ENAM

3.4K 382 15
                                    

"Mak long jangan tanya macam tu. Itu hak privasi bos..."

"Tuah single lagi mak long." Belum sempat Nabila menghabiskan ayatnya, Tuah sudah pun mencelah dengan jawapannya. Sempat Tuah melirik ke arah Nabila untuk melihat riaksi sang gadis.

"Baguslah. Ada chancelah mak long nak kenenkan kamu dengan..."

"Ish mak long ni. Malulah Nab eh Bell eh Nab. Nab tak suka..."

"Bukan untuk kamu. Untuk anak mak long, si Asha tu." Itulah Nabila. Mencelah lagi, kang malu sendiri. Nabila meneguk liurnya. Sempat dia mengerling ke arah Tuah yang sedang mentertawakannya. Malu!

"Kalau gitu, mak long dengan bos sembanglah. Saya nak siapkan kerja ni. Awal siap, awallah bos dapat balik." Nabila lantas sahaja mendaki tangga menuju ke biliknya tanpa langsung mempelawa jejaka itu naik ke rumahnya. Lantaklah bos.

"Nab!" Baru sahaja pintu biliknya dipulas, telinganya sudah dapat mendengar namanya dipanggil. Itu macam suara Mak Temah tu. Haduh! Lekas Nabila kembali ke luar rumahnya. Kelihatan Mak Temah sudah bercekak pinggang sambil menayang riak minta penjelasan.

"Kenapa mak?"

"Siapa tu?" Mak Temah mendekatu Nabila dan berbisik di telinganya. Berbisik macam nak suruh gajah seberang laut dengar!

"Bos Nab, Tuah. Dia datang sebab nak ambil barang dari Nab." Terang Nabila. Dah berapa kali dah ni aku terangkan siapa Tuah. Penat! Omel Nabila dalam hati. Dek tidak pernah membawa kawan lelaki pulang menemui ayah dan emaknya, kehadiran Tuah merupakan satu keajaiban. Sejarah, satu dalam sejuta gitu.

"Yeke bos? Pakwe tak?" Mak Temah sudah menjungkitkan keningnya sambil senyum penuh makna. Dahinya ditepuk beberapa kali. Tengok, datang je dah buat onar.

"ALLAH.. Mak Temah oi, Tuah tu betul-betul bos Nab. Nab ni terlalu cantik untuk dia okay." Tak semenanya bahu Nabila ditampar agak keras.

"Mak sakit tau!"

"Dia lagi helok dari kamu tau. Tak payah perasan. Dah pergi!" Kali ini, bahu yang ditampar tadi ditolak oleh Mak Temah sebelum wanita itu kembali mendekati Tuah dengan senyum lebar. Yelah, Tuah handsome. Elok molek gitu. Huh. Dengan langkah sebal, Nabila kembali berlalu ke biliknya untuk menyiapkan kerjanya.

Hampir sejam bertungkus lumus membaiki paper work itu, Nabila berlalu ke bilik Akiff untuk mencetak kembali kertas tersebut. Kertas dikepilkan.

"Nah." Nabila menghulurkan kepingan kertas itu kepada Tuah yang masih seronok berbual dengan Mak Temah dengan Mak Bedah. Amboi gelak sakan orang tua tu. Apa yang lawak sangat?

"Bos, ini yang bos nakkan? Dah bos boleh ambik, dan dipersilakan balik." Nabila senyum. Tuah buat derk. Paperwork yang dihulurkan akhirnya bertukar tangan.

"Apa lagi? Sila... Auch!" Gadis itu mengaduh kesakitan ketika Mak Temah dengan selambanya mencubit pehanya. Weh, sakit weh! Mak aku ni, tak sayang anak ke? Gumam Nabila tidak puas hati.

"Tuah, tinggallah kat sini sehari. Tak pun tunggu berbuka. Boleh makan kat sini." Ajak Mak Temah dengan ramah. Mata Nabila membulat. Mak Temah ni, mesra pulak.

"Eh takpelah Mak Temah. Orang dah tak suka, nak buat macam mana. Saya balik dululah." Tuah segera bangkit dan berlalu ke keretanya usai meminta diri. Terasa ke? Nabila menggigit bibirnya.

"Bos, kalau bos nak, bos boleh berbuka kat sini." Nabila mengajak ayam. Sengaja untuk memujuk hati Tuah. Karang dia merajuk, habislah aku. Bukan tak tahu perangai hangin dia macam mana.

"Takpelah. Saya balik dulu." Tuah menapak masuk ke dalam kenderaannya. Suis kenderaannya dihidupkan namun malangnya tidak mahu hidup. Tuah mengerutkan dahinya. Begitu juga dengan Nabila.

"Bos kereta okay tak?"

"Tak boleh hidup. Jap saya try sekali lagi." Cubaannya sekali lagi turut gagal. Mak Temah dan Mak Bedah sudah senyum bahagia.

"Dah tak payah try dah. Itu petunjuk nak suruh kamu duduk sini sehari. Petang nanti Hairul, adik si Nab balik, dia cuba tengok-tengokkan kereta kamu." Nabila menepuk dahinya. Nasib apakah ini?

Raya Ni Single Lagi Ke?Where stories live. Discover now