DUA BELAS

3.1K 397 31
                                    

Nabila membuat haluan sendiri ketika menapak masuk ke dalam gedung yang menjual pelbagai jenis pakaian itu. Panas je hatinya ketika melihat Asha asyik menempek di sebelah Tuah. Panas lagi hatinya tatkala menyedari dirinya mencemburui Asha dan Tuah tanpa sebab kukuh!

Suka hati dioranglah Nabila oi! Tuah single, Asha single, haa menjadilah tu. Nabila menyedapkan hati sendiri. Nabila membawa diri sendiri ke bahagian rak-rak yang menempatkan baju-baju kurung yang agak menarik perhatiannya. Daripada jealous tengok diorang tanpa sebab, lebih baik pilih baju kurung ni. Baju raya takde lagi ni! Gumam Nabila sendiri.

"Bell!" Tiba-tiba telinganya dapat menangkap suara perlahan daeipada seseorang. Sudah kenal sangat dengan empunya suara, Nabila menoleh tanpa sebarang perasaan. Tuah senyum sambil menapak mendekati Nabila.

"Awak belum beli baju raya ke?"

"Belum." Pendek sahaja jawapan yang diujarkan oleh Nabila.

"Baju raya nak warna apa?" Tuah bertanya lagi. Sengaja ingin menghidupkan suasana bersama Nabila. Dalam hatinya berharap agak rajuk Nabila menghilang.

"Hijau emerald."

"Tolong carikan baju melayu warna sama dengan awak boleh?" Tuah mengukir senyum manisnya manakala Nabila mengerutkan dahinya. Buang tebiat ke bang?

"Tak kuasa nak layan." Terus sahaja Nabila melangkah meninggalkan Tuah. Rajuknya masih diteruskan. Tuah mengeluh perlahan. Langkahnya diatur membuntuti langkah Nabila.

"Bell, marah saya ke?"

"Eh kenapa pulak saya nak marah bos?"

"Sebab Asha ikut sekali. Saya tak tahu pun Asha nak ikut...."

"Saya tak kisahlah bos. Baguslah kalau dia ikut, senang sikit nak kenal hati budi bos. Manalah tahu, boleh tukar title. Bos single, Asha single." Sebelum sempat Tuah menghabiskan ayatnya, Nabila sudah mencelah. Walaupun ayat itu meluncur laju dari mulutnya, namun riak wajahnya langsung tidak menggambarkan kata-kata itu tulus dari hati.

"Jealous?"

"Eh perah santan betul!"

"Perah santan tu.. apa?"

"Perasan!" Sekali lagi tanpa menghiraukan Tuah, Nabila melangkah menuju ke bahagian rak-rak baju yang menarik perhatiannya. Cantik!

"Yang tu cantik." Tuah mencelah lagi walaupun Nabila tidak menghiraukannya. Baju kurung simple yang berwana hijau emerald ditunjukkan kepada Nabila. Mata Nabila terpaku lama pada baju it sebelum mengangguk setuju. Memang cantik. Lantas sahaja baju diambil dan Nabila berura-ura ke fitting room berdekatan.

"Bell, pilihlah baju untuk saya pulak." Nabila mengeluh.

"Bos nak baju melayu ke, kurta?" Nak tak nak, Nabila terpaksa beralah. Selagi belum ikut permintaannya, sampai sudah jejaka itu bakal mengekorinya.

"Baju melayu. Segak sikit!" Tuah tayang senyum lagi.

"Okay jom." Nabila mula melangkah mencari bahagian baju Melayu. Beberapa kali mereka berpusing di bahagian yang sama, Nabila berhenti untuk bertanya pekerka yang berada disitu.

"Baju melayu bahagian mana ya?"

"Baju melayu tingkat atas, cik. "Balas pekerja wanita itu dengan sopan. Nabila mengangguk faham.

"Jap, awak ni Nabila ke?" Nabila mengerutkan dahinya seraya menganalisis wajah gadis di hadapannya. Eh macam kenal?

"Zira?" Gadis itu menangguk laju seelum mereka menjerit kecil dan saling berpelukan. Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum pelukan mereka terlerai.

"Lama tak jumpa kau. Kau kerja apa sekarang? Bila kahwin? Tak ajak aku pun." Ujar Hazirah sambil mengerling ke arah Tuah yang berada di sebelahnya.

Eh, kahwin?

-------

So how setakat ni? Okay tak cerita kita?

Ehem nak tanya, raya ni single lagi ke tuuuuuu? 😂

Raya Ni Single Lagi Ke?Where stories live. Discover now