TIGA BELAS

3.3K 413 40
                                    

Nabila tersenyum sendiri ketika menatap langit yang sudah dipenuhi dengan bunga api yang berwarni warni setelah takbir raya bergema di seluruh pelusuk kampungnya. Sedari tadi, peristiwa pada pagi tadi bermain dibenaknya.

"Kenapa awak tak cakap je saya suami awak?"

"Lah, takkan saya nak bohong. Bos tu bos saya. Takkan saya nak mengaku suami saya pulak." Bahas Nabila. Wajahnya sudah membahang dan jantungnya berdegup kencang. Pehal nak suruh mengaku suami bagai?

"Saya jealouslah. Pekerja lelaki sebelah tu, asyik usha awak je." Balas Tuah sambil memuncung.

"Tiber." Jawab Nabila walaupun jantungnya sudah mahu meletup. Bos, tolonglah behave. Jangan macam ni. Gumam Nabila sendiri.

"Apa tiber-tiber? Tak kira, saya jealous jugak." Kini, Tuah berpeluk tubub pula. Wajahnya sudah masam mencuka. Nabila buat donno walhal wajahnya sudah memerah. Langkahnya diatur menuju ke deretan baju melayu saiz dewasa yang berada tidak jauh darinya.

"Baju nak warna apa?"

"Emerald green macam awak. Nak sedondon macam awak." Tuah menjawab dengan dingin. Masih memuncung tanda protes hal tadi. Nabila masih buat derk. Gadia itu pura-pura sibuk memilih baju yang sesuai untuk Tuah.

"Bos saiz apa?"

"Tak nak jawab. Panggil Tuah dulu baru saya jawab. Takpayah panggil bos."

"Awak saiz apa?" Nabila ikutkan sahaja permintaan Tuah itu. Mendengarkan saaja perkataan awak keluar dari mulut Nabila, segera senyum simpul menghiasi bibir Tuah.

"Tak nak jugak. Panggil baby sayang, baru saya jawab."

"Hah gedik. Cari sendirilah. Malas layan." Nabila berura-ura untuk berlalu dari situ sebelum Tuah menghalang laluannya.

"Okay gurau-gurau."

"Cuba cari saiz M dengan L. Nanti saya try." Nabila mencebik. Nak tak nak, gadis itu akur dengan arahan bosnya.

"Yang ni okay?"

"Tak sama dengan awak."

"Yang ni?" Nabila menunjukkan baju melayu yang seakan sama dengan warnanya. Tuah berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju.

"Pergi fitting. Saya nak tengok." Arah Nabila pula kali ini. Tuah menurut sahaja. Beberapa minit kemudian, Tuah muncul dengan memakai baju melayu itu. Handsome. Detik Nabila. Matanya tidak kalih dari terus merenung jejaka di hadapannya.

"Handsome kan baby sayang awak ni?" Keningnya dijungkitkan dengan senyum manis terukir dibibirnya. Nabila tergelak kecil sebelum mengangguk perlahan.

"Handsomenya Tuah.." Tiba-tiba ada suara lain bergema diruangan itu. Nabila dan Tuah sama-sama menoleh ke arah empunya suara. Asha sudah berada berdekatan dengan senyum menggodanya.

"Asha pun emerald green jugak tahun ni. Sedondonlah kita." Tanpa dipinta Asha memberitahu warna baju rayanya dengan teruja. Matanya bersinar, mungkin dalam hatinya mengatakan bahawa mereka mempunyai jodoh yang kuat.

"Handsome kan saya, Asha?" Asha angguk laju. Mengiyakan kata-kata Tuah. Tuah segera merenung Nabila.

"Tengok tu sayang, Asha cakap saya handsome. Untunglah awak ada saya yang handsome ni." Tuah mengenyitkan matanya ke arah Nabila. Nabila terpempan.

Sayang? Liurnya diteguk perlahan.

"ALLAH!" Nabila tersedar dari lamunannya ketika bunyi mercun meriam buluh bergema di kampungnya. Segera matanya melilau di sekeliling. Sekali lagi dia terkejut ketika melihat Tuah berada disebelahnya.

"Awak dah nak balik dah?" Tuah angguk.

"Kenapa? Tak nak bagi saya balik ke?" Tanya Tuah sekadar bercanda. Nabila menggeleng laju. Menidakkan kata-kata Tuah.

"Nanti jangan lupa datang beraya rumah saya tau. Saya tunggu awak datang." Balas Nabila, cuba menukar topik. Belum sempat Tuah memberi respon kepada bicara Nabila, dua buah kenderaan tiba di hadapan rumahnya. Itu pasti Pak Lang dengan Pak Cik. Detik hati Nabila.

Ketika mereka keluar dari kenderaan, dengan selamba Tuah mendekati Pak Cik a.k.a Encik Tarmizi dan bersalaman dengannya. Selepas itu, mereka berpelukan seakan lama tidak bertemu. Seterusnya Tuah bergerak bersalaman dengan Pak Lang a.k.a Emcik Tajuddin dan anak-anak mereka. Haish, macam dah kenal lama. Bagus betul Tuah ni.

Suasana di hadapan rumah Nabila sudah riuh rendah apabila Mak Long dan Mak Ngah turut berada di situ. Masing-masing bersalaman dan bertukar khabar.

"Saya tak jadi baliklah." Tiba-tiba Tuah mendekati Nabila.

"Eh kenapa?" Berkerut dahi Nabila memikirkan alasan yang logik.

"Family saya nak tidur sini." Jawab Tuah lagi. Nabila semakin tercengang. Tuah ni miring ke? Siapa family dia?

"Mana family awak?"

"Tu, Pak Cik awak tu, ayah saya." Tuah mengenyitkan matanya. Mulut Nabila ternganga. Kalau Encik Tarmizi ayah Tuah, maknanya Tuah adalah sepupunya. Mulut Nabila ternganga. OMG! Apakah ini?

"Ya ALLAH, Tuah! Bertuah punya Tuah! Kenapa tak cakap awal-awal, kamu anak Mizi? Dah besar budak ni. Tak kenal dah aku." Bebel Mak Bedah sambil menepuk bahu Tuah. Tuah hanya tersengih-sengih. Mak Temah turut terperanjat dengan perkhabaran itu. Bertuah sungguh!

Tuah Zaim adalah sepupu aku? Bos ni memang!

----

How?

Raya Ni Single Lagi Ke?Where stories live. Discover now