Usai azan isyak berkumandang, berpusu-pusu sepupu-sepupu dan saudara Nabila yanglain bergerak menuju ke masjid yang hanya selang beberapa buah dari rumah. Nabila pula seronok landing di atas katil memandangkan 'ALLAH bagi cuti'.
Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan ada pesanan WhatsApp masuk. Eh siapa pulek?
Tuah
Awak tak gi terawih ke?
Eh? Dia cari aku ke? Lantas sahaja WhatsApp Tuah dibalas.
Nabila_
Tak. Kenapa?
Tuah
Patutlah cari awak dalam ramai-ramai, awak takde.
Nabila_
Kenapa cari saya, bos? Paperwork ada salah lagi ke?
Tuah
Rindu.
Hah jadah dia. Bos ni kenapa nak rindu bagai. Nabila ketawa mengekek ketika membaca whatsapp latest daripada Tuah.
Nabila_
Dahlah bos. Pergilah terawih sana. Makin merepek ni.
Sabarlah. Malam ni, Hairul baiki kereta bos. Lepas tu, bolehlah balik rumah bos.
Rindu family eh?
Tuah
Boleh tak tukar 'bos' tu kepada awak?
Nabila_Eh bos kan bos saya.
Tuah
Sini bukan office.
Nabila_
Dah biasalah bos.
Tuah
Tak nak panggil awak, babysayang pun boleh.
Nabila_
AHAHAHAHHAHAHAHA BOS GEDIK!
TuahBabysayang, please?
Nabila_
Terawih sana. Bai.
Nabila menyentuh dadanya. Sumpah bos ni pelik hari ni. Hati aku pun pelik hari ni. Nak berdegup kencang pulak dengan bos. Ish, tak boleh jadi ni.
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
HumorCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.