Chapter 18

10.1K 454 12
                                    

Buk!

Puas! Puas hatinya dapat menumbuk berkali-kali pipi serta perut 2 lelaki yang telah mencari masalah dengannya 3 hari lepas itu. Langsai sudah hutangnya. Lalu Kakinya mula melangkah pada Ramli pula.

"Jangan disebabkan aku ni perempuan, kau boleh buat ikut suka hati mak nenek kau saja pada aku dan ibu aku! Langsung aku tak sangka yang kau sebenarnya seangkatan dengan iblis. Apa ke sangap sangat kau ni hah sampaikan serang rumah orang tujuan nak rogol anak dara orang?" Dahlia menunjal kasar kepala Ramli yang terikat lemah di sebatang tiang bersama ketiga-tiga anak buah lelaki tua itu.

"Kalau kau cuba tak goda aku sebelum ni, aku takkan bodoh terjah rumah kau." Dia mengetap bibir panas hati dengan omongan selamba Ramli.

"Bila masa aku goda kau? Lelaki tua macam kau ni, kau rasa aku bernafsu ke pada kau?" Adrique hanya memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar sambil bersandar dipintu menjadi pemerhati. Kehadirannya langsung tidak perasan dek mereka.

"Kau tahu tak yang anak buah tak guna kau tu dah tumbuk perut aku sampai 2 hari aku tak boleh bangun? Anak buah kau ingat perut aku ni punching bag ke?" Saja Dahlia mengarang cerita tentang 2 hari tidak boleh berjalan itu sedangkan bangun saja dia dari pengsan, terus ke mana-mana dia bawa diri.

Sakit itu sakit tapi dia memang tidak boleh berdiam diri seperti patung. Dia mesti berjalan juga tidak kiralah ke mana sekalipun.

"Nasib kaulah. Siapa suruh melawan sangat?" Makin membara hati Dahlia mendengar balasan lelaki itu. Dari terus dia berada di situ, baik dia keluar saja.

"Nasib kau baik hari ni tapi hari lain aku akan pastikan kau menderita dalam bangunan lama ni. Ingat tu Ramli Jaapar." Sempat dia berkata-kata sebelum berpusing ke belakang untuk keluar.

Kewujudan Prince Adrique dipintu itu langsung dia tidak terperanjat kerana dia datang ke sini bersama lelaki segak itu.

"Sayang..jom balik?" Dahlia menghulur tangan kanannya supaya digenggam putera itu.

"Jom." Adrique mengeluarkan tangannya dari kocek seluar lalu menggapai tangan gadis itu. Mereka berjalan keluar dari bilik kurungan itu dan tanpa disedari Dahlia, Adrique telah menghalakan pistol Beretta 92 FS ke belakang lalu melepaskan 4 peluru tepat pada keempat-empat mangsanya.

Dahlia lantas memberhentikan langkahnya kemudian berpaling ke belakang. Dia menelan kesat air liurnya apabila manusia yang dijumpanya tadi sudah pun dipenuhi darah pada tubuh.

"Daren.." Sepucuk pistol ditangan Prince Adrique meyakinkan dia bahawa lelaki itulah yang menembak kesemua tahanan itu.

"Biarlah mereka, biar mereka tahu perbuatan jahat yang mereka buat tu salah dan akan dicampak ke hujung neraka dan you pun dah tak perlu kotorkan lagi tangan you untuk tumbuk mereka." Dahlia merenung lama wajah tampan milik Prince Adrique.

"Thank you. Thank you very much for everything, Daren. Saya bersyukur sangat dapat jumpa orang sebaik dan sehebat awak." Ucapnya ikhlas.

Adrique menaikkan jarinya mengelus pipi gadis kesayangan. Sebuah senyuman manis diukirkan.

"My rose..jujur I cakap yang I tak boleh hidup tanpa mawar putih I. You're my everything. You're my strength, my weaknesses, my love and also the owner of my heart. Walau I mati sekalipun, nama you akan tetap terukir dipenjuru hati I." Sebak Dahlia setelah menerima barisan kata itu. Tubuh Prince Adrique dipeluknya kemas.

"Saya harap awak maksudkan kata-kata awak." Pesan Dahlia sewaktu lelaki itu sedang mengucup dahinya.

"I mean it, Rose. Keep my promise. Dah, jom pergi makan? I laparlah sayang.." Rengekan manja itu membuatkan tawa Dahlia terlepas.

"Hahaha okay okay jom." Mereka berdua mula melangkah keluar dari bangunan 2 tingkat yang pernah terjadinya sebuah kebakaran kecil suatu ketika dulu dan bangunan itu sekarang tidak lagi digunakan akibat terletak sedikit jauh dari bandar.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now