Chapter 41

12.9K 404 0
                                    

Rokok yang masih menyala baranya diselit ditepi bibir lalu dihirup dalam asap kenikmatan itu. Nikmatnya terus meresap ke seluruh tubuh. Dihembus pula asap ke 2 muka yang sedang berdiri tegak dihadapannya.

"Takkanlah nak berdiri bodoh saja depan aku!" Keras saja suaranya menegur kedua-dua lelaki itu.

"Bos, semalam Prince Rique dah berkahwin dengan perempuan dalam gambar yang saya dah bagi pada bos minggu lepas." Kenyataan daripada salah seorang bawahannya itu telah membuatkan dirinya menarik senyum sinis.

"Si tua itu dah tahu?" Soalnya kemudian kembali menghisap rokoknya yang masih berbaki setengah.

"Belum bos."

"Bagus. Qarif, aku nak kau kekalkan kerja kau untuk pantau anak babi seekor itu. Tiba masanya aku akan arahkan kau culik isteri dia. Dan kau pula Qashah, teruskan perbodohkan tua itu. Dah, pergi buat kerja! Ingat, jangan bagi sampai bocor rahsia ini. Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut." Qarif bersama Qashah serentak menunduk menghormati tuan besarnya lalu keluar dari bilik malap itu.

"Kau akan tahu apa nasib kau lepas ini Dahmod. Kau dah rampas apa yang sepatutnya jadi milik aku. Tunggu saja nasib kau dengan dua ketul anak kau itu dan tidak lupa juga menantu kesayangan kau." Membuak-buak api dendam didadanya yang sejak 30 tahun disimpan.

Ya, memang cukup lama dia menyimpan dendam terhadap adiknya.

Dia lebih sayangkan kekayaan dari darah daging sendiri. Adakah dia seorang abang yang langsung tidak berguna?

Ketawa kedengaran menghiasi sepi biliknya. Dia tidak kesah!

Disentuh parut yang menetupi hampir separuh mukanya. Parut akibat kemalangan jalan raya ini mengakibatkan mukanya cacat dan tidak sempurna!

Semua fikir dia sudah mati di dalam kebakaran kereta 26 tahun yang lalu itu namun kenyataannya tidak. Dia telah diselamatkan oleh seorang lelaki lingkungan 60an.

Mukanya yang separuh terbakar dirawat dengan ubatan tradisional dirumah lelaki itu.

Bahagian kanan wajahnya agak sedikit hitam berbanding yang kiri.

Flashback..

Dengusan kasar terlepas dari bibir. Berombak-ombak dadanya menahan amarah.

Disebabkan dia bertengkar dengan adik 'tercinta', dia keluar dari istana meninggalkan isteri dan seorang anak perempuannya.

Pin pin!!

Wajah didongakkan memandang ke hadapan. Pucat mukanya melihat sebuah kereta berlawanan arah meluncur laju ke arah kereta yang sedang dinaikinya.

"Zin, elak!" Jeritnya kepada pemandunya tetapi semuanya sudah terlambat. Keretanya berjaya dirempuh kuat mengakibatkan keretanya terus bergolek-golek sehingga ke pinggir jalan.

Api mula nyala di bahagian depan kereta. Kepala yang dibasahi merah pekat dihiraukan. Yang penting, dia harus keluar dari kereta ini.

Dipandang sekilas pada pemandu dan seorang pengawalnya. Kedua-duanya sudah pengsan atau mati. Dia sendiri tidak pasti.

Pintu kereta dibuka segera namun tersekat kerana kereta berada dalam keadaan terbalik. Api yang semakin menyambar kereta merisaukannya.

Dengan segala kudrat yang ada, ditolaknya pintu itu menggunakan kaki. Menyesal rasanya menolak tawaran polis untuk mengiringi perjalanan tadi.

Orang awam hanya mampu menyaksikan kemalangan itu sambil menunggu pihak bomba datang. Ingin menghulur bantuan segera tetapi tidak mampu memandangkan api pun semakin galak membara menghampiri bahagian petrol.

Setelah pintu terbuka, dia segera mengheret badannya yang sudah mengalami kecederaan teruk keluar dari tempat malang itu.

Baru saja 2 meter jaraknya dari kereta, Mercedez itu sudah meletup dan apinya sedikit terpercik pada mukanya.

"Argh!" Akibat tidak dapat menahan kepanasan, dia lantas berguling-guling hingga ke bawah juram untuk menghilangkan api diwajah.

Dia saat itu hanyalah nyawa-nyawa ikan saja. Sakit ditubuh dan muka begitu memeritkan. Sebelum mata ingin tertutup, sempat dia memandang seorang lelaki tua datang padanya.

"Dik!" Suara memanggil itu cuma kedengaran sayup-sayup ditelinga setelah itu dia langsung tidak sedarkan diri.

End flashback.

Gelaran itu sepatutnya milik dia. Bukan milik Dahmod! Namun, disebabkan kisah dulunya yang tertangkap menyimpan seorang gadis di dalam rumah persendiriannya, dia dihukum King Darin iaitu ayahandanya dengan cara dia tidak dapat ditabalkan sebagai seorang raja mengganti tempat King Darin sendiri.

Pemerintah negara diambil alih oleh Dahmod setelah King Darin mangkat sesuai dengan sifat Dahmod yang patuh pada arahan dan baik hati dengan rakyat.

Patuh? Baik hati? Huh! Rasanya perangai Dahmod sama-sama sial saja dengannya. Tiada istilah positif dalam diri adik kandungnya itu. Lihatlah sekarang, bukan main berlagak lagi lelaki tua baka itu.

Ada 2 matlamat hidupnya sekarang ini.

Pertama, matikan pemerintah Hirland.

Kedua, lenyapkan anak lelaki Dahmod kerana tidak mahu Adrique menggantikan tempat ayahandanya.

Setelah itu barulah dia memunculkan diri sebagai pewaris takhta yang terakhir.

Senyuman sinis sekali lagi terlakar dibibir.

Tunggu dan lihat saja permainannya.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now