Petang itu, keluarga Pak Cik Nabila a.k.a Encik Tarmizi terpaksa berangkat ke kampung halaman Puan Saleha pula. Habis sahaja beraya di rumah sanak saudara belah Encik Tarmizi, mereka berkemas untuk pulang ke Negeri Sembilan.
Nabila menyambut salam yang dihulur Puan Saleha. Tak semenanya Puan Saleha memeluk Nabila dengan erat. Kedengaran esak halus milik Puan Saleha, menyapa gegen
"Kenapa ni mak cik?"
"Mak cik rasa bersyukur sangat Tuah pilih Nabila. Tuah tu tak pernah bercinta. Dia serik tengok abang kembar dia, Zahin kena tinggal dengan isteri dia. Anak kecik lagi." Nabila diam sebaliknya membalas pelukan emak saudaranya itu. Nabila kurang pasti riaksi apa yang perlu dia tayangkan ketika ini.
"Tolong jaga Tuah elok-elok. Mak cik sangat harapkan Nabila." Sambung Puan Saleha lagi.
"Baiklah mak cik. Nabila cuba." Sahut Nabila walaupun dia sendiri kurang pasti dengan perasaannya. Lama mereka berpelukan sebelum Puan Saleha meleraikannya dan menapak masuk ke dalam kereta.
"Bell..." Kali ini Nabila menoleh pula ke arah sebuah lagi kenderaan. Tuah yang jadi pemandunya. Lantas sahaja senyumannya terukir.
"Saya balik dulu. Jaga diri baik-baik tau. See you when I see you. Nanti saya mesti rindu awak gila-gila." Sambung Tuah dengan riak serious. Nabila tergelak kecil dengan ayat terakhir Tuah. Haih, aku curious macam mana dia boleh sayang aku macam ni. Gumam Nabila sambil menggeleng.
"Jumpa awak kat office nanti. Hati-hati." Sambut Nabila, juga dengan bahagia. Kalau macam ni hari-hari, tak sampai seminggu, Nabila bakal memberikan sepenuh hatinya buat Tuah. Mulut manis sangat!
"Jangan rindu saya sangat." Canda Tuah diiringi dengan gelak tawanya. Nabila mencebik.
"Awak tu jangan rindu saya sangat." Tuah ketawa dengan lebih kuat. Mungkin tercuit hati.
"Saya boleh rindu awak banyak-banyak. Awak tak boleh!" Balas Tuah lagi. Nabila menggelengkan kepalanya. Tak pernah dia lihat Tuah sebegini. Selama ini, sisi seriousnya lebih terpamer.
"Hati-hati tau. Apa-apa call saya nanti." Tuah angguk sebelum meminta diri dan mengutarakan salamnya. Tidak lama selepas itu, kenderaan keluarga Encik Tarmizi meninggalkan perkarangan rumah Nabila.
"Mak long dah agak dah Tuah suka kamu. Kamu je tak nampak." Tiba-tiba Mak Bedah mencelah.
"Yeke mak long?"
"Mak long ni orang tua Nab oi. Nampak. Sebab tu mak long nak test kamu guna Asha. Asha pun nampak, kamu tak nampak?" Sambung Mak Bedah diiringi dengan gelak tawanya. Asha yang berada di sebelahnya mengangguk perlahan ketika Nabila memandangnya.
"Asha nak sangat cari orang yang pandang Asha macam Tuah pandang Nabila. Comel!" Ujar Asha dengan cerita. Nabila menggigit bibirnya. Tak semenanya wajahnya membahang.
Aku je ke selama ni yang tak nampak?
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
ЮморCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.