!" suara Ali bergema di seluruh pelosok dimensi itu. Sudah beberapa kali mencuba, tetapi orang yang dicari masih belum muncul. Ali mengeluh, hampa.
Bahu Ali terasa seperti disentuh. Dia segera berpaling ke belakang. Seorang wanita berbaju merah yang dicari-cari sejak tadi kini berada di hadapannya.
"Assalamualaikum anak mama. Kenapa ni, tak elok mengeluh tau?" Aliya tersenyum melihat anak bujangnya.
Ali yang sudah tidak dapat menahan perasaannya terus mendakap Aliya.
"Waalaikumussalam... Mama pergi mana tadi? Susah Ali cari tau," Ali mengomel. Dia masih tidak mahu melepaskan ibunya dari pelukan.
"Mama mana ada pergi mana-mana. Mama kat sini je selama ni," jari telunjuk Aliya menyentuh dada kiri Ali.
Oh, di hatimu.
Ali tersenyum senget seraya meleraikan pelukan.
"Anak mama sihat?" tanya Aliya. Matanya redup menatap wajah anak tunggalnya.
"Ni, takkan mama tak nampak? Badan Ali masih berbalut kot. Sakit tau," rengeknya. Dia mungkin sudah menginjak dewasa dan kelihatan matang di mata orang, tetapi hakikatnya dia masih berperangai seperti 'anak mak' di depan ibunya.
"Ala, sikit je tu. Ali kan kuat..." kedua-dua tangan Aliya menyentuh bahu Ali. Disebabkan Ali sudah besar panjang, Aliya perlu mendongak dan tingginya hanya mencapai paras bahu Ali. (Lagipun Aliya bukannya tinggi sangat pun)
"Mama asyik-asyik cakap macam tu," Apa yang dikatakan oleh ibunya tadi sudah lama didengarinya sejak pertama kali bertemu ibunya dalam dimensi I.R.I.S beberapa tahun lepas. Aliya tersengih.
"Kalau nak jadi Super Ejen, kenalah hadap semua ni. Ali kata nak jadi Super Ejen, kan?"
Ali mengangguk.
"Jadi Ali kena bersabar. Usaha pun kena lagi banyak. Macam mama dulu, ingat senang ke jadi Super Ejen? Walaupun mama dipilih masuk MATA, mama pun kena redah macam-macam tau. Bukan free-free aje dapat gelaran Super Ejen tu," Aliya mula berceloteh. Ali melayan sahaja, mendengar setiap bait kata ibunya.
"Yelah, yelah... Ali akan usaha jadi Super Ejen. Ali janji," Ali cuba meredakan bebelan Aliya. Ternyata berkesan.
"Macam tu lah anak mama. Meh, sayang sikit,"
Alah, alah, alah, Ali... Dah beso panjang pun kena cium pipi lagi. Para pembaca kalau nak bayangkan dipersilakan.
"Ali, mama jumpa Ali ni sebenarnya nak kenalkan Ali pada seseorang," Aliya berterus-terang. Ali hanya memandang tanpa berkelip. Menunggu ibunya meneruskan ayat.
"Dan seseorang ni bakal jadi antara orang yang paling penting dalam hidup Ali," sambung Aliya. Kali ini Ali mula rasa tidak sabar.
"Orang paling penting? Siapa?" tanya Ali. Aliya tidak menjawab.
"Mama, bagitaulah cepat... Ali nak tau ni," Ali menarik tangan ibunya.
Aliya yang diam hanya tersenyum.
"Mama ni kan, bagitaulah Ali! Please mama..." kali ini tangan ibunya digincang perlahan.
Ya ampun... Muka hensem tapi manjanya macam budak kecil!
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionWatak adalah hak milik WAU Animation. Saya hanya penulis kentang yang meminjam watak-watak hebat mereka.