Keretanya parkirkan di hadapan rumah. Sekitar rumah yang masih gelap diperhati. Rindunya. Senyumnya melebar sambil mengerling ke arah jam di dashboard. Pukul 5 pagi, patutlah senyap. Masing-masing masih terbongkang barangkali.
Nabila meregangkan badannya, sungguh perjalanan selama 6 jam melenguhkan segala urat sendinya. Nasib baik apply cuti awal. Kalau lambat mahu kena redah jammed pulak. Setelah menghantar Wana ke rumahnya di kampung sebelah, Nabila terus memandu pulang.
"Assalamualaikum." Laung Nabila. Lampu dapur nampak menyala, mungkin ibunya sudah bangkit menyediakan hidangan sahur. Tidak sampai beberapa saat, lampu luar rumah terbuka dan pintu rumah turut dibuka.
"Ya ALLAH anak mak dah balik." Lantas Puan Fatimah a.k.a Mak Temah mendekati Nabila dan memeluknya. Nabila turut membalas erat pelukan maknya.
"Rindu mak." Adu Nabila.
"Mak pun rindu kau, Nab. Lama dah kau tak balik." Mereka masih dengan adegan peluk-memeluk itu. Masing-masing melepaskan rindu yang menggunung. Tidak sedar ada yang memerhati di muka pintu.
"Emaknya, sudah-sudahlah tu. Sahur dah nak habis ni." Nabila mendongak, lantas wajah ayahnya kelihatan.
"Ayah, Nab rindu ayah!" Pelukan maknya dileraikan lalu langkahnya diatur menuju ke arah ayahnya. Pak Nuh hanya menggeleng sahaja melihat telatah anaknya itu. Macam-macam.
"Dah-dah. Jom sahur. Habis sahur karang. Temah, kejutkan anak-anak awak yanh lain. Saya kejut diorang bukan bangun." Mak Temah akur sahaja. Nabila pula mengangkat segala begnya dari dalam perut kereta dan dialihkan ke dalam biliknya. Kelihatan dua orang adik perempuannya sedang terbongkang tidur. Haih tak senonoh.
"Nina, Imah, bangun! Sahur." Kejut Nabila sambil menggoncangkan bahunya. Suara lembut Nabila langsung tidak mengganggu tidur nyenyak mereka.
"Nina! Imah! Bangun. Karang kak ngah siram dengan air kang!" Suara Nabila sudah meninggi. Tidak sampai beberapa saat, Nina dan Imah bangkit dari tidurnya dengan muka cuak. Takut disimbah dengan air kut.
"Eh kak ngah bila sampai?" Tanya Nina dalam keadaan mamai.
"Baru je. Jom sahur." Nina dengan Imah menganggukkan kepala mereka sebelum melangkah ke bilik air untuk membasuh muka dan menggosok gigi masing-masing.
"Kak Ngah balik dengan siapa?" Imah yang baru sahaja keluar dari bilik air, meluru ke arah kakaknya itu. Tangan dihulur dan mereka bersalaman.
"Sorang jelah. Nak balik dengan siapa lagi?"
"Manalah tahu, tahun ni bawak balik pakwe ke." Canda Imah sambil tersengih-sengih.
"Merepek. Pakwe takde."
"Raya tahun ni single lagi lah?" Celah Nina yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil mengelap wajahnya.
"Hm singlelah nampaknya." Mereka masing-masing ketawa sebelum menapak keluar ke dapur. Sempat mereka bertembung dengan Hairul dan Akiff, adik-adik lelaki Nabila.
"What's up ngah?"
"Nothing is up!" Hairul menyalami tangan Nabila. Begitu juga dengan Akiff.
"Buat apa lagi tu? Meh sahur!" Suara Mak Temah sudah memwtir dari dapur. Laju sahaja mereka melangkah menuju ke dapur. Kalau dah suara Mak Temah kuat lagu tu, memang nayalah kalau tak ke dapur sekarang.
Bila fikir balik, Tuah dengan mak aku ni ada kaitan ke? Sama je perangai. Omel Nabila dalam hati.
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
HumorCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.