ENAM BELAS

3.1K 363 8
                                    

Nabila_

Saya terima.

Nabila baca kembali pesanan Whatsapp yang telah dihantar kepada Tuah semalam. Tiada sebarang balasan, hanyalah bluetick sebagai bukti Tuah membaca pesanan whatsappnya. Gadis itu mengeluh.

Dia ni betul-betul serious ke tak? Nabila mengeluh. Mood beraya pada hari ini sudah pudar. Baju kurung yang berwana emerald green sudah tersarung dibadannya. Tinggal nak sarung tudung je.

"Kak Ngah, buat apa lagi tu? Pakailah tudung. Japgi majlis Kak Ngah nak start dah." Imah mengerutkan keningnya ketika menapak masuk ke dalam bilik itu. Tudung yang baru sahaja diiron, diletakkan ke atas katil, bersebelahan dengan kakaknya.

"Majlis apa pulak?" Nabila mengerutkan dahinya. Majlis tunang? Eh tak mungkin.

"ALLAH.. Kak Ngah ni okay ke tak ni? Lepas orang balik solat sunat raya japgi, nak langsungkan majlis tunang kak Ngah dengan abang Tuah. Mak tak pesan ke?" Imah bercekak pinggang. Begitu juga dengan Nina yang baru masuk. Siap angguk setuju pulak tu.

"Eh seriouslah. Jadi ke majlis kak Ngah tu?" Nabila pula yang bertanya. Jelas riak bingung terpampang di wajahnya.

"Mak cakap jadi. Jadilah tu. Cepatlah siap. Nanti Mak Temah bebel." Gesa Imah. Sempat jugaklah gadis itu mencemar duli memanggil ibunya Mak Temah. Suka hati. Nabila teguk liur. Perutnya kecut secara tiba-tiba.

Eh betul-betul jadi ke? Nabila menggelengkan kepalanya. Tidak percaya.

"Nab oi, cepatlah siap." Tiba-tiba suara Mak Temah pula bergema. Kalau Mak Temahdah ada rumah, maknanya solat sunat hari raya sudah habis. Eh betullah tu, Nina pun dah ada kat rumah. Aku dengan Imah je yang cuti.

"Be-betul ke mak?"

"Kamu ingat mimpi? Nak mak tampar kan ke?" Laju sahaja Nabila menggeleng. Tamparan Mak Temah, tamparan wanita sejati. Padu! Lekas sahaja dia mengenakan secalit lipstik sebelum memakai tudungnya. Mak Temah masih lagi berada dalam bilik, menunggu Nabila barangkali.

"Dah?" Tanya Mak Temah ketika Nabila sudah mengenakan tudungnya. Nabila angguk perlahan. Lembut sahaja tangan Nabila digapai dan ditarik agar membuntutinya. Ketika Nabila melangkah keluar, mata Nabila tertancap pada seluruh ahli keluarganya yang sudah berada di ruang tamu. Nabila semakin cuak.

"Haa Nabila, meh duduk sini." Ajak Puan Saleha, emaknya Tuah. Nabila teguk liur. Nabila ikut aje rentak emaknya dan punggungnya dilabuhkan di sebelah Puan Saleha. Gadis itu menunduk sahaja, malu barangkali. Yelah, tak sempat nak hadam luahan perasaan Tuah semalam, majlis tunang pun berlangsung. Ekspres gila!

"Nab betul boleh terima anak Mak cik, Tuah Zaim?" Nabila senyap. Dia menggigit bibirnya sebelum mengangguk perlahan. Dia sendiri belum mengerti perasaannya terhadap Tuah. Tak salahkan mencuba?

"Setuju nak jadi tunang Tuah?"

"In shaa ALLAH." Jawab Nabila pendek. Puan Saleha senyum, begitu juga Mak Temah dan Bedah.

"Cincin ni sebagai tanda mak cik ikat Nabila dengan Tuah." Tangan Nabila dicapai dengan lembut sebelum cincin disarungkan. Secara automatik tangan Puan Saleha disalam oleh Nabila. Tiba-tiba hati Nabila dijentik rasa sebak.

"Terima kasih sudi terima Tuah. Mak cik happy gila, bila dia bagitahu dia ada suka perempuan. Sebelum ni, mana pernah. Mak cik risau dia tu takde perasaan kat perempuan." Beritahu Puan Saleha kepada Nabila. Hal itu menyebabkan satu rumah berdekah ketawa. Begitu juga Nabila. Bolehlah dia cover sebaknya dengan gelak itu.

"Kak Temah, marilah kita teruskan dengan bincang tarikh kahwin."

Seriouslah? Wow, ekspres teruk!

"Alang-alang Nabila dah ada sini. Kita panggil Tuah sekali. Biar diorang ada sekali. Senang nak bincang tarikh kahwin mereka." Sudah! Wajah Nabila mula memerah apabila nama Tuah disebut agar turut berada disitu. Dia segan. Nabila menggigit bibirnya.

Raya Ni Single Lagi Ke?Where stories live. Discover now