Tuah_
Awak, rindu 😋
Nabila menggelengkan kepalanya. Baru je beberapa jam berlalu, pesanan Tuah yang diterima itu mengatakan jejaka itu merinduinya. Mengada! Nabila tidak membalas pesanan WhatsApp itu sebaliknya kembali membasuh pinggan yang bersusun di sinki rumahnya.
Senyumnya langsung tidak lekang dibibir ketika melihat cincin yang terletak elok di jari manisnya. Cantik, sesuai je dengan tangannya. Nabila ingat lagi sewaktu dia menerima jawatan di syarikat itu. Walaupun jawatannya lamgsung tidak ada kena mengena dengan jawatan setiausaha, gadis itu seringkali melakukan tugas-tugas seorang setiausaha.
Itu semua sebah Tuah! Dah ada setiausaha, dibuang kerja atas alasan lambat datang kerja. Aku pulak yang jadi mangsa. Sikit-sikit Nabila, sikit-sikit namanya pasti bergema diruangan pejabat itu.
Wana selalu mengusiknya dengan Tuah disebabkan hal itu. Bila dia suka aku eh? Gumam Nabila sendiri. Telefonnya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk. Nama Wana tertera di skrin telefonnya.
"I kat rumah. Kenapa Wana? Nak datang rumah I? Sekarang you kat mana?" Paip ditutup dan tangannya dilap segera. Lantas sahaja dia berlari anak ke luar rumah untuk melihat dengan mata sendiri samada Wana sudah berada di luar rumah atau tidak. Selalunya raya kedua baru Wana jejakkan kaki ke rumahnya. Raya pertama, lain macam.
"Bell! OMG!" Itu ayat permulaan yang keluar dari mulut Wana. Nabila mengerutkan keningnya. Ada aura aneh mengelilingi sang gadis yang baru sahaja menapak keluar dari perut kenderaannya.
"Apa?"
"Diam-diam ubi berisi eh?" Nabila semakin bingung. Apa kaitan seorang Nbaila dan ubi ni? Tanpa dijemput, Wana menapak masuk ke dalam rumah Nabila. Alah, dah bertahun berkawan, beginilah mereka. Nak tak nak, Nabila mengikuti sahjaa langkah Wana.
"Tell me, bila cinta berputik?" Dengan menjayakan konsep anggap macam rumah sendiri, Wana terus sahaja straight to the point dengan soalannya. Nabila masih bingung dan tercengang. Tadi ubi, sekarang cinta pula. Apa masalah dia ni? Gumam Nabila dalam hati kerana langsung tidak memahami topik yang sedang dikupas oleh Wana.
"You dengan Tuah, bila lagi?" Dengar sahaja nama Tuah, mulut Nabila ternganga. Matanya membulat dan riaksi terkejut dipamerkan kepada Wana.
"Mana you tahu?" Wana senyum sinis lantas sahaja menampar peha Nabila secara perlahan.
"I tengok gambar you dengan Tuah kat Instagram si Tuah. Caption sumpah sweet gila! Tak sangka you dengan dia dah tunang. Ceritalah, sejak bila lagi korang ni?" Nabila semakin kaget. Cepat betul mamat tu buat kerja. Lekas sahaja dia menekup wajahnya yang membahang. Ini baru Wana, macam mana aku nak hadap officemates yang lain? Kepalanya digeleng laju.
"I suruh you cerita, you geleng-geleng kenapa? Cepatlah! I dah lama syak you dengan dia. Tapi bila ingat you selalu kutuk dia, tak mungkinlah. Tapi bila nampak gaya Tuah layan you, sumpah I rasa you dengan Tuah. Tup tup, member tunang. Tak cakap pun.."
"Okay macam ni." Belum sempat Wana habis berceloteh, Nabila terus sahaja mencelah. Tangannya diangkat sambil menarik nafas sedalam boleh. Wajahnya yang membahang dibiarkan dan bibirnya mula bergerak seiring dengan ceritanya dan Tuah meluncur laju.
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
Hài hướcCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.