Sebelum pintu dibuka, beg silang dicapai terlebih dahulu. Saat dia keluar dari bilik, kakinya tersepak sesuatu. Dia memandang ke bawah bersama kerutan di dahi.
Satu jambangan bunga sakura berada dihujung kakinya buat kali kedua. Dia membongkok mengambil jambangan bunga itu.
"Lagi?" Sekeping kad kecil yang terselit dibunga itu lantas diambil. Dan seperti biasa, kata-kata manis ditulis diatasnya.
When I follow my heart, it leads me to you. Goodnight :)
-your secret admirer
Peminat rahsia? Dia tersenyum geli hati. Tidak sampai seminggu dia di China, sudah ada peminat rahsia. Siapalah yang malang sangat menaruh hati padanya itu? Kepala digeleng beberapa kali.
"How lucky am I." Ditaruh jambangan tersebut diatas katil. Perjalanan yang terbantut tadi diteruskan.
Seperti yang diniat semalam, akhirnya kakinya sampai ke Wangfujing Street.
Wangfujing Street merupakan antara pusat perniagaan yang terkenal di Beijing. Hebatnya, ia turut tersenarai dalam tempat menarik di Beijing yang perlu dilawati jika datang ke sini.
Terdapat pelbagai jenis makanan ringan atau kudapan serta makanan tradisional Beijing yang dijual di sepanjang jalan di Wangfujing yang boleh dicuba.
Untuk yang beragama Islam, jangan bimbang kerana disitu terdapat juga makanan yang mempunyai tanda Qīngzhēn bermaksud halal.
Selain itu, untuk membeli cenderahati, beli saja disitu kerana harganya sangat murah dan tidak masuk akal tetapi hendaklah pandai tawar-menawar dengan peniaga jika mahu mendapatkan harga yang paling murah.
Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket coat separas lutut. Langit yang mendung seperti ingin hujan itu menyebabkan angin persekitaran menjadi sejuk.
Kakinya melangkah memasuki sebuah restoran untuk mengisi perut. Dia memilih meja yang paling hujung menghindari diri daripada orang ramai.
"Bāo Zi, Ziān Bing and hot coffee. Thank you." Senarai makanan yang dipesan pada pelayan tadi dibawa ke dapur untuk disiapkan.
Bāo Zi ialah makanan seperti roti pau yang mempunyai inti kacang merah, kari ayam, ubi kentang dan sebagainya. Ziān Bing pula ialah lempeng yang berisi ayam, sosej, ekstra telur bersama sos. Apabila siap, rupanya seakan apam balik yang dilipat-lipat.
Sambil menunggu makanan disiapkan, telefon dinyalakan. Gambar utama yang disetkan ditelefonnya menggamit perasaan sayu di hati.
Dia terlalu rindukan wanita ini. Dia semakin menjauhkan diri daripada Dahlia disebabkan kedudukan gadis itu. Dahlia sekarang bukan orang biasa-biasa lagi untuk dibuat gurau. Gadis itu sudah sah menjadi keluarga diraja Hirland. Jadi, batasnya dengan Dahlia harus dijaga.
"Aku rindukan kau, Lia. Dulu kau yang selalu temankan aku pergi pasar malam tapi sekarang dah tak ada lagi. Aku rindu nak menempel dengan kau selalu. Rindu nak dengar kau membebel. Rindu nak rasa pen kena atas dahi. Rindu nak bergaduh dengan kau. Rindu nak hadap kau dekat office hari-hari. Rindu semuanya." Bicaranya perlahan sambil menatap gambar itu.
Mata dipejam. Segala kenangan pahit dan manisnya dengan Dahlia sewaktu disekolah menengah sehingga ke alam dewasa kembali berputar dikepala.
Dia dengan Dahlia memang sering bertengkar tetapi hanya sebentar saja selepas itu sudah lupa apa yang mereka gaduhkan. Dahlia ialah sahabat dunia dan akhiratnya.
Senyuman tawar terbentuk dibibir. Matanya yang berair lantas disapu.
Dia langsung tidak sedar bahawa tindak-tanduknya itu diperhati dari gerangan yang duduk dimeja selang tiga dari meja yang didudukinya.
Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan tadi sudah terhidang diatas meja. Dia menikmati makanan itu tanpa sebarang gangguan.
Tisu dicapai lalu bibir yang sedikit comot dilap. Dia ke kaunter untuk menjelaskan bayaran.
"Your order has been paid." Kata juru kaunter itu menyebabkan Aida berada dalam kebingungan.
"Who paid for me?"
"Sorry, I can't tell you, miss."
"Where's that person?"
"He just left." He? Maknanya orang itu ialah lelaki?
Aida segera keluar dari restoran itu mencari lelaki yang telah baik hati membayar sarapan paginya untuk mengucapkan terima kasih.
Anak matanya ke kira dan ke kanan mencari gerangan itu di dalam limpahan manusia.
Satu keluhan dilepaskan. Tiada guna dia mencari lelaki itu kerana dia bukan cam pun lelaki itu di antara puluhan lelaki lain yang ada disini.
Sekejap!
Adakah orang yang memberi bunga padanya ialah orang yang sama membelanjanya makan? Ya Allah, tolonglah dia mahu sangat ketemu dengan lelaki itu.
Dia berdiri lama disitu sehingga tidak perasan yang hujan sudah membasahi bumi. Dia tersedar ketika air hujan masuk ke matanya. Matanya terkelip-kelip sedikit pedih.
Seperti yang lain, dia juga berlari anak ke arah sebuah payung khemah untuk melindungi diri dari terkena hujan yang bakal turun dengan lebat itu.
Tubuh dipeluk kemudian bibir dikemam. Kesejukan makin mencucuk dirinya apabila titisan hujan makin laju dan banyak jatuh ke lantai bumi.
Terdapat seorang lelaki bersama kaca mata hitam, topi dikepala dan coat hitam separas lutut juga sama sepertinya sedang berlari ke arah khemah peniaga yang dia singgahi.
Lelaki itu menggosok-gosok tapak tangannya untuk menghasilkan sedikit haba. Aida perhati saja lelaki itu yang berdiri disampingnya.
Saat lelaki itu berpaling ke arah lain, pantas dia merapatkan kedudukan mereka untuk merasai haba dari tubuh lelaki setinggi galah itu.
Perbuatan ini mengingatkannya pada gerangan yang berada di Hirland. Biasanya jika hujan lebat sebegini, dia akan menempel pada lelaki bermata sepet itu di dalam kereta untuk mendapatkan haba.
"Bad.." Tidak dapat dinafikan lagi, dia benar-benar rindukan Badrul. Adakah lelaki itu merasai apa yang sedang dia rasai? Apa khabar lelaki itu sekarang ini?
"..saya rindukan awak." Tak kesah jika ada yang mendengar asalkan dapat dilepaskan rasa rindu yang membuak-buak di dada.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romance[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...