"BELL!" Lantas matanya terbuka ketika namanya dipanggil. Dek terlalu penat menyiapkan segala report dan kerjanya semalam, pagi ini matanya berat sungguh untuk terus terbuka. Nak tak nak je bukak.
"You okay tak ni?" Wana menjungkitkan keningnya. Nabila senyum sambil mengangguk. Okaylah sebab semua kerja dah siap. Ini semua sebab nak balik ahri ni, kalau tak, kerja tu memang aku tak sentuhlah sebab due date lambat lagi. Gumam Nabila sendiri.
"Sure?"
"In Shaa ALLAH." Nabila melebarkan senyumnya lagi. Sungguh, dalam hatinya berdoa agar waktu cepat berlalu. Selepas ini, dia mahu pulang ke rumah dan tidur sebelum memulakan perjalanannya untuk pulang ke kampung.
"Baby sayang you dah mengaum cari you tadi. Pergilah jenguk. Kut rindu you." Wana lantas mempamerkan senyum nakalanya. Tidak cukup dengan itu, ketawa kecilnya terhambur. Kalau bukan kat office, dah lama ketawa besarnya terhambur.
"ALLAH, baby sayang I nak apa lagi pagi-pagi ni? I tak larat nak layan dia." Tanpa diminta, Nabila menyambung drama yang dimulakan oleh Wana. Apa lagi, bertambah dekahlah Wana dengan respon yang diterima.
"Eh you ni Bell, karang betul dia jadi baby sayang you. Dengar gosip, baby sayang you tu single lagi."
"Woih, mintak jauh. I tak rela ada baby sayang garang macam singa lagu tu." Nabila dan Wana kembali ketawa mengekek. Seronok barangkali menajdikan si 'baby sayang' itu sebagai topik utama mereka.
"Bell!" Tiba-tiba satu suara memanggil Nabila dan mengganggu mood bahagia mereka. Nabila mengetap gigi sebelum bangkit dari duduknya.
"Nabila!" Suara garau itu bergema lagi. Satu office dengar suara, macam petir.
"Bell, dia dah panggil nama penuh tu, lebih baik you gerak sekarang. Nanti sekali dengan binti dia sebut, naya you." Nabila mengangguk laju. Kalau orang lain kecut, apatah lagi dia.
"Ya, baby sayang." Sahut Nabila, sempat lagi bercanda. Hal itu menyebabkan Wana kembali ketawa. Masin mulut aku, mahu dia jadi baby sayang aku. Mintak jauh. Nama Tuah Zaim bin Tarmizi yang tertera dibaca seraya tayang muka toyanya.
"Nabil..." Belum sempat habis namanya dipanggil, mata mereka bertaut. Nabila menolak daun pintu dengan kasar sebelum menapak masuk. Macam kurang sivik aje minah ni! Ketuk pun takde.
"Nak apa bos?"
"Report dari Mac sampai Mei dah siap?"
"Dah."
"Paperwork?"
"Dah." Jawab Nabila dengan muka toya.
"Claim?"
"Dah." Tuah yang menatap skrin laptop beralih merenung Nabila dengan riak tidak berpuas hati.
"Saya nak suruh..."
"Ah no no no bos. Hari tu janji tak nak bagi apa-apa dah kat saya. Saya nak balik raya dah hari ni bos. Saya dah siapkan semua kerja, tunggu nak balik kampung je." Nabila tayang muka sedih. Dasar bos kejam. Kutuknya dalam hati.
"Takde no no no. Saya dah emailkan semua detail. Thank you Miss Nabila." Tuah tayang senyumnya. Senyum sinis, tak ikhlas, puas hati!
"Bos...."
"Nak balik raya kan? Siapkan cepat. Before 5, dah ada atas meja saya. Dismiss." Nabila menutup pintu perlahan-lahan. Wajahnya berubah masam mencuka. Keluhannya terlepas. Menangis meraung macam mana pun, kalau dah Tuah Zaim beri arahan, tak boleh bantah. Nak balik raya! Sob. Sob.
"Nabila!"
"Ya baby sayang!" Secara spontan mulutnya menyahut dengan volume yang kuat. Sedar dengan kedudukannya yang masih berada di muka pintu bilik Tuah, lantas mulutnya ditekup. Mampus!
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
HumorCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.