SEPULUH

3.2K 382 12
                                    

Mak Temah menolak daun pintu bilik anak-anak daranya. Masing-masing masih lagi terbongkang termasuklah Nabila. Mak Temah mengeluh perlahan sambil bercekak pinggang. Tak senonoh betul tidurnya.

"Nab o Nab!" Mak Temah menggoncangkan bahu anak keduanya. Tuah sudah siap menunggu Nabila di luar rumah. Katanya hari ni Nabila nak teman Tuah ke bandar untuk mencari baju raya.

Malu aku oi, malu! Yang teruna dah siap dah. Anak dara aku? Masih terbongkang tak tahu hala! Mak Temah menggelengkan kepalanya. Bahu Nabila masih digoncang kali ini denga kuat.

"Nabila!" Suara Mak Temah sudah memetir. Dek suara itu, Nabila segera bingkas dari tidurnya. Kalau suara lembut Mak Temah, boleh buat rileks lagi. Kalau dah macam ni, memang tempah maut kalau tak nak bangun.

"Kata nak teman si Tuah tu beli baju raya. Kamu yang terbongkang ni, bila nak siap? Tuah dah siap dah. Tunggu kamu aje." Nabila yang masih mamai menggaru kepalanya. Kata-kata Mak Temah bagaikan angin lalu sahaja. Langsung tak masuk ke otak, kata orang.

"Nab! Pergi mandi. Tuah dah tunggu kamu kat luar." Suara Mak Temah kembali memetir sehingga menyebabkan Nabila berganjak ke belakang dengan matanya yang terbuntang luas.

Tuah tunggu?

"Kenapa pulak dia nak tunggu Nab mak? Orang nak tidur pun tak senanglah." Bebel Nabila. Kantuknya kembali menyerang. Tanpa menghiraukan Mak Temah, Nabila kembali membaringkan badannya ke atas katil. Imah dan Nina sudah berdesup lari ke bilik mandi untuk mandi. Bimbang Mak Temah semakin menyinga.

"Nur Nabila binti Nuh! Sebelum mak siram kamu dengan air, lebih baik kamu bangkit." Kali ini, suara Mak Temah bukan sahaja bergema di ruangan bilik itu sahaja, Tuah yang berada di luar pun mendengar dengan jelas sehingga senyumnya mekar di bibir. Nabila bangkit dengan hati yang sebal! Tuala diambil dan dilitupkan ke kepalanya sebelum menapak keluar dari biliknya.

"Eh baru bangun ke tu?" Tegur Tuah sambil menggigit bibirnya. Menahan tawanya yang hampir terhambur. Niatnya untuk menyakat Nabila. Nabila mendengus sebagai tanda protes sebelum berlalu ke bilik air.

"Puasa-puasa tak boleh marah-marah. Ops lupa, tak puasa." Sakat Tuah lagi.

"Saya tak nak lah ikut bos macam ni. Nak sambung tidur balik." Segera Nabila patah balik ke biliknya dengan hati yang sebal. Jangan ganggu emosi Nabila time datang bulan, emosi Nabila tak stabil!

"Takpelah. Saya pergi dengan Asha."

"Hah pergilah."

"Okay."

"Pergi, pergilah dengan Asha sana." Sambil bercekak pinggang Nabila kembali ke biliknya. Tanpa disangka matanya berkaca-kaca. Tiba-tiba emosi apabila Tuah ingin keluar bersama Asha.

Kau kenapa, Nabila?

Raya Ni Single Lagi Ke?Where stories live. Discover now