Sebal dengan ibunya yang tiba berbaik hati mengajak Tuah menginap di rumahnya pada malam ini, Nabila turun lewat sedikit di dapur. Dapurnya sudah riuh dengan semua saudara maranya termasuklah seorang Tuah Zaim disitu.
Macam family sendiri nampak. Kutuk Nabila sendiri. Nabila jungkitkan bahunya sebelum berlalu mendekati adik-adiknya yang sedang mengupas bawang. Tanpa banyak songeh Nabila ambil pisau yang berdekatan lalu mengupas bawang untuk penyediaan juadah berbuka puasa nanti.
Dah macam kenduri dah. Besar betul keluarga si Nabila ni.
"Kak ngah..."
"Hm. Kenapa?"
"Abang Tuah tu bos eh?"
"Yelah bos. Kenapa?"
"Imah fikir pakwe. Handsome." Puji Imah sambil tersipu malu. Matanya sempat melirik ke arah Tuah yang sedang menyiang ikan. Heh pandai pulak. Aku fikir mamat ni mamat bandar. Kutuk Nabila dalam hati.
"Bukan. Pakwe kak ngah handsome lagi." Angkuh jawapan keluar dari mulut Nabila. Imah dan Nina sudah tayang muka menyampah.
"Tuah!" Tiba-tiba suara Mak Bedah memenuhi ruangan itu. Tuah yang sedang bertungkus lumus menyiang ikan lekas menoleh.
"Inilah Asha yang mak long nak kenalkan tu." Nabila menepuk dahinya. Tak semenanya wajahnya membahang. Malu barangkali dengan sikap emak saudaranya itu. Asha yang berada di sebelah Mak Bedah turut direnung. Senyum tersipu malu hengko.
Aku pulak yang malu ni apahal? Nanti apa bos fikir pasal keluarga aku ni?
"Hai Asha." Sapa Tuah selamba dengan mengukir senyumnya.
"Tengok tu kak ngah. Handsome!" Nina mencuit peha Nabila.
"Mood baiklah handsomelah. Mood menyinga, macam set... Ish, sesungguhnya aku sedang berpuasa." Nabila cuba untuk tidak mengata bosnya. Haih dah banyak mana dosa kering aku kutip hari ni semata-mata mengutuk si Tuah tu. Nabila bermonolog panjang.
"Nabila!" Tiba-tiba telinga terdengar satu bisikan yang menyeru namanya. Dia menoleh ke kiri, hanya Nina. Kali ini Nabila menoleh ke kanan pulak.
"ALLAHHH!" Gadis itu beristighfar panjang sambil berganjak ke belakang dek terkejut melihat Tuah berada disebelahnya.
"Baca whatsapp." Usai itu Tuah berlalu meninggalkan Nabila dan kembali ke tempat asalnya. WhatsApp? Nabila menggagau ke dalam poket seluarnya. Aplikasi WhatsApp dibuka.
"Bell, tolong saya? Bos nak suruh tolong apa pulak ni?" Nabila melirik ke arah Tuah dan kebetulan Tuah juga sedang merenungnya.
Nabila_
Tolong apa boss?Tuah
Saya seganlah dengan Asha ni.
Lah pulak? Segan dengan Asha pun nak bagitahu aku ke? Omel Nabila lagi.
Nabila_
So?
Tuah
Malu.
Nabila_
Gedik amat.
Tuah
Kalau dengan awak, saya tak malu.
Nabila_
Apa kaitan dengan saya?
Tuah
Payah fahamlah awak ni Nab eh Bell.
Btw, disebabkan saya tak sempat balik rumah saya, teman saya beli baju raya.
Boleh?
Nabila_
Tak nak.Tuah
Gaji double bulan ni.Nabila_
Okay cun.Bila?
Tuah
Esok.
Nabila_
Deal.
Beralih sahaja matanya dari kaca skrin telefon, Nabila kantas melirik ke arah Tuah sambil mengangkat ibu jarinya. Begitu juga dengan Tuah.
"Ehem. Main isyarat pulak dengan abang Tuah. Ish, jelous kita." Celah Nina seraya tergelak kecil dengan kakaknya, Imah.
"Korang ni, tak habis-habis!"
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
ComédieCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.