Nabila mengeluh perlahan. Langkahnya diaturkan ke arah pangkin di hadapan rumahnya yang riuh dengan sepupu-sepupunya yang kecil bermain bunga api. Si ayah dan pemuda sibuk pula menyalakan api untuk membakar lemang dan juga satay. Dari kejauhan Nabila sudah mampu menangkap susuk Tuah yang bertungkus lumus menghimpunkan arang agar mampu mengumpulkan bara yang banyak setelah api dipadamkan.
"Bell!" Panggilnya Tuah secara tiba-tiba apabila matanya terpandang Nabila yang tegak berdiri tanpa riaksi. Panggilannya langsung tidak bersahut. Lantas Tuah mendekati Nabila.
"Bell.."
"Eh Tuah.." Sahut Nabila seraya menunduk. Entah kenapa wajahnya membahang. Kakinya menguis rumput, begitu juga matanya menikus ke bawah. Tidak berani untuk mendongak dan bertentangan mata dengan Tuah.
"Awak okay ke?"
"Hm okay." Sepatah ditanya, sepatah dia menjawab. Tuah mengerutkan dahinya. Perasan dengan kelainan Nabila. Selalunya banyak menjawab, ini senyap aje. Macam ada yang tak kena.
"Serious ni?"
"Hm." Sahut Nabila dengan pendek. Tuah diam. Matanya merenung sahaja gadis di hadapannya. Selama ini, dia hanya mengenali gadis itu sebagai pekerjanya. Sejak dia tiba untuk menghantar paperwork yang banyak kesalahan itu, sejak hari itu juga dia sedar bahawa Nabila sepupunya.
Maklumlah, dah berbelas tahun tidak balik. Kalau balik pun sekejap, mana nak ingat muka masing-masing. Sedikit sebanyak Tuah senang hati. Senanglah dia nak mendekati Nabila apatah lagi mereka mempunyai pertalian.
"Awak tak okay ni? Nak cerita apa-apa tak?"
Nabila diam kali ini. Tidak menjawab sebaliknya hanya menggigit bibir sendiri.
"Bell..."
"Kenapa nak tunang dengan saya?" Setelah lama mengumpul kekuatan, akhirnya soalan itu keluar dari mulutnya. Tuah senyum manis mendengar soalan tersebut. Maknanya ibunya sjdah menjalankan tugas.
"Sebab saya nak kahwin dengan awaklah." Jawab Tuah, sama nada dengan Nabila. Sengaja mengusik sang gadis.
"Ish betul-betullah." Bentak Nabila.
"Is betul-betul dah ni." Sambut Tuah pula. Nabila merengus geram. Karang aku cekik jugak budak nama Tuah ni karang!
"Apa motif awak nak tunang dengan saya?" Nabila masih serious. Kontras dengan Tuah yang senyum hingga ke telinga.
"Sebab saya suka awaklah." Lembut Tuah menjawab. Anak matanya merenung Nabila dengan redup. Nabila terpempan. Jantungnya mula berdegup kencang. Wajahnya kembali membahang.
"Betul-betullah..."
"Saya betul-betul suka awak." Celah Tuah lagi. Nabila menggigit bibirnya. Haduh malunya. Apa aku nak buat ni?
"Sejak bila?"
"Tak tahu. Tapi saya tahu, saya memang suka Nabila." Tanpa pamitan, Nabila mula membuka langkah untuk meninggalkan Tuah.
"Eh nak pergi mana tu? Saya tak habis cakap lagi ni." Disebabkan itu, Nabila kembali melangkah mendekati Tuah. Apa lagi yang dia tak habis cakap ni? Aku dah malu ni. Gumam Nabila dalam hati.
"Apa lagi?"
"Setuju tak jadi tunang saya ni?"
"Tak tahu." Nabila menjawab dengan teragak-agak.
"Boleh tak saya jadi baby sayang awak?"
"Tak tahu." Nabila menjawab dengan jawapan yang sama. Tuah tergelak kecil. Payah betul minah ni.
"Bell, awak suka saya tak?" Nabila diam. Tidak menjawab. Wajahnya semakin terasa panas. Jantungnya rasa nak meletup aje ni.
"Diam tanda suka. Kan, bah?" Tiba-tiba suara Tuah sedikit kuat dan soalan itu diajukan kepada ayahnya Encik Tarmizi. Tak semenanya Nabila mendongak dan ketika itu Pak Ciknya sudah mengangguk sahaja.
"Mengada!" Nabila lantas sahaja berlalu dari situ dengan muka tebal. Malunya bukan kepalang!
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
HumorCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.