Dahlia yang baru saja ingin keluar dari pintu utama tiba-tiba dirempuh oleh pihak wartawan yang sudah berpusu-pusu masuk ke dalam syarikat itu.
"Shit!" Sumpahnya perlahan. Untuk kesekian kalinya, dia jatuh terduduk. Dia sudah redha. Redha dengan nasib punggungnya yang sentiasa perit.
"Nak datang office orang tu jagalah sikit perangai tu. Aku ni bukan main lagi sebesar cicit gajah, tak nampak lagi ke?" Bicaranya sendirian. Dicapai tiang yang berada disebelahnya untuk berdiri. Tiang? Dia pun tidak pasti bila masa tiang dibina disitu.
Palazzo berwarna krimnya ditepuk-tepuk bagi menghilangkan kekotoran. Banyak betul malang dia hari ini. Tidak tahulah mengapa.
Sementara dibelakangnya pula..
Adrique memakai kembali kaca mata hitamnya apabila wartawan-wartawan sudah mula mengelilinginya. Badrul pula sedang cuba untuk melindungi Prince Adrique bersama bantuan pengawal yang lain.
"Maaf Prince Rique, boleh kami tahu mengapa Prince Rique membeli saham di Syarikat Magazine Berhad?" Soal salah seorang wartawan berbangsa cina.
"Maaf Prince Rique, apa yang sebenarnya buatkan Prince Rique tergerak hati untuk menjadi sebahagian member of this company?" Soal pula pemuda yang mungkin sebaya dengan Adrique.
Adrique terdiam. Dia tiada jawapan untuk semua soalan itu. Dia membeli saham disyarikat ini pun kerana ingin mendekati Dahlia tetapi takkanlah dia perlu bagitahu pada wartawan pula.
Melihatkan responnya yang hanya kosong, wartawan itu mula bersesak-sesak makin mendekatinya membuatkan dia makin lemas ditambah lagi bauan peluh yang kurang menyenangkan datang dari kelilingnya.
"Behave! Behave!" Amaran keras dikeluarkan daripada Badrul.
Sedang mereka bersusah-payah untuk melindungi anak raja, mata Adrique terpandang pada sesusuk tubuh yang sedang memegang tiang. Tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Hatinya lantas meloncat-loncat tinggi. Sebentar tadi baru saja dia membatalkan hasratnya untuk bertemu dengan gadis itu disebabkan wartawan yang terlalu ramai menghalang laluannya.
Bibirnya didekatkan pada Badrul yang seperti mahu memeluknya saja demi ingin menghalang para wartawan dari menghampirinya.
"Derul, kau pergi hidupkan enjin kereta dulu then I'll follow you." Badrul mengangguk lalu terus laju menyelit mencari laluan untuk ke kereta. Sampai saja ke tempat parking, dia menghidupkan enjin kereta seperti mana yang disuruh tadi.
"Maaf Prince Rique, adakah pemegang saham tertinggi disyarikat ini ialah Prince Rique sendiri atau bagaimana?" Muka yang sedia ketat, makin ditegangkan Adrique. Berpeluh-peluh dia kerana terlalu panas diasak sebegini.
"Maaf ya? Buat masa ni saya belum sedia lagi untuk bagi jawapan pada kamu semua." Sesudah itu, dia lantas merempuh sesiapa saja yang berada dihadapannya.
Kakinya pantas saja melangkah ke arah Dahlia lalu menarik lengan gadis itu supaya mengikutnya. Pintu dibuka setelah itu tubuh Dahlia ditolak masuk ke dalam perut kereta bersamanya.
Nafas lega dilepaskan apabila sudah tiada lagi manusia-manusia seperti zombie itu dipandangan matanya. Kereta hitam yang dinaikinya dipandu Badrul menyusur keluar dari perkarangan Syarikat Magazine Berhad diikuti beberapa buah kereta polis dan pengawalnya.
"Aw.." Suara mengaduh disebelah menarik perhatiannya. Hampir saja dia terlupa yang dia juga menarik Dahlia ke dalam kereta ini. Wajahnya ditoleh ke sisi. Kelihatan gadis itu sedang membelek-belek lengan.
"Why?" Dia mengambil lengan yang dibelek Dahlia. Terdapat sedikit kesan merah pada kulit putih itu akibat dari cengkamannya tadi.
"I'm truly sorry. I langsung tak bermaksud nak sakitkan you." Ucapnya lalu dia mengucup pada kesan merah itu.
"Eh Prince Rique, jangan!" Dahlia ingin menarik lengannya. Tidak eloklah putera raja mencium tangan orang biasa sepertinya.
"No, it's okay. Biar I ubatkan lengan you. I tak suka tengok bunga I sakit." Kening Dahlia bertaut cuba mentafsir hujung ayat Prince Adrique.
Adrique mengambil kotak putih yang berada dibawah kerusi pemandu. Peti itu dibuka lalu lincah tangannya mengambil ubat penahan pedih dan disapukan pada lengan Dahlia. Lengan itu dibalut menggunakan kain pembalut luka.
Ralit Dahlia memerhati wajah Prince Adrique yang sedang membalut lengannya.
Tidak dapat dinafikan bahawa Prince Adrique memang begitu tampan bersama kaca mata hitamnya. Bibir yang merah bak delima, hidung mancung, mata berwarna violet dan kening bergaris tebal menambahkan aura kacak lelaki itu.
Tipu jika dia tidak rasa cinta pada Prince Adrique. Cuba cakap, perempuan mana saja yang tidak jatuh hati pada putera sekacak dan sesegak yang seperti baru saja jatuh dari kayangan ini?
"Jangan tenung sangat takut mengigau malam ni." Mukanya merah padam saat ditegur sebegitu. Wajahnya dialihkan pada tingkap kereta. Bibir atas digigit sambil mata dipejam rapat. Sungguh dia berasa amat malu.
Adrique tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi atasnya yang cantik tersusun. Geli hati dia melihat wajah memerah gadis itu. Dia tahu yang Dahlia sedang menanggung malu dengannya.
Peti kotak kecemasan itu disimpan ke tempat asal.
"Rose..come to me." Dia meraih bahu gadisnya lalu dipeluk bahu itu. Ditolak pula kepala Dahlia ke bahunya.
"Hm?" Dahlia menyahut sambil bermain-main dengan jari-jemari runcingnya.
"Do you have a boyfriend?" Dia agak terperanjat menerima soalan Prince Adrique. Duduknya kembali ditegakkan. Dia baru teringat dengan siapa sekarang dia berada. Tundukan hormat diberikan.
"Maaf Prince Rique. Maafkan tingkah laku saya." Keluhan kecil terlepas dari bibir Adrique. Pandangan dilemparkan ke luar jendela sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.
Disebabkan darjat, gadis itu takut dan tidak berani untuk mendekatinya. Kalau beginilah terus-terusan, bagaimana dia mahu mengenali hati budi Dahlia?
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romance[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...