"Kita tunang sekejap ajelah, Kak Temah. Raya haji nanti kita kahwinkan diorang. Nabila, Tuah, setuju kan?" Mata Nabila membulat. Weh sumpah cepat gila. Lantas sahaja mata Nabila beralih ke arah Tuah. Saat itu, mata mereka bertembung. Nabila lantas sahaja menunduk dan tersipu malu. Tuah pula senyum nipis sambil menggeleng perlahan. Nabila tak pernah gagal menghiburkan hatinya.
"Tuah boleh aje ibu. Tuah dah ready dah. Kalau Nabila nak kahwin esok pun, Tuah setuju." Jawab Tuah dengan nada bercanda. Wajah Nabila semakin memerah dan jantungnya berdegup kencang manakala yang lain ketawa hingga rumah bergegar. Weh kelakar ke?
"Nab, macam mana?" Mak Temah mencuit Nabila yang berada disebelahnya. Nabila menggigit bibirnya sebelum mengeluh perlahan.
"Kalau mak setuju, Nab setuju." Sahut Nabila perlahan. Mak Temah mengangguk dan tidak sampai sesaat kemudian, suara Mak Temah lantang mentuarakan apa yang Nabila sampaikan.
"Kalau macam tu, kira jadilah ya? Alhamdulillah. Syukur ALLAH permudahkan urusan kita hari ni." Balas Encik Tarmizi pula. Masing-masing memanjat syukur sebelum kembali ke mood hari raya. Mereka bersalam-salaman memohon ampun dan maaf sebelum menjamu selera.
Nabila masih tidak percaya. Cincin yang berada ditangannya direnung. Jadi raya ni, aku tak single dah kan? Gumam Nabila dalam hati.
"Cantik tak cincin tu?" Tiba-tiba sstu suara menyapa gegendang telinganya. Tuah sudah melabuhkan punggungnya disebelah Nabila. Haa sudah. Jantung Nabila kembali berdegup kencang. Handsome pulak!
"Cantik." Jawab Nabila pendek.
"Awak pun cantik hari ni." Straight forward betullah Tuah ni. Memang takde kias! Nabila menunduk, tersipu malu.
"Jadi tunang saya baru tahu malu eh? Selama ni selamba je." Sempat jugak Tuah menyakat Nabila sehingga gadis itu mendongak dan membulatkan matanya. Tuah mengekek melihat riaksi yang diterima.
"Mengata eh? Takpe takpe. Hari ni, hari awak. Nanti-nanti hari saya." Balas Nabila sambil memuncung.
"Eh mana ada hari awak dah. Hari kita berdualah pulak." Sambung Tuah lantas menjungkitkan keningnya. ALLAH.. Hati sila behave. Nabila memujuk hati sendiri. Nabila tidak membalas sebaliknya kembali tertunduk. Entahlah, malu!
"Bell, thank you sudi terima saya."
"Awak pun thank you sebab pilih saya." Tuah angguk perlahan. Jelas terukir senyum bahagia diwajahnya.
"Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan awak. Tak sabar. Lambat sangat raya haji ni." Nabila mengerutkan keningnya. Heish bang, tak sabar-sabar nampak.
"Saborlah bang. Tampo kang!" Balasan Nabila menyebabkan tawa Tuah terhambur. Terhibur barangkali. Bahagia sungguh.
"Haa eloklah tu. Duduk elok elok sikit. Nina nak ambik gambar ni." Tiba-tiba suara Nina mencelah. Nabila dan Tuah saling berpandangan sebelum menurutkan sahaja permintaan Nina.
"Nina, japgi gambar tu bagi kat abang eh? Nak simpan letak dalam frame. Nak post kat instagram sekali." Nina mengangguk perlahan. Nabila sudah tak tenang. Biar betul Tuah ni? Dahlah semua pekerja dia follow dia. Habislah!
"Bos nak pos kat instagram?"
"Siapa bos?"
"Awak nak pos kat instagram?"
"Siapa awak?"
"Babysayang... nak post kat instagram ke?" Nabila menggigit bibir. Ish aku tampo kang. Nasib baik handsome. Gumam Nabila lagi.
"Haah. Tak nak orang kacau awak dah. Awak, saya punya." Jawab Tuah lalu menghadiahkan senyum manisnya kepada Nabila. Habislah hengko, Nab!
YOU ARE READING
Raya Ni Single Lagi Ke?
HumorCerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.