DUA PULUH [ENDING]

4.4K 338 78
                                    

Nabila segera merebahkan badannya ke atas katil setelah seharian berpenat lelah melayan tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Tetamu yang hadir bukan sedikit, malah beratus-ratus. Mak Temah memang famous. Kawan dia je dah berapa ramai. Sejak dah reti main WhatsApp makin bertambahlah dia punya kenalan datang rumah. Layan karena si Wana petang tadi lagi penat! Dia pulak yang terlebih bahagia apabila Nabila bercerita tentangnya dan Tuah. Mulutnya masin, katanya!

"ALLAH.." Nabila menggeliatkan badannya. Telefon yang berada di kepala katil diambil dan lama instagram dibuka. Posting pertama yang dia lihat adalah gambarnya bersama Tuah. Sungguh, senyumnya langsung tidak mampu dibendung lagi. Wajahnya terasa membahang ketika melihat gambar itu. Ketika dia senyum manis melihat kamera, Tuah pula senyum manis sambil melirik ke arahnya. Ah sweet!

'Tuhan tolong jagakan dia. Nak dapat bukan main susah. She is the one. First and last in my life. Officially engaged. Sayang, jaga diri. Jumpa nanti!'

Nabila menggigit bibirnya. Wajahnya ditekup dengan bantal dan dia menjerit semahu-mahunya. Sungguh hatinya bahagia dengan posting itu. Takut sangat aku kena rampas ke? Bisiknya dalam hati. Sempat gadis itu berguling ke kanan dan ke kiri dengan hatinya yang berbunga setaman.

"Kak Ngah!" Tiba-tiba telinganya dapat mendengar satu suara memanggil namanya. Lantas sahaja dia bangkit dan mencari empunya suara. Kelihatan Imah sudah berada dimuka pintu. Nabila lantas menjungkitkan keningnya sebagai ganti 'ada apa?'.

"Abang Tuah accident. Kereta abang Tuah langgar divider dan jatuh dalam gaung." Beritahu Imah sebelum tangisnya pecah. Nabila diam tidak menjawab. Otaknya masih lagi mencerna setiap bait yang keluar dari mulut Imah.

"Accident? Siapa?" Tanya Nabila tergagap-gagap. Walaupun nama Tuah sudah disebut, namun gadis itu bertanya sekali lagi untuk menyedapkan hatinya. Tak mungkin.

"Abang Tuah. Sekarang diorang kat hospital. Abang Tuah... abang Tuah paling kritikal. Masih dalam operation room. Adik-adik abang Tuah yang naik kereta dengan abang Tuah pun tak sedarkan diri." Nabila menggelengkan kepalanya. Matanya mula berkaca-kaca. Hatinya langsung menidakkan informasi yang baru sahaja diterima. Tak mungkin! Pagi tadi baru aku lihat senyumnya. Pagi tadi baru dia cakap, see you when I see you. Empangan air mata Nabila langsung tidak tertahan lagi.

"Mak mana?" Lekas Nabila melangkah keluar dari biliknya sesudah menyarung tudung dikepalanya. Kelibat Mak Temah dicari.

"Mak!" Langkahnya diatur ke dapur. Kelihatan Mak Temah, Mak Bedah dan yang lain sudah berkumpul diruangan dapur. Masing-masing dengan deraian air mata. Nabila meneguk liur. Lantas gadis itu mendekati emaknya.

"Mak, Tuah kat mana sekarang?"

"Nab.." Mak Temah segera memeluk Nabila dengan erat. Begitu juga dengan Mak Bedah. Nabila semakin tidak sedap hati.

"Tuah dah takde, Nab. Tuah dah takde." Bisik Mak Temah perlahan. Mendengarkan khabar itu, lutu Nabila mula longlai. Terus gadis itu jatuh terjelepok ke atas lantai. Terasa dunia berhenti seketika. Nafasnya semakin lemah.

"Mak... Tak mungkin.." Bisik Nabila seraya menggeleng. Cincin di jarinya direnung dengan air mata yang mengalir laju membasahi pipinya. Mak Temah memeluk Nabila semakin erat. Tangisnya turut menggila melihat tangis Nabila. Berat dugaan Nabila. Nabila masih dalam penafian.

Pagi tadi, dia baru sah bergelar tunang Tuah Zaim. Pagi tadi, semua berjalan dengan lancar. Pagi tadi semuanya bahagia, termasuklah Tuah yang senyumannya yang langsung tidak pudar dari bibirnya. Pagi tadi, baru dia pesan jangan rindu sangat. Semuanya baik-baik sahaja pagi tadi.

"Mak, Tuah okay kan? Tuah okay kan, mak?" Mak Temah menggeleng, sesaat itu selepas itu Nabila semakin sebak. Gadis itu menangis teresak-esak dalam pelukan emaknya. Meraung dek tidak mampu menerima kenyataan. Otaknya masih lagi tidak mahu memproses kenyataan itu. Baginya, memori pagi tadi menyebabkan hatinya utuh dengan kenyataan Tuah masih hidup.

"Tuah dah takde, Nab. Tuah dah takde." Nafas Nabila semakin lemah. Dunianya semakin kelam dan tidak lama selepas itu, dunia Nabila gelap. Nabila pengsan dek sesak nafas.


THE END

Promote;

We All Lie - 

Raya Ni Single Lagi Ke?Where stories live. Discover now