Badan yang lesu dibaringkan diatas katil. Sebelah lengan dibawa ke dahi dan sebelah lagi ke atas perut. Chandelier besar berbentuk bunga mawar yang tergantung disiling bilik beradunya ditenung penuh minat.
"Rose Dahlia.." Sudah dua malam nama itu meniti dibibirnya tanpa rasa muak. Walaupun baru saja dia mengenali gadis itu tetapi dia berasa amat selesa dan gembira apabila berada berdekatan Dahlia.
Pada diri Dahlia ibarat terdapat satu magnet yang sentiasa menarik dirinya untuk terus pergi pada gadis jelita itu.
"Bonda..apa dah jadi pada Rique? Kenapa Rique rasa macam ni padahal sebelum ni tak pernah wujud pun rasa ni?" Dada kirinya disentuh. Jantungnya automatik akan berdetak laju apabila memikirkan Dahlia. Sungguh, gadis itu telah berjaya membuatkan dirinya angau.
Tok tok!
Pintu biliknya kedengaran diketuk dari gerangan luar."Come in!" Dia sedikit menjerit kerana pintu bilik itu beberapa kaki agak jauh dari katilnya. Dia duduk bersila setelah memastikan siapa gerangan itu.
"Buat apa ni hm?" Princess Alice melabuhkan punggung diatas katil. Lengan satu-satunya adiknya itu digosok-gosok lembut. Dia biasa dikenali dengan sifat penyayang.
"Kanda..salah ke kalau orang macam kita ni nak berkawan dan bercinta dengan orang biasa?" Berkerut dahi Alice mendengar soalan adiknya sebelum ketawa halus terletus dibibirnya.
"Kenapa? Dah ada yang melekat ke?" Adrique mengangguk perlahan tanpa memandang wajah kakaknya. Dia hanya menunduk melihat cadar putih yang membalut tilam itu.
"Siapa gadis yang bertuah sangat tu?" Lembut saja suara Princess Alice menyapa gegendang telinganya.
"Rose Dahlia. Rique baru je kenal dengan dia malam kelmarin dekat night market tu. Tak tahulah pula sampai boleh jatuh hati pada dia. Tolong jangan bagitahu ayahanda pasal ni ya?" Alice mengangguk tanpa mengurangkan sedikit pun senyumannya.
"Pernah ke kanda bagitahu setiap kerja 'gila' Rique pada ayahanda? Tak pernah kan? No worries, all your secrets will be safe in my pocket." Adrique menayang sengih pada gadis didepannya. Princess Alice selalu memahaminya tidak seperti ayahanda yang sering membangkang setiap perkara yang ingin dilakukannya.
Sifat dan wajah Princess Alice mengingatkannya pada bonda yang juga sewaktu dulu hanya seorang rakyat biasa. Bonda ialah seorang penyayang, memahami, lemah-lembut dan suka bergurau-senda.
Walaupun Tuhan telah mengambil nyawa bondanya tetapi Tuhan telah menggantikan semula tempat ratu hatinya dengan mengurniakan seorang kakak yang begitu mirip wajah dan sifat dengan Permaisuri Rose An'nisa.
Benarlah, Allah bijak merancang dan Allah juga bijak menentukan.
....................
Dahlia meletakkan beg kerjanya diatas meja kerja kepunyaannya manakala beg kertas berisi sepasang kasut sukan putih berjenama Nike disumbat ke dalam laci terbuka dibawah mejanya.
Dia duduk diatas kerusi pejabat lalu laptop miliknya dibawa keluar dari beg. Alat itu dibuka lipatannya kemudian dihidupkan. Dia perlu mengubah sedikit ayat yang telah dibina semalam supaya tampak lebih gramatis untuk diletakkan didalam majalah.
"Dahlia!!" Terhinjut bahunya dengan jeritan suara pecah itu. Jelingan maut diberikan pada gadis yang berada dimuka pintu biliknya.
"Apa?" Kasar dia bertanya sebelum kembali menyambung menaip dipapan kekunci laptop.
"Betul ke weh?" Teruja Aida bertanya sambil berjalan mendekati rakannya.
"Apa yang betulnya?" Acuh tak acuh saja Dahlia melayan. Dia sudah dapat teka apa sebenarnya yang ingin ditanya Aida.
"Betul ke aku nampak Prince Adrique dekat pasar malam tu? Ke aku mimpi?" Dia menggolekkan bebola mata. Mengada betul si Aida ni. Mimpi apa ke bendanya?
"Hm betullah tu. Kau pun satu, over betul sampai pengsan tengok dia. Buat malu sajalah kau ni. Tak pasal-pasal bodyguard dia yang angkat kau masuk dalam kereta." Mulut Aida ternganga. Terkelip-kelip matanya tidak mempercayai apa yang telah berlaku 2 hari lepas.
"Kau..kau biar betul? Si mamat mata sepet tu angkat aku? Ya Allah..malunya!! Dahlah berat aku 51 kilo. Nak dietlah lepas ni." Dahlia memulas isi lengan rakannya sehingga berkerut wajah Aida.
"Eii gatal! Habis tu, lepas kau dah habis diet, kau nak suruh si sepet tu dukung kau hari-harilah?" Memuncung mulut Aida semuncung tudung bawalnya yang tidak terbentuk hari ini. Saja nak buat hal tudung ni!
"Mana ada.." Dia mengambil tempat dimejanya. Kerja yang akan dibuatnya juga sama seperti Dahlia tetapi yang lain sikitnya adalah dia perlu mengedit gambar. Dahlia pula mengedit ayat.
"Suka dapat jumpa Prince Adrique depan mata?" Matanya yang dari tadi menumpu pada dada skrin laptop itu lantas mendongak wajah memandang Dahlia didepan.
"Ehh mestilah suka! Pertama kali dalam hidup aku tau dapat jumpa dia face to face. Biasanya tengok gambar dalam instagram dia saja." Dahlia mengecilkan matanya melihat Aida.
"Kau selalu stalk dia eh? Aku nak bagitahu dia nanti." Laju Aida menidakkan padahal hari-hari tenung anak teruna orang itu.
"Eh kejap! Kau cakap apa tadi? Kau nak bagitahu dia nanti? Dia nak jumpa kau balik ke?" Dahlia mengemam bibirnya. Kantoi sudah.
"Err..tak tak! Bukan..maksud aku, aku direct message lah dia nanti dekat instagram. I'll tell him everything about you. Aku akan cakap yang kau selalu stalk dia, angaukan dia dan aku akan bagitahu juga yang kau pernah dm dia tapi dia tak reply." Aida membulatkan matanya sambil mengacip gigi.
"Kau..kalau kau bagitahu semua tu pada dia, sumpah aku akan cekik kau hidup-hidup!" Dahlia membalas amaran rakannya dengan menjelirkan lidah.
"Ada aku kesah?" Sebelah kening diangkat bersama muka yang paling menyakitkan hati. Dia mengangkat punggung lalu keluar dari ruangan itu untuk membuat air di pantry.
"Dahlia!!" Aida menempik melepaskan geram. Segala alat tulis milik rakannya dicampak ke atas karpet. Wajah Dahlia tadi terlalu membuatkan hatinya membengkak. Itulah kelebihan rakannya, pandai buat muka menyakitkan hati.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romance[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...