Nafasnya dihembus kuat setelah mennyelesaikan ayat terakhirnya. Dia membaca segalanya dalam sekali imbas sebelum mengukir senyum. Berpuas hati dengan kerjanya. Turut berpuas hati dengan otaknya yang mampu function saat-saat kesusahannya. Kalau tak function, mampuslah aku mati kutu kat sini, tak sempat balik rayalah gamaknya.
"Okay, print." Bisiknya. File diemailkan ke emailkannya sendiri sebelum berlalu ke ruang fotostat dan print. Komputer yang berada di sana dibuka dan file sebentar tadi diprint. Banyak jugaklah sehingga dia sempat berangan balik kampung. Hampir tiga bulan tak balik kampung menyebabkannya beria untuk pulang ke rumah ibu bapanya kali ini. Tambahan pula untuk raya, memang excited lah cerita dia. Senyumnya lantas terukir ketika membayangkan wajah sang ibu dan ayahnya.
Rindu!
"Oi!" Segera Nabila kembali ke dunia nyatanya. Matanya terbuntang ketika melihat Tuah berada di hadapannya.
"Bos nak apa lagi?" Tanyanya dengan riak menyampah. Dalam banyak-banyak pekerja, Nabila satu-satunya pekerja yang berani mengekspresikan setiap emosinya. Kalua tak suka, dia tunjuk riak tak suka. Kalua menyampah, terpampang dengan jelas riak menyampah di wajahnya. Kalau kerja tak bagus, dah lama dah kena buang kerja. Gumam Tuah dalam hati.
"Baby sayang awak tu.. Saya ke?" Keningnya dijungkitkan dengan senyum sinisnya terpampang. Alamak! Alamak! Apa aku nak jawab ni? Dia tahu ke selama ni aku mem'baby sayang'kan dia? Nabila mula cuak. Segera dia cuba menjawab pertanyaan tadi dengan ketawanya. Ketawak tak ikhlas, ketawa terpaksa kata orang!
"Mind to answer?"
"Bos salah dengar ni. Saya selalu berbaby sayang dengan Wana. Bukan bos. Jangan perasan boleh tak?" Ayat cover line yang berapa cerdik keluar dari mulutnya. Mohonlah bos percaya. Tuah gelak mengejek. Haih, macamlah aku tak dengar korang selalu baby sayangkan aku. Bentaknya dalam hati.
"Bukan saya?"
"Ish bos ni. Kenapa nak tahu? Sibuk je. Suka hatilah sayalah nak baby sayangkan siapa sekalipun. Dengan bos ke, dengan mat dispatch ke atau dengan sesiapa pun." Dek terlalu sebal, berjela-jela ayat membela diri keluar dari bibirnya. Lekas Nabila mengambil bahan yang telah siap diprint dan mula berlalu pergi. Taubat, lepas ni aku tak main-main panggil dia baby sayang lagi. Bisik Nabila seraya mengurut dadanya.
"Bell!"
"Apa lagi bos?"
"Jangan lupa check paperwork tu. Saya tak nak ada typo mahupun kesalahan major dalam tu. Kalau ada saya cari awak sampai kampung awak." Nabila menggenggam tangannya. Bersabar. Nabila, puasa ni. Pahala sabar banyak ni.
"Baik." Baby sayang paling annoying! Sambung Nabila dalam hati. Hatinya sudah membara namun bibirnya masih mampu mengukir senyuman. Takpe Nabila, lepas ni kau tak jumpa dia dah. Balik raya seminggu tanpa tengok muka dia. Sabar!
"Atas meja, before 5 tau."
"Baik bos." Segera dia melangkah ke mejanya untuk mengepilkan kesemua kertas menjadi satu bahan. Dek wajahnya yang terlalu ketat, Wana tidak berani untuk menegurnya. Kalau dah krisis dengan baby sayang dia tu, mana boleh tegur. Dengan dia sekali jadi singa betina! Seram oi.
"Wana, pastikan semua kerja siap before 5 tau. I tak nak kita lewat." Wana angguk laju. Setelah mendapat jawapan dari Wana seegra dia melangkah menuju ke bilik bosnya. Nama Tuah Zaim bin Tarmizi dibaca sekali lagi sebelum pintu itu diketuk.
"Bos.." Nabila melangkah masuk dan meletakkan bahan itu ke atas meja Tuah.
"Done?"
"Done!"
"By the way, Mira Faizah said baby sayang more mengancam dari awak. Awak macam ganas sikit." Lantas Tuah mengenyitkan matanya dengan pakej senyum sinisnya. Nabila mengetap bibirnya. Karang kalau biji mata Tuah lebam, jangan salahkan aku!
"I don't care. Kerja saya dah settle. Bye bos. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Jumpa dua minggu lagi." Nabila turut mengukir senyum sinis. Ingat dia sorang je yang reti. Setapak demi setapak langkahnya diatur menuju ke luar bilik itu.
"Hati-hati baby sayang! Drive elok-elok. Kirim salam mak." Nabila menghentikan langkahnya. Tuah ni buang tebiat ke? Lantaklah. Langkahnya diatur menuju ke tempatnya.
"Apa kes dia panggil you baby sayang? You ada ap-apa ke?" Wana mendekati Nabila dengan matanya yang membulat.
"Bos you tu dah mental agaknya sekarang. Mungkin lapar sangat, tu yag jadi lagu tu." Nabila menggelengkan kepalanya dan kembali menatap skrin komputernya. Soft copy file tadi dihantar ke email Tuah. Tuah sangat tidak suka andainya hard copy sahaja yang sampai ke tangannya, soft copy mesti ada sekali. Pakej katanya.
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
HumorCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.