Kunci kereta laju saja dicapai. Dia sudah terlewat untuk menjemput majikannya dipejabat. Langkah besar dibuka menuju ke kereta jenis Toyota C-HR.
"Derul! Nak ke mana tu? Nampak kalut semacam saja kau." Tegur Wan yang kebetulan baru saja keluar dari istana.
"Nak pergi ambil boslah. Aku dah terlambat dah ni. Mati aku wei!" Berkerut dahi Wan mendengarkan jawapan rakannya itu.
"Ambil bos? Kau tengah khayal ke ni Derul?"
"Khayal apa pula kau ni? Betullah aku nak pergi ambil bos, Prince Rique." Balas Badrul sambil tangan menghidupkan enjin kereta.
Wan mendekati Badrul lalu ditampar dahi lelaki kacukan cina itu.
"Dasar tua! Sepanjang aku bekerja dekat sini, tak pernah-pernah bos balik pukul 3 petang." Badrul terdiam lalu menoleh pada pergelangan tangannya. Betul, baru pukul 3.15 petang.
"Kau ni dah kenapa? Sejak kebelakangan ini aku tengok kau macam tak tentu arah. Apa yang ada sebenarnya dalam kepala otak kau tu?" Termenung seketika jejaka itu.
Badrul sudah dapat teka mengapa dirinya seperti tidak tentu arah. Tidur tidak kena, duduk tidak kena malah berdiri pun tak kena.
Kepala yang tidak gatal langsung digaru-garu.
"Aku..busy sangat lately ni itu yang jadi pening sikit." Nafinya pada diri sendiri sedangkan dia tahu penyebab dirinya menjadi sebegitu.
Dan dirinya menjadi seperti itu sejak ketemu dengan..
Aida, si gadis manis bertudung 2 hari lepas yang telah menyebabkan jantungnya berdetak laju saat terpandang pada wajah ayu gadis itu.
....................
"Daren Adrique!" Bergema istana itu akibat laungan daripada King Dahmod memanggil anakandanya dari tingkat atas.
Adrique yang baru pulang dari kerja itu memejamkan mata seraya bibir melepaskan keluhan kecil. Apa lagi yang King Dahmod tidak puas hati dengannya?
"Apa?" Soalnya lalu merehatkan diri yang penat diatas sebuah sofa panjang berwarna kuning.
King Dahmod mula turun ke tingkat bawah menggunakan tangga yang mempunyai 2 laluan iaitu ke kiri dan ke kanan.
Tubuh yang langsung tidak bongkok walaupun telah berumur itu mendekati Adrique bersama wajah tegang.
Beberapa keping gambar dilempar tepat pada muka puteranya.
"Patutlah beria-ria sangat nak beli saham di Syarikat Magazine Berhad rupa-rupanya ini penyebabnya!" Tengkingnya. Pandangan helang itu kemungkinan mampu membunuh lelaki muda dihadapannya.
Adrique mengutip satu-persatu gambar yang telah jatuh diatas pehanya kemudian dilihat.
Dia langsung tidak terkejut mengenai foto itu kerana dia sudah lama bersedia bahawa lambat-laun ayahandanya akan tahu juga perihal ini.
"Ayahanda tak suka Rique berkawan dengan dia. Stay away from her." Mata violet itu lantas menikam hebat sepasang mata tua King Dahmod. Dia berdiri tanpa rasa gementar.
"It's up to me what I wanna do." Keras nada suara membantah.
"Then I will kill her!" Adrique mengetap kuat bibirnya. Ayahandanya sudah melampau!
"Why? Sebab dia orang biasa? Miskin? Tapi kenapa ayahanda boleh pula bercinta dengan bonda? Kenapa Rique tak boleh? Bimbang jika sisi ayahanda tercalar?" King Dahmod mencekak kolar baju kemeja anaknya.
"Jangan pernah sesekali kaitkan bonda dalam hal ni!" Adrique melakarkan senyuman sinis. Dijeling kakaknya yang sedang memerhati dari tingkat atas.
"Anak tidak akan buat apa yang bapak tak buat." Balas Adrique penuh makna membuatkan paras darah King Dahmod mencapai tahap kritikal.
"Kurang ajar!" King Dahmod menumbuk wajah anaknya sehingga terduduk kembali Adrique diatas sofa.
"Ayahanda!" Jerit Princess Alice sambil kaki berlari pantas ke tingkat bawah dimana dua beranak itu berada.
"Jangan masuk campur Alice! Ini hanya urusan ayahanda dengan anak berkepala batu ni saja." Larangan keras King Dahmod itu menyebabkan kaki Alice yang baru ingin tiba pada Prince Adrique, terhenti. Dia menunduk memandang lantai.
"Kalau ayahanda tahu yang Rique dekat lagi dengan dia..you know what's next. I mean it." Setelah itu King Dahmod beredar ke bilik kerjanya mahu memikirkan rancangan selepas itu kerana dia tahu bahawa anaknya tak makan saman. Terlalu degil!
"Rique.." Alice merapati adiknya yang sedang memegang pipi yang sakit.
"..Rique okay?" Soalnya bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu.
"I'm okay. No worries. Rique masuk bilik dululah. Penat." Alice mengangguk membenarkan. Diperhati pemuda itu mendaki tangga bersama beg kerja dan blazer putih ditangan.
Dia menggeleng kepala. Kalaulah Prince Adrique tidak berlawan kata, jejaka itu tidak akan mendapat sakit sebegitu.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romance[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...