EMPAT BELAS

3.3K 393 17
                                    

Malam itu, pulun Nabila berada di dapur untuk menyiapkan juadah jamuan hari raya rumahnya esok hari. Berpeluh-peluh sang gadis ke sana dan ke sini, membantu Mak Temah diikuti oleh Mak Bedah serta isteri encik Tajuddin dan Encik Tarmizi. Anak-anak perempuan masing-masing sudah memenuhi ruangan dapur itu.

Riuh rendah suasana dalam rumah dengan suara mereka. Maklumlah hampir berbelas tahun tidak berkumpul sekali. Terutama sekali keluarga Encik Tajuddin dan Encik Tarmizi.

"Kak Temah.." Puan Saleha a.k.a isteri encik Tarmizi mula mendekati Mak Temah. Mak Temah yang sibuk mengacau gulai lemak ayam pencen itu segera menoleh ketika dicuit oleh adik iparnya itu.

"Kenapa Leha?"

"Nab takde yang punya lagi kan?" Puan Saleha mengukir senyum manisnya manakala Mak Temah mengerutkan dahinya.

"Dia cakap dia single lagi. Kenapa tu, Leha?" Acah tak faham, Mak Temah pura-pura bertanya.

"Tuah, dah lama jugaklah dia bagitahu Leha yang dia berkenan dengan Nabila. Tak sangka pulak lah, Nabila yang dia berkenan tu sepupu dia sendiri. Selama ni dia cerita pekerja kat office dia." Mulut Mak Temah membentuk O. Kepalanya diangguk-anggukan, tanda mengerti.

"Dah jadi macam ni, lagi senanglah kak Temah. Bolehlah andainya Leha nak meminang Nabila untuk Tuah? Kalau tak keberatan, esok kita langsungkan majlis bertunang. Kak Temah setuju?" Mak Temah diam sejenak. Wanita itu lekas merenung kakak sulungnya.

"Kak Bedah, macam mana?"

"Aku setuju je Temah. Eloklah kalau dicepatkan. Budak-budak dah sama-sama berkenan. Sepadan je aku tengok Nabila dengan Tuah tu." Mak Bedah memberikan pendapatnya. Mak Temah diam lagi. Mungkin berfikir sejenak.

"Nantilah kak Temah tanya Nab. Takut jugaklah dia tak suka kita buat keputusab meluru." Puan Saleha angguk faham. Mak Temah bangkit dari duduknya. Senduk yang berada ditangannya dihulurkan ke Mak Bedah.

"Kacau jap. Temah nak bincang dengan Nab." Mak Bedah angguk sahaja manakala Mak Temah melangkah menuju ke arah Nabila yang sedang mengisar lada untuk dijadikan sambal.

"Nab.." Lengan Nabila dicuit. Nabila segera menoleh.

"Kenapa, mak?"

"Jom keluar jap. Ada benda mak nak bincang dengan kamu." Nabila mengerutkan dahi. Walaupun begitu, gadis itu menurut sahaja. Langkahnya diatur membuntuti langkah emaknya ke luar rumah.

"Mak Cik kamu..."

"Kenapa dengan mak cik mak?" Belum sempat Mak Temah habiskan ayatnya,Nabila sudah menyampuk. Tak semenanya lengan Nabila ditampat oleh Mak Temah sehingga gadis itu mengaduh kesakitan.

"Mak Cik kamu tu, nak meminang kamu untuk Tuah. Esok nak langsungkan majlis bertunang kalau kamu setuju." Mata Nabila membulat. Nabila terbatuk-batuk ketika tersedak air liur sendiri.

"Mak biar betul?"

"Betullah. Kamu setuju tak?" Nabila diam. Setuju pun tak, membantah pun tidak.

"Orang cakap kalau diam tanda setuju." Mak Temah terus membuat kesimpulan. Sekali lagi Nabila kaget. Eh mak ni, suka hati dia je.

"Nanti Nab fikir dulu. Lepas habis fikir, Nab whatsapp Tuah. Biar Tuah bagitahu mak cik." Nabila menggigit bibirnya setelah melontarkan keputusannya. Mak Temah mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi. Tuah ni biar betik?

Raya Ni Single Lagi Ke?Where stories live. Discover now