Bangun sahaja dari lelapnya, Nabila berlalu ke luar rumahnya. Suasana pagi yang damai itu menyenangkan hatinya. Udara segar dihirup sepuasnya. Rindunya!
"Nab, bila balik?" Eh siapa pulak? Segera Nabila menoleh ke kiri. Mak Bedah sudah duduk di pangkin di hadapan rumahnya. Nabila senyum lalu mendekati Mak Bedah sambil menyalami tangannya.
"Mak long, bila lagi ada sini?" Tanya Nabila sekadar berbasa-basi.
"Mak long sampai 2 hari lepas dengan Mak Ngah kamu. Tahun ni kan, semua raya kat sini." Nabila mengangguk. Tiba-tiba mata Nabila membuntang.
"Semua? Anak-anak mak ngah dengan mak long sekali?"
"Yelah. Keluarga Pak cik dengan Pak lang kamu sekali. Walaupun nenek dah tiada, kami masih lagi nak beraya sama-sama."
"Raya sakanlah kita tahun ni mak long? Semua raya sini, meriahlah." Nabila menguntum senyum. Senang dengan adik-adik beradik ibunya yang masih lagi mengamalkan tradisi raya bersama walaupun nenek sudah tiada. Mereka diam seketika, menikmati udara pagi yany sejuk itu.
"Eh siapa tu mak long?"
"Oh tu tunang Farisya. Tahun ni katanya nak try beraya kat kampung. Orang bandar."
"Farisya?"
"Haa Farisya. Yang sebaya dengan kamu tu." Apabila wajah Farisya yang ayu itu terlintas dibenaknya, Nabila lantas mengangguk. Dah tunang dah dia. Untunglah.
"Nab bila lagi?"
"Eh Nab lambat lagilah mak long." Nabila pura-pura ketawa. Inilah topik paling tak best. Sejak dahkerja ni, kerap pulak soalan ini keluar.
"Jangan lambat-lambat. Kita ni, makin hari bukan makin muda. Makin tua." Nabila mengiyakan saja. Bukan aku yang tak nak, jodoh tu yang tak kunjung tiba lagi. Omel Nabila dalam hati. Walaupun sebal, senyum tetap mekar dibibir.
"Atau kamu nak mak long carikan? Mak long ada ramai kawan yang ada anak-anak bujang...."
"Hehe takpelah mak long. Nab tak nak susahkan mak long." Nabila sudah meraung dalam hati. Tolonglah, taknaklah kenen-kenen ni.
"Ish apa Nab ni, tak susahkan mak long pun. Kerja senang je tu." Nabila sudah tidak keruan. Nak diluah mati mak, disimpan mati bapak. Tiba-tiba muncul sebuah kereta di perkarangan rumahnya. Nabila sudah mengerutkan dahinya.
Eh siapa pulak guna kereta mewah ni? Pak cik ke? Pak lang ke?
"Assalamualaikum." Ketika empunya kereta keluar dari perut kereta, mata Nabila terbuntang. Mulutnya ternganga. Jantungnya bagaikan ingin meletup.
"Bell, hai!" Dia senyum sambil menjungkitkan keningnya. Nabila masih tidak percaya dengan kehadiran jejaka itu. Aku mimpi ke? Lekas pipinya ditampar beberapa kali.
Tak mungkin!
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
ComédieCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.